Sunday, February 21, 2010

NAK APPOINTMENT KE?

Membincangkan adat-adat berjiran di blog MS teringat pula jiran-jiranku...Dalam Islam, jiran kita ialah 40 buah rumah ke kanan, 40 buah rumah ke kiri, 40 buah rumah ke depan dan 40 buah rumah ke belakang.


CNY ~ dah mcm raya dah ni... Mcm ni la kalau CNY kat rumah aku.. jiran tetangga menghantar pelbagai makanan dan begitu la pula bila raya, kami pula membalasnya..
pendek kata kalau CNY mmg kena standby tupperware kosong... hias cantik2 kt meja.
ni pun blom sempat nk deco2 lg..
jiran tetanggaku waktu ini ada yg masih bercuti, ada yg riuh rendah menerima kunjungan tetamu dan sedara-mara...
mmg menjelouskan ako!!! Hehehe.. sbb mcm riuh2 gitu! Happening!! Best je dgr pinggan-mangkuk berlaga dr. ruang dapurku yg hanya dipisahkan oleh pagar besi tempawan.
teringat kalau kita raya2 tu... family dtg pastu gi marhaban... BEST!

Bertunggu-tangga rumah org rasanya tak pernah pula berlaku di taman kami ni sbb masing2 sibuk, walaupun majoriti adalah MEM besar mcm aku.



Bagi anda yg berkongsi tembok/pagar... MM rasa better kalau uoll nak buat kerja cat-mengecat tu bincang le baik2... tanya la...

"you nak kaler apa? you nak join tak, I nak cat tembok ni... you nak share ke? You izin tak kalau I cat tembok I ni.. takut I cat2... termeleleh plak kt tembok you"

haaa mcm tu la...

Ada tak yg kerja meminjam? Bwng2 ke? Cili ke? Sudip ke? Kuali ke? Ha tu.. kena la jujur... pulangkan le kalau dah namanya meminjam.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana MM dikurniakan jiran-jiran yg waras dan siuman, membantu tika memerlukan..... kdg tu MM tak perasan anak MM balik dr sekolah sbb busy kt belakang rumah.. pun diorg susah payah tolong... kdg tu I terlupa tutup gate...diorg pun tekan bell.

Dulu kat rumah lama, MM belajar menjahit baju, mengait dgn Makcik Nala tapi MM pegi dgn appointment la, kalau MM balik kg Makcik Nala siramkan pokok & begitulah sebaliknya.

Sebut psl appointment ni kalau Mat Saleh selalunya kalau ada tetamu nk dtg mesti dgn appointment... kita tak payah mcm tu pun takpe.. tp kena la phm konsep BERTAMU tu. Tp klu dah appointment, jgn le mungkir pulak.

Ada baiknya dtg dgn appointment sbb nk menyenangkan tuan rumah supaya get ready.... bukan ready masak...tp mana la tau kalau dia nk gi mana2 ke... tak le kita mengganggu. Tapi klu dtg rumah sedara mara, MM main redah je...klu berappointment2 ni... kalau si MS tu mesti dia kelam kabut memasak mcm nk buat kenduri! Sekawah dia masak utk kami! Sedapnya mee tomyam yg K.Ida masak tu... mertua aku ckp sedapnyaaa!!!

Org kata "TETAMU DATANG MEMBAWA REZEKI, MENGHALAU PENYAKIT" - so, bergumbiralah anda dgn kedatangan tetamu :D... asal bukan Mr. Ratatouville yg jadi tetamu dah le....

10 comments:

  1. Baguslah punya jiran yang baik-baik... Kadang2 tu berjiran dgn org sebangsa kita ni banyak masalahnya... Tapi kalau jiran yg tak seagama masalahnya jenis yg tak tau kita ni tak makan masakan dia paksa suruh makan tu yg tak lalu... Tapi kalau beli yg mcm makanan yg nebeour ko bagi tu bolehle terima...

    ReplyDelete
  2. so far so good! ni pun dia tgh baca blog aku ni...hehehe..

