Friday, May 5, 2017

Belajar Tentang Tumbuhan Aussie

Sebagaimana tumbuhan  di negara kita sesetengahnya boleh makan,  sesetengahnya memabukkan,  begitu juga tumbuhan Aussie.   So!. Jangan asal nampak buah  ranum tros masuk mulut.    Esok pepagi bangun dah kat alam lain pulak. "Marobbuka??".
Innalillahiwainnailayhirojiuun.   
Tata... jgn lupa faraidkan yg telah anda shoppingkan kepada Miss Mirror!.

Kadang2 kat tepian lebuhraya Aussie ni kita akan ternampak ada segerombolan  buah2 mcm tembikai tapi cute sikit.  Kuning2 comel melingkar kat tgh jln.    Secara logiknya.. utk apa tembikai ditanam di highway kan?.  Sekalipun mengidam 7 bulan kandungan, buah itu jangan dimakan ye puan2.   Menurut khabarnya ia adalah hidupan liar.  Apa kesannya?.  Itu ai tak dimaklumkan plak.


1 lagi jenis  yg pernah ai mention dulu2... pohon yolk yg kuning2 merata2 tepi kebun.    (Pix takde).  Pun sangat berbahaya dan beracun.

 1 lagi pokok bawah ni (bukan yg lada) tapi yg ada berry ijau2 tu.  Blackberry nighshade.  Menurut warga tempatan,  asbab anak dia termakan, terpaksa la stay kat sepital seminggu.  Wallahulam. 

Pix credit to John




Anda juga akan ditemukan dengan buah merah2 (pix bwh) ni di sesetengah perumahan.  Tapi menurut mereka buah Lilly Pilly (sesetengahnya menggelar chinese apple) ni sedap dibuat jam.  In fact, ai pun baru menggali info dari netizen tentang pokok yg  menjadi misteri pada kami sekeluarga bila nampak di taman2.  So... sila google lebih lanjut.


1 comment:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...