Monday, September 14, 2009

BIAR JELEK TETAPI....

Sorry... PC MM menggila lagi... t.kasih pd yg antar komen tu... tp MM tak dpt reply hingga setakat ini sbb PC MM pun agaknya nak duit raya jugak la sempena raya ni..
Finally, MM buat juga 2 balang kuih, kuih tart dan kuih choclate date ni... kalau tidak kerana memikirkan anak-anak yang berminat untuk turun ke dapur.. (biasa la naluri keperempuanan mereka tu), mungkin tak berasap la oven MM kat dapur tu.

Choclate Date and Pineapple Tart yg telah sedia dihidang di meja tamu

Tapi bila dah start tu rasa kemaruk pulak... following day kami buat pulak choclate date ni... rupa bentuknya memang tak menarik tapi sedap tau bila dimakan. At first, MM berniat nak buat biskut kelapa tapi disebabkan kesilapan Ain yg tidak membeli kelapa kering (bila dah duduk rumah, malas nak keluar).. MM selongkar la resepi lain.. kebetulan jumpa sebalang kurma kat peti ais.

Resepi TART tu? Anda semua mesti dah tau kan mcm mana nak buat kuih tart tu.. kepada yang tak tahu.. MM dah pun tuliskan di :

http://sam73.blogstarz.my/

Kuih choclate date tu.. ala tak susah...

BAHAN-BAHAN

1 mangkuk kurma cincang

125gm butter

125gm gula perang/gula icing pun boleh

175gm tepung gandum

1 1/2 baking powder

25gm cocoa powder

1 biji telur yg dipukul

CARA

Mcm biasa.. ayakkan tepung (kalau boleh disangan terlebih dahulu.. tapi MM malas sbb dah guna tepung MFM..so tak payah bubuh baking powder la..).. ayak bersama serbuk coklat tadi.

Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan gula. Bila dah pluffy, masukkan campuran tepung dan coklat tadi. Seterusnya semangkuk kurma diikuti telur. Uli hingga sebati.

Sudukan adunan di atas dulang pembakar yg telah digris dan bakar dlm suhu 170 C selama 20 minit. Biskut ini agak lembik.. tetapi bila telah sejuk ia menjadi ranggup.. jadi tak perlu susah hati jika ia seperti agak lemau... tapi kalau lemau juga, tak mengapa.. ia tetap sedap. Jadi... don't judge a book by it cover... biar nampak jelik tetapi rasanya memang lazat..

4 comments:

  1. poslaju kat aku la...tak pun pakai courrier service...nak gak rasa kuih hasil dari air tangan ko...

    ReplyDelete
  2. bwk kuih tu ke kashmir ye..nak rasa air tgn mu....pagi2 raya mcm biasa aku akan mengunjungi mu....

    ReplyDelete
  3. Eleh.. korang buat lagi sedap agaknya.. aku ni pasal nak melayan minat anak2 aku jer.

    Busyyyyy..... aku busy ni.. busynyaaa...

    p/s: eh tetiba pc aku dh bleh antar komen... PC pun kesian dgn aku agknya sbb baru je duit terkopak nk raya.

    ReplyDelete
  4. Aku, Kak Ida dan anak-anakku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada Sam , Fir dan anak-anak Sam. Semoaga RAYA kali ini adalah raya yang paling bererti buat kalian.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.