Tuesday, October 20, 2009

Wajah Senyum

Pd mlm GR di Thistle tempohari, itulah kali ketiga seumur hidupku bersolek setebal 1 inci, 3 layer. Ramai juga rakan2 yg memberikan feed back berbeza2... ada yg kata...

"eh napa kau perlu bersolek... muka kau dah natural la, kan bersolek tu hanya untuk org yg ingin menutupi cela di mukanya je" kata seorang sahabat baikku Aeida.

Ada juga yg suka "wah kau! vouge la". Sebetulnya secara peribadi aku memang kurang selesa bersolek tebal. Kali terakhir aku bersolek tebal masa aku dpt kupon percuma dari MAC. Dah percuma kan.. so aku pegi la MAC dan bersolek kat sana..( bukan nk pegi mana pun) dan kali pertama aku mendapat sentuhan vouge di mukaku tentu la masa aku mengakhiri zaman soloku bersama IRP.

Aku cuma mengimpikan.... kalaulah ada jurusolek yg mampu membuat solekan "wajah senyum" di muka aku. Sebab tu aku ni memang tak layak jadi pramugari... wajahku sukar untuk menyembunyikan apa yg tersirat. Senang cerita aku ni susah nak menipu diri sendiri. Kalau sedih.. memang sedih la muka aku.

Kenapa perlu kita senyum?
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Tapi kalau pasal senyum ni.. teringat aku akan malam masa aku nak pegi GR tu... aku dgn si "CCTV" IRP (si ain tu la) ni pegi la sholat kat satu masjid tu... bukan kat hotel tu tp ada la satu masjid (tak boleh disebutkan)... sebelum ni kwn2 aku ada cerita... dia kata...

"eh bencinya akuuu!!! Geram aku! aku tadi nak pegi sholat, pastu aku tak bwk telekung.. so aku capailah telekung yg tergantung kt mesjid tu, ingatkan mesjid punya... tetiba sorang kakak tu sergah aku..." cerita seorang kawanku 10 tahun dulu.

"Woi!!!! itu telekung bukan awak punyalah!!! lain kali.... bla bla bla.. prong preng...$%#@&*" Sergah kakak tu sambil merampas telekung kat tangan kawan aku tadi. Dpt aku bayangkan betapa kwn aku ni telah dimalukan di khalayak ramai mcm tu sekali.

Tetapi itu cerita 10 tahun dulu.. yg aku alami masa nk pegi GR tu mengingat aku pd cerita kwn aku tadi.. (sbb mesjid yg sama). Aku ni sebenarnya masa tu letak kasut aku ni kat tempat yg salah... ya la.. dah kelam kabut nk kejar waktu maghrib... janji dgn makeup artis pukul 7.15pm.

Tetiba.... kakak tu (cleaner) sergah aku mcm hilang nilai2 kesopanan... Dia kata :

"&&**%%$$))**&&" kata cleaner tu.

Lepas tu aku tukar kedudukan kasut tu... dia pun bebel lagi :

"*&^&#$%$*!" dia sergah lagi buat kali kedua.

Kalau ikutkan, patut aku bengang sgt malam tu tp sbb dlm fikiran aku cuma aku tgh gembira je nk jumpa kengkawan mlm tu. Kalau hari lain dia buat aku mcm tu.. mmg nak cari nahas la jwbnya.

Tp tu la... aku tak phm la dgn sesetgh org yg perasan bagus ni... Cuba la contohi polis-polis kat Mekah tu... kalau nak tegur pun very polite....even aku pun tak phm apa Arab tu ckp... tapi dia tegur dgn WAJAH SENYUMAN... takde la mcm kakak cleaner yg kt mesjid tadi. (aku rasa mesti cleaner tu org yg sama dgn org yg kwn aku crita 10 thn dulu).

Entah apaaaa la angan-angan dia???... hee tak paham... tak paham. semoga dia diberi hidayah. Amin.

9 comments:

  1. Neng..

    Sesungguh ikhlas tu tak dapat di ukur dan di timbang... tapi percaya lah Neng sejak ku hidup berpuluh tahun mcm2 cara aku dah buat nak buat hati aku ikhlas akan sesuatu...

