Wednesday, March 24, 2010

KENAPA KITA UNDI DIA? SEBAB-SEBABNYA IALAH...


Cerita pasal AF ke Mei? MM ada gak la mengundi tapi tak ler sefanatik si Comei..... ingat-ingat lupa la...tapi yg pernah MM undi tentulah yg hensem dan macho-macho je...... mcm si RIZ... tapi MM mengundi guna hp cik abe.....hehehehe..... jimat.... Mula minat Riz sbb lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain tu....mcm romantik sgt gitu.....lirikan matanya, gemersik suaranya tu memukau.... pastu ada gak la undi Mama Rina... MM undi Mama Rina sbb suka cara dia yg keibuan tu..... pelik je MM ni kan, org patut undi sbb performance or suara tapi MM ni undi sbb lahiriah org tu pulak.... selera org mmg berbeza-beza.

Si Abby Kornalis pulak MM ada gak undi sbb lagu balamosnya tu.... rasa mcm terpukau seketika bila Abby nyanyi lagu tu....pastu bila digandingkan dgn Mila lagu ermmm lupa plak lagu dr Indonesia tu....lagu apa ya?

Sorry la...MM mmg ingat2 lupa la psl diorg ni semua tak ingat dr batch bila dan bila..... Tapi masa tu MM agak demam AF gak la.... hinggakan bila masa final tu tak dpt tengok sgt (actually kena pegi PD sbb ada acara family gathering)... MM mcm frust sikit.... tapi tengok jugak la jeling2 kat skrin di restoran di PD.... tu pun bila result keluar di akhbar keesokkan harinya MM mcm suspen2 je nak tengok.... mcm MM ambik result SPM pulak...

Sebenarnya itu je cerita AF yg MM ambik tahu.... selepas dr itu... MM tak ambik kisah lg sbb bila dah terkena demamnya tu susah nk ubat....hari2 kalau boleh nak tengok dairy AF tu.... begitu juga raja lawak.... MM paling minat dgn Zizan....mcm hensem muka dia.... tambah lg bila diganding dgn Johan...mcm sepadan je.

Sebelum tu MM pernah demam gak dgn episod di TV3, Mencari Cinta di mana gadis tu Elly Zakaria yg rajin memasak, terpaksa memilih sama ada si Azary, 30, Danny, 31, Jauhairil, 29, Khaidir, 30, Danial, 31, Zul, 30, Hasrul, 32, Joe Labi, 32, dan Khairul, 35 harus bersaing untuk merebut hati Elly untuk dijadikan calon suami .....MM mcm frust giler bila cik abang hensem yg duda nama Khairul tu terkeluar dr senarai si Elly.... MM mcm kesian pun ada..... pastu at the end....Elly pilih si cik abang loyar tu... memang ok mamat yg nama Daniel tu... hensem dan nampak berkarisma tapi nampaknya tak berjodoh di alam reality pulak. Frust jugak la MM membacanya.... cehh... mcm MM pulak yg bernama Elly... Yg si Khairul nampaknya dah berkawin dan keluar kt magazine itu ari.... moga berbahagia. Si Elly pulak terus senyap tak tau apa khabarnya?

Pendek kata walaupun episod mencari cinta tu mcm mendapat kecaman dr pelbagai pihak dan org ramai kurang bersetuju soal hati dijadikan pertaruhan dalam suatu perlumbaan....tp MM mcm suka pulak menontonnya... mcm terfikir....kalaulah MM diberi kuasa menasihat si Elly... MM nk suruh dia pilih si org itu...org itu dan org itu....dan keluarkan org yg itu.... dan org itu...... Wah....dah mengalahkan aku ni emak si Elly pulak...

4 comments:

  1. kan aku dah kata aku peduli apa dia org tu nyanyi best ke tak janji muka kena jambu...muahahahaha..

    tapi biasanya sesiapa yg aku minat tu sure jadi popular...

    yg af8 ni pun aku dah tau sape yg akan popular...ala dah 8 tahun dah tau punya la...cewahhh...

    ReplyDelete
  2. untuk AF8 ni tak penah sekali pun lagi tengok Diary atau Konsert...ntah..belum datang minat tu lagi lah....nanti pertengahan jalan kot

    ReplyDelete
  3. Sama la MM pun Mama... tak mengikuti langsung...bila dah tertinggal episod pertama rasa mcm tak phm pulak nk tengok...tp mlm td ada la jeling2 gak kt skrin tv sebelah ni tp x phm satu butir pun sbb tak tengok dr mula.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...