Monday, December 14, 2009

RESEPI KETIKA DALAM PANTANG...


Ini ler sup ayam yg MM masak arini sbb terliurkan sup ayam kt blog Mama Miraki. Punya la teruk MM ni kan? "pantang".... pantang nampak kt blog org... semua rasa macam nak makan.. Pantang segala.

Jap lg MM kongsikan resepi ketika MM dalam pantang utk anda di luar sana mencuba.. khasnya kpd Anonymous yg tgh standby mode tu.
Pd Puan Tok... "Happy Birthday to you Puan *****(?).. Hee seronoknya dpt hadiah... Present anniversary MM tgh dlm pembikinan... 2 minggu lg baru siap..... terlalu rumit pembuatannya sampai hari ni tak siap2 lagi. Apa agaknya? Biarlah rahsia. Kwang kwang kwang...

MM kan.. kalau pasal present2 ni... MM tak kisah.. murah ke, berjenama ke, tak berjenama ke.... asal hubby bagi tu bagi MM dah cukup spesel dan akan menggayakannya sebaik mungkin. Let say kalau baju tu tak cantik... MM akan cantik2kan... bubuh labuci ke.. alter semula ke.. apa2 jelah asal kita hargai pemberiannya tu. Jgn la bg kat org... kecik ati tau dia... siann.. penat2 belikan... kita bagi kat orang plak.

Ok... ni resepi dlm pantang tu ya...


RESEPI KETIKA BERPANTANG - IKAN BILIS HALIA

Bahan-bahannya
ikan bilis dlm semangguk (basuh dan sanggan... sanggan tau bukan goreng.. berpantang la katakan)
halia 2 inci
lada hitam
garam sikit
tumbuk semua bahan2 di atas sehingga separuh lumat
pastu bubuh la garam
tu jerr...


PERINGATAN KETIKA DALAM PANTANG
*stokin jgn lupa pakai
*mata tu kalau rajin jirus la dgn air (org tua kata.. cucur la dgn rambut) biar tak cepat rabun mcm MM ni... sbbnya MM mmg malas nk berlama2 dlm bilik air ketika berpantang... nanti anak MM menangis.
* bengkung... ha yg ni mmg wajib pakai.. kalau arwah ayah MM mmg titik beratkan perkara ni 44 hari... tp kalau anda operation tak perlu la... kalau anda baru lepas bersalin, masa kat hospital tu...belum berurut..TIDAK digalakkan memakainya sbb takut darah tak turun dgn sepatutnya. Lepas berurut teruskan pemakaian hingga la habis pantang.....
* tidur biar cukup... masa baby tido.. kita ikut la tido... kalau tak cukup tido susah.. kepala boleh benggal.. lama2 dtg penyakit meroyan plak.. nauzubilah.
*duduk ketika menyusukan bayi hendaklah dgn tegak.. jgn membongkok nanti cepat bongkok mcm nenek kebayan.
selebihnya... pandai2 la anda mengikut rentak informasi terkini.... pd MMJustify Full tak rugi kalau kita mendgr pendapat org tua asalkan masuk di akal.

*kpd anda di luar sana : * susu ibu adalah yg terbaik untuk bayi* sayangilah anak anda* jgn membuang anak merata-rata! kalau tak nak.. bagi je kat Miss Mirror nih.






7 comments:

  1. Dah masuk anak ke-4 ni la baru Mummy Gee rasa puas menyusukan anak, anak dah masuk 1 tahun 6 bulan Mummy masih brestfeed lagi. Yg sebelum2 ni dapat brestfeed sebulan dua jer sebab dah kering kontang...yg ni bnyk susu mungkin sebab rajin berurut sejak preg 6 bulan lagi so salur2 sumbat semua terbukak (agaknye la...hihi...tapi tu ler kata kakak urut tu...)

    ReplyDelete
  2. emm....kalau baby tido comei ikut tido alamat rumah comei tu x tau jadi apa...x makan la comei ni kot...itu pengalaman anak pertama sbb masa tu hubby x reti nak masak lagi..tapi utk anak ke 2 insyaallah hubby dah terror masak & dah tau nak wat keje2 rumah.....

    maklumla pantang x de sape tolong jaga....ceaser lak tu...

    ReplyDelete
  3. Morning Mummy Gee and Comei.. salam.

    Alhamdulilah Mummy Gee dpt menyusukan ank.. rasa best kan bila budak tu merengek2.. MM memang menyusukan semua ketiga2 ank MM hinggalah diorg bosan sendiri. Bosan ke atau susu dh kering tak tau la tu.. tp kalau Qistina tu mmg sengaja kami "sapih" sbb dpt adik (si Shashal) ms umur dia 2 thn.

    Memang kesian ms baru2 kena "sapih" tu.. kita yg tengok pun jd sengsara sendiri.. tp alhamdulilah akhirnya dia akur yg dia ada adik kena la mengalah.

