Monday, November 16, 2009

KISAH TEMAN SEBILIKKU YANG TERLAMPAU


Kalau LM bercerita tentang bekas teman sebiliknya semasa belajar dulu.... Hari ni Makcik Mirror pun ingat nak bercerita tentang sorang bekas teman sebilik semasa belajar kat sebuah negeri.

Dia yang aku panggil Fasha Sandha (bukan nama sebenar) ni seorang awek dari pantai timur. Ada la lebih kurang setahun je aku dapat sebilik dengan dia sebab lepas tu dia tak dapat menyambung pengajiannya... aku tak pasti kenapa. 

Apa yang menarik minat aku untuk menulis tentang Fasha ni ialah dia ni seorang yang sangat obsess....dengan subjek B.I...(Bahasa Inggeris)... minat yg bukan biasa-biasa minat tapi dah mcm peminat Mawi minat fanatik kat Mawi mcm tu la... Pendek kata kalau kat hostel tempat kami belajar tu, ramai kakak-kakak dari course lain akan mengupah Fasha ni membuat kerja-kerja translation buku-buku rujukan dari BI ke BM.. especially course teknologi Makanan sebab buku rujukan mereka ni tebal-tebal belaka.

Apa yang melucukannya.. bila kami keluar pegi ke pantai (satu pantai yang terkenal di negeri itu)... ramai pelancong asing yang datang nak bermandi-manda ataupun menyedut udara yg segar kat situ kan. Kalau kami yg lain ni sibuk nak bermain pasir atau pun ehem.. nak ngorat2 pakwe hensem yg lalu ker.. tp si Fasha ni lain pulak ceritanya... Dia akan seboleh-boleh cuba untuk mendapatkan mat saleh/minah saleh itu untuk diajak berbual. Kami memang dah faham sangat perangai Fasha yg satu itu. Kalau membaca tu tak usah ceritalah.. kalau boleh iklan-iklan kat The Star semua tu dia baca kesemuanya. Ternyata hasil usahanya itu berbaloi sbb sebagai anak gadis kelahiran desa yg jauh dari pembangunan apatah lagi menghadiri kelas tution mcm anak-anak kita sekarang, Fasha mampu bercakap BI dgn fasih ketika itu. 

"Sam.. where are you Sam?? Where are you" 

Suara nyaring Fasha memanggil aku tiap kali naik tangga korridor sebelum sampai ke bilik kami masih terngiang-ngiang hingga kini.. Aku tak pasti di mana kau sekarang Fasha? Kau pergi meninggalkan kami mcm tu jer.. Maafkan aku Fasha andai sepanjang kau pernah jadi roomate aku.. aku ada tersilap atau terkasar bahasa.

Tapi aku sgt berterima kasih la pd kau  sbb selalu memberikan consultation yg bagus tiap kali ada pakwe yg nak ngorat aku...

"ah.. tak hensem la budak tu Sam.. serabai je aku tengok.. ko tak payah layan dialah" ujar Fasha sambil mengenakan tudung empat seginya itu.

"ala.. mamat tu bekke je aku tengok, mu jange layan dia lah" luah Fasha dgn wajah selamba. Nampak riak-riak keikhlasan di wajahnya yang bulat itu. 

hahahaha.. kerana menuruti nasihatmu yg penuh kecerewatan itu (bukan aku yg cerewet.. hehehe).. sudahnya sampai habis pengajian aku tak de gewe pun kat situ... hahahaha..


p/s :  Aku pung bekke gak la Mek.. tang serabai tu.. aku tok pasti la pulok.. serabai ke tak aku dulu tp kito ni ke.. kan masih mengaji maso tue.. mano ado pitih nk bergaye.. ala Mek.. Mek... berapo anakmu dah Mek? Cubo la mu menjelma kat sini Mek...

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.