Showing posts with label Flora and fauna. Show all posts
Showing posts with label Flora and fauna. Show all posts

Saturday, August 9, 2025

Pertama kali beli pokok on line.

Baru je nak eksen dengan abang ai tentang kebijaksanaan adiknya ini membeli barang online yang lebih murah… sekali rupanya beliau dah lama steady menunggu COD barang ke rumah. Tak tahu la apa yang selalu dibeli, tapi bila melihat lanskap kedua-dua rumahnya yang lush macam pokok2 kat Kingspark, besar kemungkinan pokok-pokok la kot.

Aikkk!! Insecure terus. Umur beliau seusia dengan kemerdekaan Malaysia guyss, tapi advance mengalahkan adiknya yang dibesarkan di zaman Tun M dahulukala (consider muda lagi la kan?. 😆).




Jadi, hari ni ai pun tak nak kalah, ai beli Brazilwood! Kekeke.  Walaupun tak pasti sama ada ia akan tumbuh tunas atau terus meninggal, kita relaks je… sebab ia tak memakan ruang pun. Minimalis!. Tapi kalau ia bertunas dan mengeluarkan haruman sebagaimana didakwa, alhamdulillah.




Ada yang kata tunggu sebulan baru nampak hasil, ada juga yang kata ia mengucapkan  “selamat tinggal” seawal minggu pertama. Jadi, kita tawakal je lah. Kalau ia mati juga nanti, ai akan call Pegawai Pertanian nun di sana, a.k.a. my sister, untuk brainstorm cara menghidupkan kembali.

BTW, jangan la percaya benda2 syirik, ai beli sebab nak wangikan rumah dan kononnya senang dijaga sebab tak perlu matahari, ia langsung tak de kena mengena dengan perkara2 lain ye.   Sesungguhnya makhluk mana ada kuasanya beb, yang beri rezeki adalah Allah.  Nak buat guane, dah try tanam pokok lain semuanya mati, kemarin konon nak tanam keledek dlm botol, langsung tak tumbuh tunas.  Tengok video FB nampak macam senang je, siap bleh petik buat sayur.  Betul la kot agaknya tangan ai ni panas!.  Hot Mama la katakannnnn.   Kekeke.  Byeeeee.


Friday, December 9, 2022

Bermonolog dengan tumbuhan

Misteri air batu lesung belum terjawab lagi.  Pak Google pun tiada jawapan, jadi kita buat je entri baru supaya gambar2 dan video ini dapat disavekan di sini.

Tak de la rajin sangat pun bermonolog dengan pokok sebenarnya sebab cuaca panas sekarang ni.   Lepas siram terus cepat2 masuk rumah.  Jika itu dapat anda lakukan tentu ada kesan2 yg positif pada jiwa.


Anggur tepi kolam ni pun dah bosan agaknya dengar skrip yg sama setiap hari.   

"Cepatlah gemuk!.   Saya nak makan awak."







The sweeter the apple, the blacker the core.








Baru berbunga 2 coets dah terbayangkan terung balado.

Ok bye.   



Tuesday, November 15, 2022

Cincin emas bergolek di laman

Ada sesuatu yg boleh dipelajari dari kisah bunga ini, kita akan dihargai dengan benar ketika kita berada di lingkungan yang tepat.

Maka carilah tempat di mana kamu bisa dihargai, bukan tempat di mana kamu sekadar diperlukan.






Chinese Star Jasmine ni sepasu harga dia dah macam sebentuk cincin emas. Mungkin kerana baunya yg harum menjadi pilihan Horticulturist untuk memeriahkan landscape di banyak taman2 kat Perth ni.






Nak "buang" video ini di sini walaupun tiada kena mengena dgn entri.





Tak de mananya cincin emas bergolek di laman.   Cincin yg ai hadiahkan untuk arwah mak sampai sekarang ghaib pun tak jumpa2 lagi.   Kita up pix kat sini untuk kenangan.  


p/s.  :.   Now tengah tunggu.. bila la anak3 Mama nak hadiahkan Mama cincin plak.   Hihi.





Saturday, November 12, 2022

Nak ceriakan laman tetiba hati pula yg ceria..

Nakal sangat Chanel, didukung pun mencakar, ai sumpah dia jadi batu.   Pling!!!  



Here we go!.    Bye2 Chanel.  



Gurau je.   Itu adalah satu pemandangan di kedai pokok.   Now kami sibuk menghijaukan laman, tu yg keja asik ulang alik ke nursery petang2.



Pling!.  Chanel kembali jadi kucing semula.





Teringat kata2 seorang Pakar Motivasi.  Bahagia itu tak perlu dikejar tapi biar ia terjadi dengan sendiri  hasil effect sampingan yg kita buat.   Contoh :- Berbuat baik, balasannya baik, begitu pula sebaliknya.

