Kalau Teacher Onizuka ada berita gembira (mungkin dengan nuffnangnya)..... aku pun sebenarnya ada berita gembira sejak semalam lagi... walaupun bukan pasal nuffnang.
Pic google |
Tu la puan2..... tiap apa yg berlaku di dunia ini sebenarnya tersembunyi hikmah. Bukan ke aku dah cakap dlm entry aku sebelum ni.... kalau kita hilang sesuatu bermakna kita akan dapat ganti sesuatu... mungkin pengganti itu diberi agak lambat sikit tetapi yang penting ianya ada... sungguh miracle.
Apa agaknya ya yang aku cerita ni? Suspen...suspen..... tetapi sungguh miracle....selagi belum mendapat kelulusan publish.... biarlah rahsia.
Sebut pasal ganti dan pengganti.. teringat aku akan bebelan seorang kawan aku ketika dulu aku mula-mula meninggalkan dunia kerjaya
aku yang disulami keglamouran itu (wow! glam sgt ke? tapi tak le seglam si COMEI yg jadi artis tu)..... aku menjerumuskan diri ke kancah kesunyian tahap gaban ketika itu, aku meninggalkan terus teman-teman (bukan disengajakan) sebab aku sibuk sgt dgn dunia baruku sbg suri rumah sepenuh masa...lantas sorang kawan aku yg rajin menghubungi aku pun menegur :-
"Kau kenapa jadi mcm ni?. Kau tak boleh menghilang terus mcm ni.... kau sebenarnya masih perlu kawan-kawan di sekeliling kau... "
Aku biarkan terus si Makcik A ni membebel untuk mendengar apa ulasan beliau seterusnya... tadah telinga dengan pasrah.
"Kau tak tahu apa yg bakal terjadi di kemudian hari (maksudnya rumahtangga aku la tu).... at least kalau kau masih berkawan dgn ramai org yg pernah kau kenali dulu, kau ada tempat untuk mengadu nasib jika terjadi apa-apa" katanya penuh prihatin lagi caring di corong telefon.
Tergumam. Sedih jugak aku seketika di kala itu.... aku akui memang aku bagai ghaib terus meninggalkan teman-teman yg selalu ngeteh, selalu gelak ketawa, bertepuk bertampar.... shopping bersama-sama. Aku pun terus bermonolog dgn diri sendiri... "Hasutan" Makcik A bagai berjaya mendominasi seluruh ruang fikiran.
"Mungkin ada benarnya.." fikirku..
Tetapi.. siapa sangka setelah berbelas tahun aku jadi introvet dan terjelepok dgn duniaku yg tersendiri, akhirnya Allah menemukan semula mereka di alam maya yg aku sendiri tak menyangka berlaku dengan begitu pantas... itu la yg aku katakan... semua itu perancangan Allah... Allah pasti mendengar tiap bisikan hati hamba-Nya.
Bercakap tentang "Kita tak tahu apa yg bakal berlaku pada rumahtangga kita di kemudian hari" seperti yg telah disebut oleh Makcik A tadi... aku rasa tak patut la. Seolah-olah mcm nak mendoakan yg tak baik pulak pada rumahtangga kami... Huaaa. Tapi tak salahkan Makcik A pun.... itu kan mmg ayat2 yg sinonim bila org nak memberi peringatan supaya kita standby sesuatu....
Tapi Makcik A... yg boleh aku katakan ialah.... sebab kita sendiri pun tak tahu, oleh sebab itu kita tak payah la nak susah hati sangat ye.
Kita sendiri pun tak tahu sama ada:
- adakah esok kita hidup lagi atau tidak
- adakah esok basikalku bertukar jadi ferrari
- adakah esok kiamat atau sebaliknya
Seronok kan kalau basikal anak-anak aku bertukar jadi ferrari..... tapi adakah semua itu mustahil puan-puan.... tak mustahil kan??. Dunia ini penuh rahsia dan misteri...Hehehe... kesian korang melayan angan-angan mat jenin Makcik Mirror ni..... tapi yg pasti hari ni pagi-pagi aku dah keluar dgn entry baru yg di mana ini bermaksud... si Comei akan tercabar la akan kewibawaannya sbg blogger yg paling rajin update blog... kan Comei kan??
Tunggu nanti entry baru dari aku yg lebih berkualiti... aku tgh nak cari kualiti instead of quantity.... nanti la... aku buat homework sikit bertanya dgn sedara-mara google kita tu.... entry apa yg lebih berkualiti untuk paparan semua yg boleh menjana minda para readers.
Wa ilal likoq....
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.