Sunday, November 1, 2009

PETANG NAN INDAH DI BEE PEE

Sekali-sekala keluar berjalan tanpa IRP pun best rupanya... (Sorry darling...) Hari Sabtu semalam, MM keluar dgn ibu mertua dan Mama Teh gi nursery ni... after makan-makan di tasik Y (Emir sebut Acik Y).
Sebelum tu gi kedai letrik temankan mak mertua beli oven.. Berjam gak kat situ sampai sempat menonton rancangan "AC di sini" tu dari awal hingga abis kt skrin yg ditayangkan kat situ...Ah MM tak beli apa-apa pun kat situ sbb teringat akan kempen yang baru MM lancarkan bersama teman2:
"HIDUP CARA MISKIN BEFORE 40' "
Hahahaha.... jgn ler ketawa dgn kempen kitorang ni ya. Entah kan betul kitorg boleh realisasikannya... Kalau MM boleh kot??? Eh tapi kira orait la.. hingga saat ini MM tak terkabur oleh bisikan-bisikan promosi dari supermarket2 tersohor.
Tapi kempen ni MM tidak galakkan kpd IRP sbb my darling ni dah lepas dari usia 40, so beliau dah bebas dari kempen ni dan digalakkan untuk membelanja isteri tercintanya ini sesuka hati beliau.... yahooo!!!!! Abang.. mari bang.. belanja I emas berkoyan-koyan.

Cantik pokok anggur ni.. dah tanam sendiri belakang rumah tapi mati pulak

Qistina dan Aiys (anak Mama Teh)


Ni birthday cake untuk atok aki...




6 comments:

  1. mcm mana tak mati pokok anggur tu..dah lah letak kat blkg umah, tuannya pulak asyik ngechat2...FB2....Farm kat FB idup subur Farm kat blkg umah terbiar kekering....hahahahahahaha....

    ReplyDelete
  2. pandaiiiiii.... itu adalah kenyataan yg sukar dinafikan.

    Kenapa ya aku semakin malas untuk ke kebun? Eh tapi org tua ckp tangan aku sejuk... kalau menanam apa2 jadi subur cuma tang anggur tu je aku fail sikit sbb tangan aku bukan tangan minah saleh kot.

    ~ Bila ya aku boleh kembali mcm dulu.. rajin tanam ubi (sampai kena marah dgn jiran belakang rumah sbb daun tu menjulur ke tingkap rumah dia.. hahahaha.. nasib la kau!!!).. sejak tu aku terus tak tanam lagi sampai la skrg.

    ReplyDelete
  3. sam..kat blah mana kebun bunga ni..cam best je..nak tggok la pokok anggur tu..last raya tu ari rumah kawan pon ada..siap ada buah lagi..tp dia tanam dpn rumah la..sejuk je

    ReplyDelete
  4. JB Fresco... haii..

    Ala.. kat BP la.. Ini bukan kebun bunga pun.. sebenarnya tempat orang jual pokok2. Rasanya kalau kat Yong Peng tu lagi byk nursery yang cantik2 K.Gee. Yang kat sini ni kecik je kedai dia tapi pokok bunga kertas aritu Mama Teh tu beli RM10 dpt 3 pokok.. ok ler tu.

    Sam skrg ni kerja2 tanam pokok Cik Abg Sam yg take over jd dah tak minat nk beli pokok2 ni. Lain la masa dulu baru2 kawin.. rasa mcm nak beli satu kebun tu sekali. Sib baik la skrg dah insaf.. :)

    ReplyDelete
  5. Sejak bila pulak untie MM aku ni minat dengan pokok. Setahu aku masa kecik2 tanam pokok cili kat belakang rumah atuk tu nak siram pun malas... He..he... Tapi yang aku ingat kita panjat pokok kopi sebab atuk dah marah-marah sebab kita asik main pondok-pondok je. Petik buah kopi tolong atuk cari duit. Penatnya.. Kelilipen lagi matanya. Atuk bagi 30sen je upahnya.

    ReplyDelete
  6. Hai Anisss!!!

    Hahahaha... itu la peliknya Makcik kau ni Anis.. bila kawin je sikap tu berubah 360 darjah.

    MM dulu memula pindah rumah mcm kemaruk bercucuk tanam belakang rumah Anis.. ala Cik Pir ko pun tolong la.. takde la buat sesorang. Apa yg MM ingat masa tu kami tanam ubi, kangkung, pokok pisang, keledek..

    Sekarang ni sbb kami dah ada tukang kebun sendiri jadi takde la bercucuk tanam lagi.

    Eh kau ingat pulak pasal cili belakang rumah atok tu ya? Pasal petik kopi tu MM ingat la.. MM ambik upah dari MS..punya la penat masa tu.. MS bagi upah RM1 pun dah cukup suka.. hahaha.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...