Assalamualaikum and morning!
Lama tak ke mesjid ini. Ni singgah pun sebab balik dari berjalan.
Dalam kereta ai cakap dengan hubby tempat solat wanita payah sikit nak wudhuk sebab guna sinki. Tetiba masuk eh!. dah canggih!. Alhamdulillah.
Cuma paip je yang perlu ditambah baikkan sebab guna jenis tekan2 ni, jadi kita terpaksa ulang tekan tiap kali nak guna. Moga one day ai jadi multi billionaire lantas menukarkan 'mereka' kepada automatic water tap sensor plak. Aamiin.
Ai suka mesjid ni sebab vibes dia yang ala2 kat Mekah. Menuruni tangga ni auto teringat sebuah mesjid Indonesia di Tanah Suci.
Alhamdulillah so far ai tak de masalah dengan mesjid di Mirabooka ini. Berbanding sebuah mesjid lain yang pernah buat ai berkecil hati. Sobszzzz... Eh!. Bukan mesjidnya.. tapi orangnya. (Sorang je pun.. bukan semua. Btw.. Harapnya kita tidak begitu ye Puan2).
CERPEN SEDIH...
Al kisah di sebuah mesjid yang lain... masa tu ikut hubby dan anak. Ai jarang la sesuka pegi tanpa ditemani suami atau anak lelaki. Ketika tu nak solat maghrib tapi kami datang lebih awal sebab hubby kata beliau nak ngaji dulu di sana lepas asar. Ai iyakan je.. tapi sebenarnya takut juga jika tak de orang di tempat solat perempuan.
Sebaik masuk, happy la sebab nampak ada sorang perempuan tengah ngajar ngaji budak2 kecik. Tetiba dia pandang muka ai.. ai tergamam.
Rupa2nya nak suruh ai keluar dulu, tunggu dalam kereta katanya.
Ah malas la ai.. lagi pun kunci keta pada hubby. Pastu penat la nak menapak jauh. Cuaca pula tengah sejuk.
Entah ler.. bila dipikir2 apa salahnya ai tunggu kat dalam tu. Lagi pun ai cuma datang sorang. Kurus lagi!. Muat je ruang tu. Tetiba emosi ai terganggu..
Balik tu ai tanya kakak ai, Ustazah SA.. boleh ke senang2 orang nak halau kita dari mesjid?. Tapi dia hanya wallahualam. Cuma baru2 ni ai terdengar la ceramah Ustaz kat FB ni.. kalau perempuan tu cantik sangat dan ditakuti membawa fitnah, seeloknya solat saja di rumah. Hehe.. so anggap je lah ai cantik. Kah kah kah. Gurau je kay!. Sekadar menulis info yg didapat dari pembacaan walaupun tiada kaitan dgn kejadian yg berlaku. Tak de langsung isu cantik dlm kes ai ni melainkan masing2 dihasut oleh ablasa senja yg lalu lalang agaknya kot.
Untuk info :. Mesjid2 kat Perth ni hari Jumaat tempat solat perempuan penuh. Mereka ada yg datang naik train, uber dsbnya.
Sekian. Begitu la kisah suka duka seorang perantau.