Tuesday, November 17, 2009

MEE UDANG





BAHAN-BAHANNYA YA PUAN-PUAN....


Mee kuning sebungkus

Udang basah 5/6 ekor- bersaiz sederhana

10 tangkai cili kering - dikisar

2 biji bawang besar} kisar

2 ulas bawang putih} kisar

Sedikit belacan } kisar

3 camca teh sos cili

3 camca teh sos tomato

½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi


taugeh

2 pokok daun bawang

2 tangkai daun sup

5 biji tauhu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis

5 biji cili masak

Limau kasturiSedikit bawang goreng


Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya, then ketepikan.


Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.



Celurkan mee kuning, sawi dan tauge.

Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

4 comments:

  1. geram je tgk udang ni tapi aku x leh nak makanla pulak...kalau makan sakit perut berhari2 la jawabnya...rugi2...

    ReplyDelete
  2. Itu la.. aku pun geram.. mcm sedap je.. lebih kurang mcm Mee Bandung kot rasanya. Tapi mcm dah ngetop je kt JB.. kt mana tah.. Pasir Gudang ke kat mana.. aku confius plak.. Tg Langsat ke.. entahlah..tp one day aku nk suruh IRP bwk aku gi sana.

    ReplyDelete
  3. Thank you MM.. nanti I cuba I share hasilnya kat blog!! :D

    ReplyDelete
  4. Eny - klu tak sedap jgn marah... I tak pernah cuba resepi ni.:D

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...