Tanam pokok, niat tanam nak ceriakan laman..  keluar buah automatic hati kita pula yg ceria.  Ah miracle!.  Lagi kalau dapat makan colek buah di bawah pohon epal.




Pokok anggur yg ditanam sebelum pandemic pun dah mengeluarkan putik2 halus.. petanda tiap kesabaran kita itu sebenarnya berbaloi.    Cuma terpulang pada individu.. nak pilih sabar atau mengeluh.   Kalau tak berbuah pun sekurang2nya jadi tempat berteduh serangga2 atau menghijaukan sekitar.   Berguna juga.





Kemarin dengan muka tak malu mintak benih pisang dari jiran.  Khe3.   Moga Allah limpahi rezeki pada jiran kami itu.    Dah 2 hari rendam, hari ni nak tanam molek2 biar nampak efek2 kampung sikit di tepian laman.



Ok dah siap tanam.




Syurga kecil buat Chanel.  Joko pula biasa2 je, kurang berminat dengan flora and fauna.  





Saturday, July 23, 2022

Pareidolia

Assalamualaikum and hiiii!!.

Guyssss...  uollz nampak tak bayangan 'warga emas sedang berbisik2' dalam singgang daging ai ni?.  Nampak tak kat bawah sekali tu ha belah kanan?.   Jika nampak sila bulatkan merah ye.   (Tak koser la kannn.  Mana ada.  Ngarut je.  Sesaja gurau untuk menyesuaikan dengan tajuk entri).





Sebenarnya tengah nak hafalkan perkataan ini.. PAREIDOLIA. Iaitu... apabila seseorang itu seeing faces in everything.  Melihat objek2 di langit berupa orang.   Boleh juga pada pokok, beg, wayar, botol berisi air dan lain2 semuanya kelihatan seperti makhluk.      Tak pasti plak sama ada ianya perkara yang sihat atau bukan, offensive atau sebaliknya.   Wallahualam.    Bukan bidang ai untuk mengulas.  







Pareidolia perempuan berdiri?. Ni tidak termasuk kategori ini mungkin sebab memang bayangan orang pun.  Hahahahaha.





Pohon eucalyptus caesia silver princess atau dikenali juga sebagai gungurru.




Monday, July 12, 2021

Kisah Semalam Di Laman

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..  Salam 2 Zulhijah.. 

Oleh kerana semalam seharian tak hujan, dapat lah menghabiskan banyak masa di laman menanam dan memangkas apa yg patut.   Pagi ni ribut petir melanda.  Alhamdulillah.. biar hujan saja yg membawa pergi saki baki tanah tanih yg ai buat hal tadi sbb hose ai rosak.

Kakak ai tanya pokok apa yg comey merah ni?.


Lachenalia bulbifera, asal South Afrika.  Aneh sikit pokok ni.   Bila summer kita tak perasan langsung kewujudan mereka, kurus mengecil.  Tapi bila winter menjelang, ia ibarat mendapat nyawa dan bunga2an pun muncul segar bugar seperti dlm gambar tu lah.    



Gambar bawah :-

Sansevieria Zeylaneca (snake plant) disamping satu pokok yg ai belum kenal pasti nama.  



  

Thursday, June 25, 2020

Pokok

Assalamualaikum and morning!!!

Orang kata cili dalam pasu boleh merimbun dan berbuah lebat.. asalkan kita rajin memangkas ranting.  Ok let's do it!

Yup!. Pruning can help our trees to grow strong, some other reason is to remove damaged branches which allows for new growth and helps prevent viral.




I love my peri-peri.  This is the best chili ever!.  Ewah!.  Sampai menangis pokok tu blom sempat tumbuh asik ku petik.. sbb pedas dia pedas yg sedap!.  Harimau pun menangis kalau makan. 

Tapi tetap juga beli cili di  pasar sebab kehadirannya hanya untuk menambah seri.. bukan untuk menyumbang sebulan kecuali kalau masak sehari seketul.





Miang sungguh si ulat bulu...
Banyak rumah lain...
Kat rumah kami juga dia duduk..
Mungkin baginya daun keledek tu tersedap di dunia, makanya dia datang mencari rezeki..  tapi kehadirannya merosakkan pemandangan.  Huduh semua daun2 dia makan.. berlubang2 bulat sapa melihat boleh thryphophobia.  So I'm sorry.. terpaksa pangkas!.   Sila makan rumput saja ye..





Some of the branches look almost dead.. and I hate this view.   Perlu dipangkas juga nampaknya ni.


Usah ditanya ke mana peginya pokok labu kami... dah meninggal.   Hahaha..
Innalillahiwainnailayhirojiuun...





