Thursday, November 5, 2009

KAIN.....

Nak upload gambor pun camp corder aku tertinggal kat kereta IRP... so, time boring-boring ni biar la aku merepek meraban kat blog aku ni dgn diiringi suara rintik-rintik hujan di atas bumbung rumahku ini. Nak banjir agaknya JB ni...

Oh semalam kami (aku dgn gang kangenchat) borak-borak pasal kain satu jenama popular (tak payah la sebut jenama apa.. nanti susah pulak aku kena saman). Aku ingat pun kan.... kalau pasal kain ni.. tak kira la kain pelekat jadikan seluar ke, kain batik dijadikan tudung ke.. yang penting KEYAKINAN kita ketika memakainya tu.

Kain siam pun kalau cantik jahitannya still nampak vouge bila kena kat badan. Eh! Apa itu kain siam? Kejap.. aku nak nyanyi kejap.. lagu Datuk Siti Nurhaliza ni...

"Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai"

HA! Kain siam tu kain belacu kot?? Hahaha.. sorry kalau salah...

Kain ni sebenarnya... pd aku la.. kalau kita nk gi travel jauh2, kalau nak pakai yg mahal pakai la.. contoh nk gi mana ya? Ha! contoh kena transit dari satu flight ke satu flight.. so, kita kena la pilih baju yg fabriknya dari kain yg serap peluh mcm kain chiffon ke, sutera italy ke, itu bagi yang perempuan la.. kalau yg lelaki, rasanya T.Shirt tu pun ok.. Yg perempuan nak pakai t.shirt pun ok.. tapi mana la tau yg memang tak suka pakai t.shirt tu. Pakai la kain dr fabrik yg mahal sikit sekali-sekala supaya percutian anda tu tak rasa terganggu dgn rasa rimas ke apa2 ke.

Ya la.. bukan la apa.. kalau kita nk jalan jauh.. dah la berpeluh, pastu pakai baju jenis yg berkilat, yg tak serap peluh, konon nak murah la....rasanya kalau bukan org lain yg muntah.. kita yg pakai pun dah dulu termuntah2.. dgn ditambah bersesak-sesak lagi kt airport tu. Kalau anda jenis tak kisah, pakai je baju kelawar (tp lengan panjang la).. lagi la selesa sepanjang perjalanan.. tapi ada berani??? Selagi aku belum bergelar nenek, tak nak aku...

Nak tau pasal kain lagi? Aku masih ingat lagi dulu time aku belum kawin.. ramai org suka jaga tepi kain orang... Alhamdulilah dah kawin ni, penjaga2 kain tu mcm dah lari dgn sendirinya.. so, pd yg belum kawin.. cepat2 la kawin supaya tak ada lg yg suka jaga tepi kain kita... itu je la nasihat Makcik Mirror ~ hikmah perkahwinan.

Apa? Kain kapan? Oh.. itu mmg aku ingat... usia dah nak habis zohor ni.. mana boleh tak ingat.. semoga kita saling ingat-mengingati. Skrg ni kalau ada org nk jaga tepi kain aku ke arah itu.. aku dah terima dgn hati terbuka..

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...