Sunday, March 28, 2010

CANTIK TANPA BOTOX...


Percaya tak? Semakin tua seseorang itu ia sebenarnya semakin cantik... Wah! Cuba belek muka kat cermin sikit.. mirror....mirror on de wall....... Sebenarnya bukan itu yg Makcik Mirror nak sebut tapi meminjam kata-kata Ustazah Al-Kulliyah tv3 yg lepas... kecantikan yang tidak akan hilang ialah kecantikan dalaman, semakin dijaga dalaman kita semakin hari kian cantik... sebab tu la kdg kita tengok seseorg itu semasa mudanya biasa2 sahaja, mcm takde seri langsung... bila dah makin berumur makin jelita & berseri2 pulak... Ok cuba baca pulak artikel ni...

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berilah makanan kpd mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan menghulur untuk anda.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Kecantikan wanita ada pada sikap lembutnya, yang terpancar dari keihlasan hati dalam mendidik dan menjaga keluarganya.

“Wanita yang cantik Adalah Wanita yang tahu menjaga harga dirinya”

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.