Friday, November 25, 2022

Move On

Hari ni baru mampu move on.  Berhari juga sedih kehilangan 'teman curhat' sebab beliau pulang ke negaranya for good.  


Lantas teringat kata2 ini, setiap orang yg datang dalam hidup kita ada alasan tersendiri yang Allah siapkan.  Mungkin Allah ingin kita belajar sesuatu.  Entah dari sikapnya, keikhlasannya, kecekalannya mendidik anak atau apa pun yang selama ini kurang pada diri kita sebagai hamba-Nya yg kerdil dan jauh dari sempurna.  


Tak kan ai nak terus terpuruk menangisi yg "telah pergi" kan?.   Kesian pula pada anak2 ai yang perlukan perhatian.  Pasti la ai bangkit meneruskan hidup sambil terus mendoakan sahabat ai tu untuk terus berbahagia di kampung halaman.   Perjuangannya di sini telah selesai.   


 




Kita jadi ibu kena kuat!.   

So, tugas ai pula adalah menerima semua "pelajaran" yg ditinggalkannya itu,  mensyukurinya dan menjadikan apa yang telah dipelajari itu untuk digunapakai dalam semua aspek hubungan kemanusiaan atau bidang2 lain dalam hidup  di hari2 yg mendatang untuk mencapai misi utama iaitu menggapai keredhaan Allah. 




My bestie buatkan air halia untuk menghilangkan angin puting beliung dalam badan.


Sedap lagu mandarin ni.  Liriknya pun puitis.   



2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.