    *sapih = dicerai susu.. tak tau la ni bahasa jawa ke bahasa apa ni ya?
    hahaha.

    COMEI ~ MM pun masak jugak bila dah hujung2 pantang tu.. bila badan dah betul2 sihat (30 hari). MM tak boleh renyah sgt mcm ada sesetengah org tu siap gi jalan2 sbb silap haribulan bentan.

    Yg MM kata "kita tido masa baby tido" tu bukan la apa... ceritanya mcm ni...

    org zmn mak2 kita dulu, diorg ni tak dibenarkan tido siang ms pantang sbb mitosnya nanti muka jd sembab/bengkak...tp ko bayangkan Mei.. kalau mlm dah la x cukup tido sbb jaga baby pastu siang plak dilarang tido.. tak ke bleh meroyan jadinya. Rasanya kalau takat muka bengkak tu bila dah habis pantang 44 hari akan back to normal..

    Ada org kata, jgn makan roti tika dlm pantang.. sbb nanti usus jd kembang.. tak tau la betul ke tak.. tp MM ikut je.. mana la tau yis dlm roti tu yg buat usus kita jd kembang (ya la ms dlm pantang seluruh badan kita kan manja berbeza dgn hari2 lain sbb baru lepas melahirkan.. mcm2 boleh terjadi).

    Buat ANONYMOUS ~ Ko kena manjakan bini ko dgn sehabis baik. Mcm2 penyakit bila dlm pantang ni antaranya "demam susu"... adoiii sakitnya tak terkata... mmg demam seluruh badan.. Makan pun kena jaga takut bentan. Tiap org elerginya berbeza2 so takde makanan yg specific utk mengatakan itu tak boleh, ini tak boleh.. kalau MM mmg alah dgn pisang, anggur masa pantang..

    ReplyDelete
  4. MM saya ni masa dalam pantang (ceaser 3x) memang betul2 pantang tapi 'pantang jumpa' hihihi... seminggu lepas bersalin dah curi2minum air sejuk... Masa bersalin anak ketiga (ceaser gak) baru masuk hari ke-5 bersalin lps chk up kat hosp blk singgah K4 dulu beli barang dapor. Jalan pun terbongkok2 lagi sbb tahan sakit kat perut... Cam x puas hati le bila cik abg yg shop2 tu cam ada jer yg kurang...heheh...rasanya yg boleh tahan saya berpantang masa anak ke-4...apa2 pun alhamdulillah selamat...anak rapat2 so tak boleh nak berpantang sangat...dlm pantang kena bersilat ngan anak2 yg dah besar sbb nak mengusik si baby jer...hahah

    ReplyDelete
  5. Mummy Gee...mmg ada sesetgh org mereka lasak.. buat mcm2 perkara ms pantang pun tak bentan.. tp MM ni rengkeh sikit.. mungkin sbb MM ni made in Jaworld!

    Minum air sejuk/ais? Amboi!! itu sudah lebih.. Kalau org zmn dulu lagi teruk.. minum tak boleh byk... sikittt je satu ari satu cawan...sbb mitosnya takut luka lambat sembuh..dah la kita ni menyusukan baby.. haus kemain. Badan berparam.. belengas semacam pastu tak boleh minum air pulak. Tak dpt dibayang penyiksaannya.

    MM rasa org zmn dulu buat mcm tu sbb zmn tu diorg tak de "jahit menjahit" mcm kita zmn sekarang, antibiotik ada, ubat penahan sakit dan mcm2 lg kemudahan utk mempercepatkan luka tu cepat baik.

    Betul la kata MS.. dunia semakin hari semakin indah.. alhamdulilah MM tak dilahirkan sbg wanita zaman dulu.. siksanya...

    ReplyDelete
  6. comei walaupun ceaser tapi x pantang sgt cuma elakan makan benda2 yg gatal je...yg lain bantai je...masuk mggu ke2 dah curi2 minum ais...x tahan beb cuaca panas sgt. sedara mara & jiran2 ramai dtg..paham2 je la...maklum comei x de bibik...hak hak hak...

    *org kata kalau anak pertama berpantang betul2 anak ke2 & seterusnya ke pantang gak...

    ReplyDelete
  7. Wah! Kau pun Meiii.. main tibai air batu? Tp tu la kan.. kita ni mmg tak boleh nk paksa org jgn buat apa yg kita tak buat sbb tiap org berbeza2 tahap ketahanan badannya.

    Ada jugak org berpantang sampai 100 hari, tapi akhirnya badan pun sakit2, mata pun rabun, kepala selalu berdenyut2, badan masuk angin juga... suami lari juga (tp dah takde jodoh kan)

    Ttg "bila ank pertama pantang ank seterusnya kena berpantang" itu pun MM ada dengar.. tak tau la apakah sebab dn musababnya.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...