Saturday, August 15, 2009

APABILA AKU MEMAKAI MASK.....

Seksanya memakai mask...
rasa tak boleh nak bernafas... tapi demi keselamatan punya pasal, pakai la jugak even ada sesetengah manusia tu rasa macam pelik je tengok kita ni bertopeng, lebih-lebih lagi berdiri kat depan bank tu... tentu dia ingat kita nak merompak... ha ha ha.

Itu cerita di daerah kecil, kat bandar situasinya berbeza.... sana-sini dah ramai yang mengenakan mask. Salesgirl pun tak terkecuali.... so, baru rasa lega sikit, tak la nampak kita ni mcm weird sangat. Itu pun tadi ada kanak-kanak kecil mentertawakan MM.... he he he.. kelakar agaknya budak tu tengok MM bertopeng mcm tu.

Macam biasa, kalau jalan-jalan tak sah kalau tak beli sehelai tudung. Entah la.. dompet ni mcm gatal je nak keluarkan isinya walaupun hari ni dah terkopak sebab ... ada la sebabnya...

Terminat nak beli baju yang Ekin pakai kat Astro semalam tapi takut tak sesuai plak la dgn badan... mana tau. Cantik tu memang ler cantik, macam maxi .. kenakan dengan belt. Hmm... tengok la nanti macam mana... hari ni semua nak rush.... nak pegi fitting room pun tak sempat. Hubby MM risau kalau MM gi merayau lama sangat musim-musim penyakit macam ni. Sayang jugak dia kat akuu!! Alhamdulilah.

Setelah berjam-jam merayau bersendirian dengan mask tu... rasa satu kelainan yang ajaib pula. Banyak fadhilat sebenarnya kita pakai mask tu... patutlah awek-awek arab tu berfurdah. Now, I dah tau akan "miracle"nya...

First... sebab H1N1 tu la.... Second, orang tak kenal kita... best tu... Dulu MM pernah terfikir, oo patut la awek-awek negro yang berniaga di Kota Mekah tu mereka berniaga dengan confident... agaknya kalau MM pakai furdah la... tentu MM berniaga jual barangan macam mereka pun MM tak kisah sebab bukan orang boleh kenal kita pun.

Ok... jaga la kesihatan anda.... babai... Wassalam.

4 comments:

  1. tak pelah pakai topeng utk keselamatan diri....dari haiwan bertopengkan manusia

    ReplyDelete
  2. Haiwan bertopengkan manusia? Manusia bertopengkan haiwan la... Kat mana ko jumpa kucing pakai topeng orang? Bak sini aku nak tengok...

    ReplyDelete
  3. aku rasa peribahasa zaman milenium mmg mcm tu kot..

    ReplyDelete
  4. warkh!!!..warkh!!!..warkh!!!... apala kamu ni anonymous, meh sini aku bawak kamu jumpa dgn tok guru aku. Guru aku ni cun wa ckp lu...nak tak?

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...