    Walau pun aku tak gagal sepenuhnya tapi selagi aku mencuba utk ikhlas.. dah berbaloi-baloi utk aku.

    p/s: aku penah tgk senyum ikhlas MM

    ReplyDelete
  2. Untuk berbuat sesuatu yg kita tidak suka tetapi dipaksa memang sukar, terlalu payah menggali keikhlasan dlm keterpaksaan. Apa yg penting mcm yg MMjr ckp td lah kan..yg penting kita dah usaha utk ikhlas. Kurang2 kita dah usaha.

    ReplyDelete
  3. Sama juga halnya kalau org kawin paksa... mula2 mereka rasa terpaksa.. lama2 dah dpt anak berderet, timbul sayang.. dgn sendirinya keikhlasan itu datang..dah takde istilah kawin paksa lagi dah.. dah diubah kpd "Ala kitorang ni bercinta selepas kahwin".

    ReplyDelete
  4. Neng...

    Aku suka cara ko pandang kehidupan.. mcm aku tadi nie lah... tekocoh-kocoh balik dari keje.. salin-salin terus drive ke hospital 1 jam perjalanan,nak tgk member xcident...

    Sampai-sampai.. dia baru jer masuk bilik bedah..2 jam.. aku nak balik dulu lain kali datang.. kunci kereta hilang!!!!

    Sepanjang tempoh usaha aku nak balik tu aku senyummmm jerrr, ingat Allah nak aku bersabar...
    Ahamdulillah aku selamat sambil mengingat semua ni jadi mesti ada sebab... kan..

    Pasal kawin tu aku pun boleh terima hakikat yang Allah tentu kan semua tu mesti ada sebab... dan setelah 12 tahun nie baru aku sedar sebab-sebabnya.

    Terima kaseh atas pengalaman itu.

    ReplyDelete
  5. wak tak kesah klau org tak nak senyum dgn wak.. Yang wak kesah naper org tu masam jek biler wak senyum..apa salah wak???

    ReplyDelete
  6. Doyok ~ ala agaknya org tu mmg jenis muka tak boleh adjust kot. Salah ibu yg mengandung.. hehehe. Sbb tu klu pregnant kita kena bykkan senyum.

    p/s : anak aku yg Qistina tu susah nk senyum.. hehehe.. Sib baik si Ain dgn Fyzul mmg rajin senyum.. (cam aku ler tu).

    MMjr ~ Wah! Hebat kesabaran ko. Aku pun nak ikut la tip ko ni..senyum ketika bermasalah. Td pun aku hilang kunci rumah.. (dah la driver anak nk pi sekolah dah tunggu depan rumah)..mmg gabra beb! Mcm tu dah x boleh nk senyum2 lg dah.. Hebat kalau aku boleh senyum tika mcm tu. Dah 2 ari anak aku ponteng..tak kan hari ni nak ponteng lg gara2 salah letak kunci.

    ~~ Hidup Memang Penuh Dugaan dan ingatlah.. Allah sentiasa bersama2 org2 yg sabar ~~~~

    ReplyDelete
  7. Neng...

    Aku tak rasa pun hebat.. cuma aku rasa lebih lega, yg funny nyer aku teringat semangat ko.. hahahahaha..

    Aneh kan?

    Aku hilang kunci kereta... ko hilang kunci rumah... tapi aku tak ambil keanehan sebagai kejutan... tapi sesuatu dari Nya untuk aku... aku marah ke.. aku benggang ke... aku panik ke... benda jadi tetap jadi, aku perlukan ketenangan untuk berfikir jalan keluar dari masalah.

    Yang aku pasti,, "there is something that i learn from u"..
    thanks..

    ReplyDelete
  8. Anonymous Sr

    yahhhhh....selalu kita cerita dengan org, kita boleh sabar dugaan ni...kita boleh sabar dugaan tu....kita boleh redha balasan itu..balasan ini.....

    itu semua adalah rentak kehidupan di pentas dunia...Tidak di kira beriman seseorang itu selagi tidak di uji...

    alangkah baiknya kalau kita boleh turn it kepada keinsafan, keinsafan yg akan membawa sifat2 mahmudah menghilangkan sifat majmumah......

    waulahualam

    ReplyDelete
  9. Pepatah arab ada mengatakan..

    "apabila tali sudah cukup merentang, itu tandanya sudah sampai masa untuk putus, begitu juga dgn masalah.. apabila sudah sampai ke tahap kronik yg amat, tandanya sudah sampai waktu ke arah jalan penyelesaian"

    Semoga kita semua TABAH, TABAH dan TABAHHHH lagi hadapi apa jua. Itulah saja doa yg mampu aku panjatkan utk sahabat2ku semua.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.