Thursday, December 31, 2009

PAPADOM & AVATAR

Panggung wayang Australia.. yang tak sejuk.

 ... menonton cerita avatar tp akhirnya Avatar yg menonton aku..

Haii all... baru lapang fikiranku ini dah sampai rumah betul.  Rumah betul? (ooo jadi pagi tadi tu buat entry kt tengah jln ke? idak ler.. maksud aku rumah sendiri, PC sendiri, guna sendiri).
Ok sambung cerita yg terbengkalai nk diceritakan siang tadi.. td nak cerita tapi si Qistina sibuk nak main game.. Cerita tentang Papadom yg aku tonton kt flight masa nk balik ke tanahair... dpt gak aku tengok cerita melayu akhirnya.. kenapa la masa flight nk pegi itu ari bleh pulak aku habiskan masa 5 jam tu dgn tidur, cuaca terlalu buruk masa tu sbb tu utk hilangkan rasa kurang selesa gegaran kapal terbang  tu baik tidur je, sedar2 dah sampai..

Heran.. mcm mana cerita Papadom yg kelakar tu boleh pulak aku mengalirkan air mata.. sebabnya aku sedihkan si Dom (aflin shauki) yg sering merindui isterinya yg telah mati... agaknya mcm tu la kalau manusia kehilangan pasangannya. Gaduh mcm mana pun, bila orang tu dah pegi meninggalkan kita, pasti ada sesuatu yg membuat kita teringat pada dirinya. Oleh itu, hargailah mereka ketika mereka masih ada di dunia. (Makcik Mirror sedang menasihati diri sendiri).

Ok lupakan kisah filem yg aku tonton dlm pesawat.. ni nk cerita psl panggung wayang kt negara orang.. Gambar atas tu, itu la salah satu panggung wayang yg sempat kami pergi kat sana, kami menonton cerita avatar... sekerat jalan je aku tengok sbb letih sgt, lepas tu entah apa jadi dgn mahluk2
berekor (bunian kan tu) sbb aku terus zzzzz...

Tp panggung wayang dia mmg best, aircond tak terlalu sejuk mcm  panggung wayang yg selalu aku pegi tu sampai nak kena bwk gebar, itu pun masih sejuk lg.. lampu tak ler gelap sgt, jadi tak le terkapai2 nak cari tempat duduk dlm kegelapan, lagi satu senang le nak memantau kalau anak2 lari, tak ler tercari2 dlm kesamaran cahaya yg malap2.. pastu siling dia tak le berselirat dgn sistem audio, mmg rata dan kemas je, pendek kata memang selesa .. aku ni tak suka tengok wayang kalau aircond sejuk sgt.. kesian kt anak2 sbb tu la aku terlebih memuji panggung wayang kt sana tu... jgn ler maree.. kenyataan pun..

Tapi satu perkara pulak.. penontonnya terlalu pendiam semuanya... sebab tu si Shashal sampai kena tegur untuk "syyyyyyyy keep quiet" oleh sorang mat saleh tu sbb asik membuat bising... hehehe.. tak malu pun aku.. sbb lepas tu aku pun tido tak tau apa cerita selanjutnya.. Shashal pun sama2 tido di pangkuanku.


Zzzzzzzzz.....




No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...