Monday, October 23, 2017

Anggaplah mereka itu sebatang pokok

Assalamualaikum and morning!!
Tak ada cerita bermanfaat untuk dikongsikan,  tu yg blog tak terupdate 2, 3 hari.

Hari ni cek "on this day memory" kat fb.. termangu sejenak.

"Sam kah itu??".

Terbersit rasa penyesalan dengan status2 di "zaman gedix".

Entah apa2 yg kau tulis masa tu Sammmmm???.    Astagfirllah.   Memang bukan ngumpat orang, selfie2 pun bukan.. tapi bila dibaca balik, malu dgn diri sendiri.   Penulisan yg sungguh tak matang dan komen2 yg tak matang.  Yulkkk..


Tak pe... tak pe.   Lupakan saja.   Mari matangkan diri seiring usia.

Oh ya...  "ladang" belakang rumah kami dah menampakkan hasil!!.  Yeszaaa!.



Terbaca tu ari satu pesanan in english, tapi ai ubahsuai mengikut cerita2 org2 kita.
Kalau kita nampak pokok yg daun dia berlubang2,  automatik otak kita dah tau itu mungkin ada ulat beluncas yg kelaparan.

Bila kita nampak pohon2  yg daunnya keguguran, minda kita kata atas faktor cuaca dan tanah tanih.   Tapi itu pokok!.  Kenapa bila manusia,  kita tak nak fikir benda yg sama?.

Contoh kalau ada kawan yg bertukar gemuk lepas bersalin.. kenapa disakiti hati kawan tu dgn pertanyaan2 sinis?.   Begitu juga yg kurus.  Begitu juga yg mungkin dah tak secantik dulu... dan lain2.

Ada aritu kawan ai post 1 pix.. seorang kanak2 yg rupa dia dah tak rupa manusia uoll.   Kalau uoll tengok mesti insaf.  ( Tak boleh post kat sini nanti umpama mengaibkan budak itu).

Astagfirllah,  may Allah SWT forgive us all for even the slightest amount of displeasure with our appearance.   Oh I am me.😝😝


I Am me
I Am me
I Am me

I Am fun
I Am pretty
I Am beautiful
I’m A queen(Lirik credit to DSV)










Friday, May 5, 2017

Belajar Tentang Tumbuhan Aussie

Sebagaimana tumbuhan  di negara kita sesetengahnya boleh makan,  sesetengahnya memabukkan,  begitu juga tumbuhan Aussie.   So!. Jangan asal nampak buah  ranum tros masuk mulut.    Esok pepagi bangun dah kat alam lain pulak. "Marobbuka??".
Innalillahiwainnailayhirojiuun.   
Tata... jgn lupa faraidkan yg telah anda shoppingkan kepada Miss Mirror!.

Kadang2 kat tepian lebuhraya Aussie ni kita akan ternampak ada segerombolan  buah2 mcm tembikai tapi cute sikit.  Kuning2 comel melingkar kat tgh jln.    Secara logiknya.. utk apa tembikai ditanam di highway kan?.  Sekalipun mengidam 7 bulan kandungan, buah itu jangan dimakan ye puan2.   Menurut khabarnya ia adalah hidupan liar.  Apa kesannya?.  Itu ai tak dimaklumkan plak.


1 lagi jenis  yg pernah ai mention dulu2... pohon yolk yg kuning2 merata2 tepi kebun.    (Pix takde).  Pun sangat berbahaya dan beracun.

 1 lagi pokok bawah ni (bukan yg lada) tapi yg ada berry ijau2 tu.  Blackberry nighshade.  Menurut warga tempatan,  asbab anak dia termakan, terpaksa la stay kat sepital seminggu.  Wallahulam. 

Pix credit to John




Anda juga akan ditemukan dengan buah merah2 (pix bwh) ni di sesetengah perumahan.  Tapi menurut mereka buah Lilly Pilly (sesetengahnya menggelar chinese apple) ni sedap dibuat jam.  In fact, ai pun baru menggali info dari netizen tentang pokok yg  menjadi misteri pada kami sekeluarga bila nampak di taman2.  So... sila google lebih lanjut.


Thursday, October 31, 2013

Entry Seorang "Petani"

Pepagi nampak pokok  ni "muncul" kat laman rumah... hati berbunga2..(pokok belum keluar bunga, tuan dia dah berbunga2 dah .... hehe)..

Ai tanya IRP... 

"You beli pokok apa  kat bawah tu??".   Padahal ai mmg dah tau pun.. saja tanya.


"Cermai..".  

"Ha??.   Ala tak best la...".   Sedikit kekecewaan menerjah.. sambal yg kubayang sirna tiba2, hilang ditelan perkataan "cermai" itu..


