Thursday, September 17, 2009

CERITA RAYAKU...

Hari ni Khamis, bermakna (insyaAllah).. 3 - 4 hari lagi raya. Raya tahun ni memang berbeza dgn raya tahun lepas dan tahun selepasnya....

PERTAMA : Sebab.... baju kami paling tak sedondon tahun ni... Si Tailor tu dah sms MM semalam...

"Puan Sam, you nak sumpah I sumpahlah.... I nak minta maaf ni... sebenarnya baju you and anak-anak tak dpt disiapkan.... seminggu selepas raya baru boleh siap" (Eh MM nak sumpah dia jadi apa ni?? Ada idea tak? )

Apa????? Lepas raya seminggu??? Hmm... dah takde makna dah... Itu la org kata, semua itu rezeki. Dah tak boleh nak kata apa dah.

Macam juga hari tu.... IRP suruh MM beli cadar, punya la rambang mata sebab harganya jauh lebih murah dari biasa ... diskaun hampir 70%... Dapat pulak yg berkenan di mata.. tapi salesgirl tu kata :

"Hayaaa.... tara ong la... ini King Size punya maa... lu mau Queen kan?"

Frust jugak la MM seketika.... tapi!! MM tetap tak peduli.. Dah terfikir kat fikiran ni... King pun King la... balik karang aku jahit kecikkan. Comforternya pun ok jer.. kain cotton. So, MM pun beli la set cadar tersebut dengan harganya yg sgt berbaloi-baloi.. sampai rumah.. since ianya adalah jenis fitted (bukan yg ada skirting tu)... tak la nampak weird bila dikenakan dgn katil MM yg Queen Size tu... Kalau yg jenis skirting tu memang tak boleh nak adjust lagi... kecuali anda rajin menjahit dan kecikkan. Utk jenis fitted ni kalau terlebih size kita masih boleh kemaskan dgn jarum peniti kat 4 penjuru tilam tu supaya ianya tak lari.

Tapi comforter tu memang la corak dia agak lari sikit sbb ia didesign untuk King Size.... sib baik IRP tak perasan sgt ... kalau tak mesti dia kata my wife ni very bad of taste...

Ok stop cerita pasal raya zaman sekarang yg segalanya material... Cerita pasal raya zaman dulu kala lagi best...

Semasa MM kanak-kanak... pagi raya tu.. indah sungguh... Masa tu dapat sapu tangan sorang sehelai dr ayahanda di pagi raya pun rasa best sangat. Ayahandaku akan memakai minyak atar sekaligus mencalit sedikit di baju baruku sebelum arwah ke mesjid utk menunaikan sholat sunat aidilfitri. Bonda pula akan mengeluarkan barang kemas yg tak seberapa untuk anak-anak perempuannya pakai di hari raya. Si kakakku dan si Siti pakai seutas rantai emas setiap seorang sementara MM pakai seutas rantai yg seakan-akan emas tapi bukan emas.... apa tu ya? Mainan kot.... tapi cantik jugak la. Kira dah macam vouge je bila dikenakan dgn baju yg tak la hebat mana. Itu pun baju ihsan dari kakak sulungku yg dibelikan oleh suaminya. (Baiknya abang iparku itu....)

MM bukan kisah sangat sbb agaknya MM dah cun kot.... sebab tu ayahanda dan bonda cuma belikan rantai biasa je. Hehehe... Saja MM nak membakar blog ni ... kot2 kedua saudara perempuanku itu muncul kat sini.

Kalau kuih pulak... bonda selalu buat kuih bangkit. Sebab tu sehingga sekarang, kalau terhidu esen ros di hari raya... MM rindu dgn bondaku itu... malam-malam bersengkang mata menyiapkan juadah raya, bukan ada oven mcm sekarang. Bakar menggunakan sabut. Tak ada buzzer/alarm... kena buka tutup dan cucuk dgn lidi untuk memastikan kuih itu benar-benar masak.

Kami di sekolah akan bercerita dengan kawan-kawan yg lain ibu masing-masing dah buat berapa jenis kuih kat rumah. Ada yang sampai 7, 8 jenis... tapi yg sedih... ada juga yang dah dekat raya mcm skrg ni belum buat kuih lagi sebab tak ada duit... kesian.... alhamdulilah skrg ni MM tengok Makcik tu dah hidup senang dan anak-anak telah berjaya... begitulah kehidupan ini.. ibarat roda-roda yg berputar.

Selalunya peperiksaan penggal diadakan pada bulan puasa, so ptg lepas balik sekolah agama, kami tak terus balik rumah sebaliknya menghabiskan masa di padang.. (bukan bersukan) tapi punya la giler..... kami baring atas rumput sambil mengulangkaji sebab nak tunggu waktu berbuka tu. Rindunya aku akan saat itu... kalau MM, Salimah and Linda tentulah tak kisah sebab rumah kami memang berdekatan dengan sekolah.. tapi yg lain-lain tu tentu kesian kena berbasikal jauh untuk sampai ke rumah. MM doakan semoga kalian semua berbahagia dunia akhirat. Terima kasih di atas semua kenangan indah yg pernah kita kongsikan bersama.

Tak sabar untuk berjumpa rakan-rakan hingusan di hari raya ketiga lepas ISYAK... insyaAllah MM usahakan untuk hadir.... ADA UNTUKMU.... nyanyian oleh ??? Ah lupa la...

7 comments:

  1. ooo...ini ko punya cerita...sekejap lagi aku update blog aku nak ceritakan pasal kegeraman aku pagi2 ni ye...

    kalau ikut kata BB saman je org tu....

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha.... CEPAT la update!!! Apa bendanya yg buat ko geram sgt tu..

    Aku kalau ikutkan geram banget dgn berita KETIDAK SIAPAN baju lip lap aku tu... tapi.. sib baik la mood raya aku mengatasi segalanya.. dan mengenang nak jumpa korang nanti di pagi raya. Korang pun tak kisah kan kalau aku beraya dgn baju kelawar je kan?

    ReplyDelete
  3. sian kelawar tak de baju sbb OC dah ambik bajunya...

    hehehe...aku dah update blog aku tu....

    ReplyDelete
  4. grrrrrr......ko sumpah jer org tu jadi baju lip lap ko, bukan utk baju ko je tp utk segala baju ko yg tak siap tu biar dia tak beraya!!!! lepas seminggu ko pulang balik sumpah ko tu....

    boleh ker.....

    ala bak kata ko td dah mmg cun...ko pakai baju kelawar pun org kata fesyen baru.....huhuhuaaaaa.....

    ReplyDelete
  5. Jgn haraplah dua kerabat engko tu nak melanggan internet dan tengok blog engko ni, nak beli penapis air pun fikir 10 kali, aku dah bagi harga 500% tu, dia orang tengah kumpul duit nak beli kapal terbang kut?

    ReplyDelete
  6. Anonymous... jgn la termanggu2 dgn statement si MS ni... dia tgh ngomelkan kakak dgn adik aku tu...

    MS.. apa? Kapal terbang? Ya la tu agaknya... klu ada kapal terbang sendiri mmg best.. senang sikit aku tumpang nak balik kg.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.