    ReplyDelete
  3. eh tapi kan... aku pun pernah berjiran dgn sorang manusia yg berperangai pelik..tp bukan rumah yg ni la.

    klu ketuk pintu rumah org tu mcm ala2 perompak! "dam! dam! dam!".Terkejut kami..rupanya dia nk undur keta, kitorg parking padahal depan rumah sendiri, dh jadi kesalahan pd dia..(sebenarnya org2 kt situ ckp,dia x berapa cekap bwk keta).

    Masalahnya tu..cuba la bg salam...ni ketuk mcm perompak! Terkejut org tido!

    ReplyDelete
  4. Jiran yang baik adalah satu kebaikan untuk kehidupan kita..
    Hidup pon aman...
    Kalau dengan jiran bergaduh, huh stress gak tuh...
    Nasib baik kita tak berjiran Sam...
    Kalau berjiran, sure tak payah beli gas dapur sebab tentu dapat juadah free... maklumler Sam rajin masak... macam2 menu adeee... hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..SP ~ I dulu pernah berangan, kalau la I berjiran dgn semua gang bas sekolah...bestnyaaa!

    Betul tu..klu bergaduh dgn jiran ni paling x best..keluar2 gate pun nmpk muka dia..sebaiknya elakkn la dr bergaduh walau apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  6. Jiran aku yg aku cerita tu pun kalau ketuk pintu macam nak runtuh... Tapi pandai pulak mengata org lain mcm ni... Oi... Budak sebelah ni, tak reti ketuk pintu pelan2 ke, mcm nak runtuh pintu tu dibuatnya! Dalam hati aku, ko pun serupa gak, dtg rumah aku selagi tak bukak, ketuk bagai nak rak... Padahal dia duduk block lain... Entah kenapalah block tempat aku ni jadi tumpuan dia... Ada jiran aku tu sampai mengeloh dgn aku kata tak larat nak melayan org tu... Cerita ulang2 tu yg bosan... Tapi tak semua jiran yg mcm tu... Duduk kat kerajaan langit ni mcm nilah rupanya... Sabor jelah...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kalau datang rumah saudara mara tak bagitau dulu nanti takut dia org malu la pulak MMirror, manalah tau gula habis ke beras tinggal segenggam ke...kan tradisi Jawa tamu datang mesti dijamu dengan ertikata makan yang sebenarnya...(itu pesan emak abah Mummy le). Jgan tamu dtg rmh kita tanya dah makan ke belum? Nak makan kat sini ke tidak?

    ReplyDelete
  9. Mummy...betul3... statement Mummy tu meningatkan MM pd pesanan org bila kita kawin dgn non-jowonese..jgn terkejut klu kita akn jumpa situasi org bertanya ...

    "nak mkn kt sini tak?"

    kita yg jowoWORLD ni je yg berasa soalan tu kurang manis... klu dipikir2..mungkin betul jugak kot soalan tu...sbb mana la tau tetamu td ada program lain nk mkn kt luar ke apa ke. Cuma kita kena pandai agak2 la tetamu yg mcm mana yg bleh kita tnyakan soalan mcm tu...sedara-mara rapat tu boleh la..

    tapi ada baiknya soalan tu diubah jadi...

    "saya nak masak ni... awak tunggu ya?"

    Pernah sorang kwn MM dtg ke kg (ada la dia tersesat kt kg Kashmir tu sbb ketanya rosak)... dia punya la terkejut sbb org kg MM tu sajikan dia hidangan padahal Makcik tua tu tak kenal dia.. sampai kt sekolah asik bercerita sbb dia pelik org jawa ni klu dtg rumah siap masak...berkali2 dia cerita dgn semua org. Hahaha.. itulah istimewanya msykt Jawa ni.. mungkin tradisi ni hampir dilupakan.

    ReplyDelete
  10. MMirrow...hidup jawa!!! So people out there klau dtg rumah org jawa jgn risau, insyallah tak akan kebulur...atau mungkin akan sampai terfikir org jawa ni tak der kerja lain ke asyik2 makan je...heheh...baru lepas serve breakfast awal pagi, pad ru kul 10 serve minum lak, kul 1 dah lunch kul 5 tea, 8am dinner dan 9 ngeteh!!!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.