Thursday, November 5, 2009

AKU MEMANG ANAK TANI

Kenapa ya Makcik Mirror uploadkan gambar2 ni?? Sebabnya semalam ANIS dlm komennya di blog MM ni terkejut yg auntienya ni PERNAH SUKA bercucuk tanam sejak dah kawin ni.. hahahaha... sebab dulu kecik2 memang MM jarang ke kebun.. paling teruk ke kebun pun sebab memetik kopi... hehehe... tuan puteri takut kena gigit nyamuk..
MS : Ni la pokok kelapa yang bapa mertuaku tanam tu.. mulanya MM tanam sendiri dgn tangan dua kerat ni.. lepas tu bapa mertua datang, beliau tengok mungkin macam tak strategik je, so tanam semula kat sini.. lambat pulak la nk tunggu daunnya nak buat ketupat.
Yg ni pulak..rasa2 sapa yg tanam? MM cuma bagi design je la, tentu la org landskap tu....
Ni pun kerja2 dari para pro... mula beli pokok kipas udang ni cenonet je.. masa tu keciknya si Fyzul.. sekarang dah merimbun.
Ha!!! Yg ni IRP yg tanam.. MM dah maleh dah skrg.. tak kuasa!!
Ni pun masih cenonet je pisang entah apa nama tah ni... Pokok2 pisang ni ditanam bagi menggantikan pokok ubi yg kontroversi kerana menjulur ke tingkap rumah org... hahahaha.. abih la Ah Soo belakang rumah tu bebel.. ala.. bebel2 manja gitu!
Pokok2 lain ada tanam.. mcm daun pandan, pegaga.. tapi tadi hujan pulak la.. malas... nanti camp corder aku rosak pulak.. ni pun mcm dah nk rosak2 dah.. habih la.. IRP marah aku.

4 comments:

  1. Alahai cantiknya pokok-pokok tu. Kenapa x ambik gambar rumah sekali nak tengoklah dari depan... Almaklum jelah ponaan untie ni x pernah sampai kt rumah untie MM lagi.... Tunggu helekopter datang ambik agaknya barulah sampai...

    ReplyDelete
  2. Rumah?? Oh no!!!! Kalau semua aku tunjuk korang dah tak tersudi nak datang rumah aku lagi.

    Tak kisah la tu.. Makcik Mirror faham..hopefully one day, dpt la jumpa kt JB.. kita shopping sekali kat S'pore tempat abah kau cari rezeki dulu.

    Eh rumah kau pun kau tak tunjuk.. kalau tak nak tunjuk rumah, tunjuk la gmbr mesin jahit ke.. hasil2 jahitan ke, mana tau ada yg minat nk beli.

    ReplyDelete
  3. Haiiii! REBUTLAH PELUANG TERBARU INI!

    ReplyDelete
  4. Ok HR... akan kufikirkan. Sound good!

    TSA (Temansetiaanis)..
    Wah! Dah meriah blog kau tu! Bagus la dah bisnes jam pulak. Napa tak bubuh email address ke? no. hand phone ke? (eh tp kalau Cik pun tak nak bubuh no. hp..hehehe) So, senang org nak contact kalau nak beli JAM ROLEX ko tu!!!

    T.kasih sbb kongsikan gmbr2 opis kau... tu la alam cyber ni even kita jauh berribu batu rasa mcm kat depan mata je.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.