Wednesday, October 26, 2011

Berjalan bersendirian membuat aku insaf...

Hari ni.... padan muka aku. Sedang aku membelek2 barang kat sebuah kedai.... aku tanya la dengan sorang awek cun ni (yg aku sangka sales girl, mana taknya baju lebih kurang dgn salesgirl yg ada kat situ)... Pada aku biasa la kan... kes2 tersilap orang ni kan.. kita kan manusia biasa.


Tapi tak sangka pulak aku, sorang wanita sebaya2 aku yg berdiri bersebelahannya yg maybe emak kepada pompuan tu marah2 kat aku. Aku buat muka tak faham, ... lantas say "sorry"... tapi dia still membebel2 lagi.

Aduh... Benda kecik macam tu pun dia nak panjang2kan. Macam la aku mencubit anaknya. Haih tak paham la..


Ni la padahnya aku kalau jalan sensorang, tapi apa kan daya... Cik abangku busy arini.... anak2 aku pun busy.. (alhamdulillah ketika aku menulis ni mereka dah sampai pun ke rumah.... dari tadi aku rasa suspen je bersendirian, sib baik la rumah Uncle Rajoo bukan nama sebenar tengah dipenuhi dengan sanak-saudara yg menyambut deepavali... tak la aku rasa kesunyian... kemeriahan jelas terasa dgn bunyi suara para tetamu sedang rancak berbual, bau hidangan yg lazat dan pastinya ada lauk pauk yg ditempah khas dari kedai muslim untuk rakan2 muslim ... tapi aku je yg segan nak pegi sebab IRP balik lewat... tak kan aku nak gi sensorang).





Hanya ini yg aku makan sedari petang tadi membawa ke malam...
Nasi goreng ikan masin + yogurt smoothie dari Black Canyon


Aku rasa insaf berjalan hari ini..... first, sebab aku penat, letih. Aku insaf sebab aku bayangkan... hubby aku keja tentu lagi penat. Aku yg takat window2 shopping cari baju budak tak jumpa2 pun sampai rumah dah keletihan. Sampai rumah pukul 6.30... Plappp.... melepek atas katil dah macam obor-obor.

Kedua, aku insaf.... cemana ibu-ibu tunggal yg terpaksa berpisah dgn anak-anaknya atas faktor2 penceraian... aku yg baru berpisah sehari dengan anak-anak pun rasa sedih.. pilu. Singgah di kedai kegemaran mereka, hati aku sayu... order makanan kegemaran mereka, aku rasa tak terjamah. Patut la kawan aku pernah menulis di wall FBnya... "Aku ni kalau outstation... aku bukan teringat bini.. tapi paling tak tahan rindu kat anak-anak". Gitu rupanya ya...

Anyway.. I'm so happy today dpt download belajar tajwid percuma ni... Sila klik di situ ya puan2.




6 comments:

  1. selamat awal pagi kak MM ku sayang..

    Ayu dah banyak kali orang tiak aku salegirl..
    tapi tak kisah pun.. siap boleh terangkan lagi..
    lepas tu bila dah jelas, baru ayu katakan boleh bayar kat chasier, selalunya ayu bantu makcik2... tapi kalau yang cantik macam kak MM..
    okey jer...

    hehehehhe

    PS: mmg beruntung kan, kalau seperti MM selalu boleh bersendirian....
    jom ganti tempat ayu..

    ReplyDelete
  2. x puas hatila dengan makcik yang marah-marah tu.

    Sekian saja komen saya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Morning Ayu.. ;)
    Bagus klu jumpa org mcm Ayu.. smlm tu Akak mmg nasib malang jumpa org mcm tu.

    "Kengkawan" - org tu tgh tensen gamaknya.. I pulak kacau anak dia..hahaha.

    ReplyDelete
  5. betul.. kalau outstation, lebih teringat anak.. sampai nak tido kat tilam empuk hotel pun tak terlena dibuatnya teringat ke anak2..huuuuuu

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...