Thursday, March 25, 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..


CONTEST

Jom join contest ni pulak.... SILA KLIK pada sticky mode di atas untuk keterangan lanjut.

Apa saya nak buat kalau diberi RM100?

Nak buat modal berniaga la Mr. ... ada sorang kawan tu siang tadi telefon saya suruh join satu bisnes dgn modal genap RM100.00 untung berganda jadi RM4k sebulan sapa yg tak mau kan???... ingatkan kalau Mr. (penganjur contest ni la) hadiahkan RM100 ni, saya nak suruh Mr. bank in je terus pada beliau. Pastu akan bermula la perniagaan mudah kami.... bestnya kan...kalau bisnes tu dah la menarik, mudah pastu modal tu PERCUMA pulak dr contest ni...... hee seronoknyaa.... semoga dpt direalisasikan.....amin...doa2 di mlm Jumaat ni selalunya makbul....

Satu jawapan je ke yg Mr. nak? Kalau byk2.....mmg byk saya nk jawab ni.... Siapa kata RM100 tak memberi kesan pd kita? Siapa kata ciput? Memang la barang skrg ni mahal2..... tapi saya tertarik pada satu statement sorang mate dr group alumni sekolah kami siang tadi....

Jika seseorang itu seawal usia 20tahun (tapi saya dah jauh lebih dr 20 thn la) mula menabung sebanyak RM33 sebulan, pada usia 67 tahun tabungannya akan bernilai RM1 juta. So kalau anda beri saya RM100 itu sudah cukup untuk menampung sebanyak 3 bulan tabungan saya sebagai memenuhi saranan/target RM1 juta tersebut. RM33 x 3 bulan = RM99.00... RM1 lagi awak simpan je la sebagai kenangan dari MakcikMirror. Bank in kan saja RM99.00.

OK.... itu je Mr. jawapan dari saya, Makcik Mirror..... dah ok kot ....kalau panjang2 sgt pun Mr. tak terlarat nak baca..... peserta contest pun dh tentu ramai kan? Sebab tu la... saya yg dah lama berangan nak anjur contest ni berfikir 10 kali nak anjurkan contest.... takut pening kepala mata berpinar pulak nak menjadi juri. Terima kasih kpd Mr. di atas jasa baik menghargai kehadiran blogger2 di alam maya dgn menganjurkan contest2 spt ini. Kalau bukan kita sbg blogger yg menghargai blogger siapa lagi.... am I right?




Syarat² Penyertaan

Sila buat entry bertajuk seperti di atas iaitu - CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100.. done

Entry tak payah la nak skema², ikut kreativiti korang la.. done

Sertakan banner di atas & backlink ke entry ini..Tak payah la letak kat sidebar.. done

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.04.10 ok sempat lagi

Kalau dah join, sila tinggalkan pesan & URL blog anda di kotak comment.. ok akan dilakukan.

4 comments:

  1. salam. hmm.. menarik gak kontes ni. Macam nak join je.
    .
    .
    good luck. Jawapan yang sempoi...

    ReplyDelete
  2. Silalah...silalah Kak Pah...dah menang belanja MMirror ya! :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.