Wednesday, October 28, 2009

HANYA INI YANG DAPAT KUBERI...

SEMBILAN PETUA DOA DI MAKBUL


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.


1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."


5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."


6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."


7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."


8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'


9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."


p/s : Aku ciplak benda ni dari blog downline BIOASLI aku tanpa pengetahuan dia... sorry Eipa.. hehehe.. Sib baik ko tak tau blog aku.. lama ya tak chat dgn ko?? Huhu.. Aku ckp sesorang.


**Readers :: Sepanjang hidup MM, MM paling sedih bila hilang ALBUM berharga yang MM pernah cerita dulu.. alhamdulilah apa yang telah hilang itu Allah telah ganti bukan saja ALBUM malah kawan-kawan yang ramaiiii sangat. Itulah hikmah atas kehilangan wahai manusia yang bernama MASJ. Bersabar ya nak ya.. MM pasti suatu hari kau akan tahu hikmah di sebalik yang berlaku ini.


Hanya ini yang dapat aku persembahkan untukmu wahai MASJ... Kesian kau ya.. hilang barang yang sangat bernilai. Tapi tak mengapa, asal kau tak hilang orang-orang yang kau sayangi itu sudah memadai. Tiada perkara yang mustahil di dunia ini, apa kata kau ikuti panduan berdoa supaya dimakbulkan ni ya:

4 comments:

  1. Anonymous Sr yg setia

    selepas berusaha...kita perlu berdoa...barulah kita bertawakal...

    Jadikanlah tahajjud sebagai amalan...anda akan merasai kenikmatannya...

    ReplyDelete
  2. Thanks di atas nasihat berguna itu.

    FYI.. si MASJ ni baru je kehilangan barang berharga kesayangannya yg berharga ribuan ringgit.. kesian sgt aku kat dia. Dah la baru nak hidup..Dpt aku rasai kesedihannya.

    MASJ ~ walau aku tau mungkin kau tgh serabut dan tak mungkin ada masa jenguk blog aku ni.. doaku mudah-mudahan kau tabah dan menerimanya dgn redha dan buat la apa yg Anonymous Sr nasihatkan ni ya. Moga2 kau tenang.

    ReplyDelete
  3. Aku dulu pn penah hilang barang yg aku sgt 'sayang'..cerita dia lebih kurang begini..suatu petang aku otw nk balik medan sbb esoknye ari raye haji mase tu bujang la beb..aku singgah la kt satu surau.. mule2 aku hilang selipar kat surau tu..aku pun pinjam la selipar ngan satu org tue yg kebetulan dtg utk bersihkan surau kt situ..aku start moto gi kedai kasut yg x jauh dr situ..dpt je selipar yg aku pilih aku pn kuar dr kedai..tup tup aku tengok moto aku dh ghaib..waaaa dh mcm org sasau aku mase tu ke hulu hilir carik moto aku..frust la jugak sbb moto tu aku br je 'bikin'.. itu la satu2nye harta yg aku ader..mase nk beli dh la aku kena ikat perut senang2 je penyamun tu kebas..ngan beg aku sekali pn hilang..mase tu mmg x dpt aku nk gambarkan betape kecewanya aku :( pastu aku menapak la ngan selipar baru ke surau tu balik sbb nk pulangkan selipar org tue tu balik...aku pun call abg ipar aku dtg ambik aku..malam br aku sampai umah...tahun tu org kg korban lembu aku korban moto sebijik hehehe...2-3 bulan pastu aku kawin..baru aku tau hikmahnye..aku dpt ganti 'binik' baru..sampai skrg bile time raye haji aje aku mesti ingat balik cerite nie...for safety purposes aku x singgah mane2 dah klau balik cuti raye aji hehehe..aku jage baik2 binik aku yg sorang nie takut2 hilang lg hehehe.klakar la jugak tp penuh nostalgia..wassalam

    ReplyDelete
  4. Anonymous Sr. setia

    MASJ...ingat ayat ini

    In the name of Allah, Gracious, Merciful.
    1-Have We not expanded your breast
    2-And removed from you your burden
    3-Which did gall your back?
    4-And raised high the esteem you are held?
    5-So verily, with every difficulty there is relief:
    6-Verily, with every difficulty there is relief.
    7-Therefore when you are free still labor hard.
    8-And to your Lord turn your attention.

    ayat 5 & 6 dua kali Allah menyebutnya...

    Tok ilang 'binik' tu tak pe...tp kalau hilang bini kena curik...kaulah kwn aku yg .......tak tau aku nak ckp....berhati2 di musim raya...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.