Wednesday, December 2, 2009

INDAHNYA KEHIJAUAN KAMPUNGKU...

Aku ni kalau cerita bab pokok yg dah nak luput di telan zaman..selalunya hanya dapat berkongsi dengan mak, mak ayah mertua aku je sbb kalau nak cerita dgn budak2 moden ni diorg tak kenal sangat pokok2 yg pernah membesar bersama-sama aku kat "Kashmir" tu.. So, utk mencelikkan sikit mata putera-puteriku biarlah aku kongsikan kat sini..


kami panggil pokok "tepeng".. daun dia boleh mengubat panau.. hehehe..
sapa yg ada panau? cepat ubat skrg.. tp kalau bisul tak boleh le ubat pakai daun ni.. lain plak jadinya.

sorry.. aku tak tau apa nama pokok ni.. tp ayah aku panggil pokok jarak... kalau nak tau, buah dia ni boleh dibuat pelita.. candle light dinnerr!!!.. mula2 ambik buah dia yg dah kering tu cucuk la mcm kita buat sate tu dgn menggunakan dawai pastu bakar.. selanjutnya aku tak ingat, jgn sampai terbakar rumah sudah la.... tp yg pasti boleh jimatkan bil api.. getah dia ni selalunya orang buat main "bubble2"... zaman dulu susah nak dpt straw.. kami guna pelepah betik.. org zmn dulu mmg kreatif.


Pokok belinjau pun kadang ada org yg tak pernah nampak.. buah dia sedap direbus.. org sekarang buat kerepek je.

5 comments:

  1. emmm...pokok tepeng tu dah susah sikit nak cari, dulu kerap gak pakai sbb panau bnyk...maklumlah jarang pakai baju masa bermain (mcm mana tak berpanau lepas main berpeluh2 terus terjun dalam parit lumban) org kata itu penyebab panau...entah aku pun tak pasti/tak kaji

    pokok jarak tu skrg ni ramai yg menanamnya sbb dia adalah salah satu campuran dalam biodiesel (tak taulah apa cerita biodiesel skrg ni)...

    pokok belinjo...bg krepek tu kat aku nak tau habis ke tak habis

    ReplyDelete
  2. famili aku panggil daun tepeng tu daun gelenggang...entahla gelenggang tu bahasa apa..banjar kot...mak aku yg selalu guna utk sapu gatal2...kat blkg rumah mak aku ada byk...

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah kwn2 aku masih kenal asal usul... aku saja je nk try test tadi.. almaklum ler dah jadi org kota katakan.. kota metropolitan..

    ReplyDelete
  4. pokok belinjau, selain dari buahnya direbus atau dibuat emping, daun dia yg muda tu pun boleh dimakan. Dulu2 emak selalu masak lemak pucuk belinjau... Sedap kan buah belinjau rebus, lemak2 pahit ...

    ReplyDelete
  5. thanks for visit my blog Mummy Gee..

    ya daun belinjau tu selain masak lemak kalau emak Sam celur2 buat ulam makan dgn sambal je pun sedap, kami panggil daun tu daun som. Ya buah belinjau tu sedap Mummy Gee tp biasa la benda sedap ni selalunya payah nk kupas mcm jugak durian.. kami klu nk makan buah belinjau rebus guna playar khas untuk mengkacip buah tu.. mungkin org lain guna lesung batu kot?

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...