"Eh silap..... belimbing buluh".   Jawabnya ringkas.. mengembalikan bayangan sambal marbles dlm mindaku yg tiba2 ghaib sebentar tadi.





Thank you darling!!  (wekk... muntah :P). Meski bukan Taj Mahal, tetap ai hargai... Meski bukan pohon emas, tapi ai mmg suka pokok ni...
ai rasa terharu sebab..
ingat jugak  IRP ngan apa yg bininya suka makan..
As what you all know kan,  Puan Mirror is fond of Sambal Hitam Pahang yg mables berapi2 tu..
tapi punya la susahnya nak cari beliming buluh  kat supermarket fofular tu..
Agak2 brapa lama lagi la pokok ni nak keluar buah??.  Tak sabarnya nak petik..
hahaha..
Pasni tanam pulak daun limau purut ye.. senang ai nak masak tomyam.


Emm... tu je la nak tulis..
Akhirnya dpt jugak ai mewarnai belog ni dgn benda2 hijau..
rindu sebenarnya dgn entry2 ala kampung.... ada pokok2.. ada ayam itik..
tapi entry2 mcm tu mcm dah susah utk ditemui lagi.. skrg ni..
mungkin teman2 blogger ai dihambat kesibukan...
mungkin..... mereka dah tak balik kg lagi....
atau mungkin.... mereka mmg tak minat pokok..
takpe la... anggap je la entry ni entry syok sendiri..


** sedih arini x dpt join Graduation Day si Ain..... Qistina exam..  :'(







Wednesday, December 2, 2009

INDAHNYA KEHIJAUAN KAMPUNGKU...

Aku ni kalau cerita bab pokok yg dah nak luput di telan zaman..selalunya hanya dapat berkongsi dengan mak, mak ayah mertua aku je sbb kalau nak cerita dgn budak2 moden ni diorg tak kenal sangat pokok2 yg pernah membesar bersama-sama aku kat "Kashmir" tu.. So, utk mencelikkan sikit mata putera-puteriku biarlah aku kongsikan kat sini..
 
kami panggil pokok "tepeng".. daun dia boleh mengubat panau.. hehehe..
sapa yg ada panau? cepat ubat skrg.. tp kalau bisul tak boleh le ubat pakai daun ni.. lain plak jadinya.

sorry.. aku tak tau apa nama pokok ni.. tp ayah aku panggil pokok jarak... kalau nak tau, buah dia ni boleh dibuat pelita.. candle light dinnerr!!!.. mula2 ambik buah dia yg dah kering tu cucuk la mcm kita buat sate tu dgn menggunakan dawai pastu bakar.. selanjutnya aku tak ingat, jgn sampai terbakar rumah sudah la.... tp yg pasti boleh jimatkan bil api.. getah dia ni selalunya orang buat main "bubble2"... zaman dulu susah nak dpt straw.. kami guna pelepah betik.. org zmn dulu mmg kreatif.

Pokok belinjau pun kadang ada org yg tak pernah nampak.. buah dia sedap direbus.. org sekarang buat kerepek je.

Thursday, November 5, 2009

AKU MEMANG ANAK TANI

Kenapa ya Makcik Mirror uploadkan gambar2 ni?? Sebabnya semalam ANIS dlm komennya di blog MM ni terkejut yg auntienya ni PERNAH SUKA bercucuk tanam sejak dah kawin ni.. hahahaha... sebab dulu kecik2 memang MM jarang ke kebun.. paling teruk ke kebun pun sebab memetik kopi... hehehe... tuan puteri takut kena gigit nyamuk..
MS : Ni la pokok kelapa yang bapa mertuaku tanam tu.. mulanya MM tanam sendiri dgn tangan dua kerat ni.. lepas tu bapa mertua datang, beliau tengok mungkin macam tak strategik je, so tanam semula kat sini.. lambat pulak la nk tunggu daunnya nak buat ketupat.
Yg ni pulak..rasa2 sapa yg tanam? MM cuma bagi design je la, tentu la org landskap tu....
Ni pun kerja2 dari para pro... mula beli pokok kipas udang ni cenonet je.. masa tu keciknya si Fyzul.. sekarang dah merimbun.
Ha!!! Yg ni IRP yg tanam.. MM dah maleh dah skrg.. tak kuasa!!
Ni pun masih cenonet je pisang entah apa nama tah ni... Pokok2 pisang ni ditanam bagi menggantikan pokok ubi yg kontroversi kerana menjulur ke tingkap rumah org... hahahaha.. abih la Ah Soo belakang rumah tu bebel.. ala.. bebel2 manja gitu!
Pokok2 lain ada tanam.. mcm daun pandan, pegaga.. tapi tadi hujan pulak la.. malas... nanti camp corder aku rosak pulak.. ni pun mcm dah nk rosak2 dah.. habih la.. IRP marah aku.