Wednesday, September 9, 2009

MALAM LAILATUL QADAR

Sebelum tu.. MM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan HAPPY BIRTHDAY BUAT TEMANKU, KN..Semoga panjang umur, dilimpahi rezeki dan berbahagia dunia dan akhirat.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata:
“Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.” (Muslim)Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.
Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”(al-Bukhari)
Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.

Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredhaan dan keampunan dari-Nya.Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

3 comments:

  1. ko tak ucap hepi b'day pun kat aku... kalau ikut kelender hijrah 20 Ramadhan adalah tarikh lahir aku...selamat ulang tahun hari kelahiran ku yg ke 36....20 ramadhan bermulanya pencarian....

    ReplyDelete
  2. aku plak 20 sept pun masih mencari..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.