Thursday, April 15, 2010

DILEMA SEORANG LELAKI : DI ANTARA ISTERI DAN IBU

Teringat MS posting kat wall FBnya tentang seloroh deejay sebuah radio kisah ibu merajuk kerana anak lelakinya cuma memberi RM50 sebulan apabila mendapati bini anaknya bergelang emas sampai ke siku, membuat MM tersenyum sorang-sorang sampai malam ni... MM jarang dengar radio kecuali bulan puasa je (bulan puasa sebab nak dengar azan maghrib waktu berbuka) so tak tau la segmen apa plak yg MS bicarakan tu.... sungguh melucukan tetapi memang sebuah kisah benar gamaknya di alam nyata. Maaf ya MS sebab MM mensinopsiskan pula kisah itu di entry MM kali ni.... sebab kedengaran menarik untuk diperdebatkan. MM tak nak menyebelahi mana2 pihak sama ada lelaki itu, orang tua itu atau isteri itu sebab tak pasti apa situasi yang sebenarnya...


Boleh jadi ketiga-tiganya tidak bersalah sama sekali : 

 1) Lelaki itu tidak bersalah mungkin sebab itu je kot kemampuan dia untuk beri kepada ibunya. 

 2) Ibu itu pula tidak bersalah sebab mungkin menyangka anak lelakinya banyak duit.. ya la kan...kadang tu sorang anak ni dia terpaksa berlakon untuk menyedapkan hati orang tua, takkan asyik nak cakap takde duit je plak kan. 

 3) Isteri itu tidak bersalah mungkin sebab gelang itu dibeli dengan titik peluhnya sendiri. (kalau dia bekerja) kalau tak bekerja mungkin itu gelang pusaka tinggalan nenek moyang ke... atau mungkin dia pun cuma dpt RM50 sebulan juga mcm mertuanya dapat tetapi dikumpul2 jadi la gelang sampai ke siku... atau pun mungkin itu cuma gelang aksesori je... zulian. Ya la kan Puan-puan..... MM ni pun insyaALLAH 20 - 25 tahun lagi pun bakal jadi seorang ibu mertua..... mari kita sama-sama selami perasaan seorang ibu mertua.... mari kita saksikan (cehhh mcm 999 plak ya). 

  CERITA 2010... Di sebuah kota. (sekadar imaginasi seorang penulis yang kuat berangan... cerita di bawah adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan sesiapa) 

 Seorang wanita, di suatu pagi, di sebuah bandaraya ~ Check urine test... melonjak kegembiraan....positif...... Yeyyy pregnant!!! 9 bulan lagi bakal bergelar ibu... anakku bakal kunamakan Boboy (sekadar contoh)... you see kegembiraan seorang ibu menantikan kelahiran anda. pagi2 mabuk, hari ni mabuk, esok mabuk, lusa mabuk... dah macam kain buruk... sebulan sekali chek di hospital... test urine, darah.... bla bla bla.... kena bebel dgn doktor tak cukup kepekatan darah.... terpaksa telan pil2 ....folic acid, obimin, walau tekak tak dapat nak terima...kepala benggal...loya. ...... cucuk jarum.. beratur berjela.... Setelah 9 bulan... mula sakit perut... dah tak larat nak bangun... tapi terpaksa mengagahkan diri menuju ke kereta untuk ke hospital.... aduhhhh sakit bagai hilang nyawa tercabut dari badan.... . nurse cakap...

"Awak nak suruh anak awak mati dalam perut ke? push..push".... oh tidak..... aku nak anak aku hidup...biar aku mati takpe... asalkan dia hidup.... sakitnyaaaaa...rupa-rupanya itulah kesakitan beranak.... fikir ibu itu sendirian dengan penuh keinsafan. Itu baru cerita bab2 penderitaan semasa proses kelahiran.. belum lagi ketika berjaga malam, bangun pagi sediakan sarapan.... bertunggu tangga kat sekolah.... mendoakan siang malam anak berjaya..... 

" Ya Allah.... berjayakan la anakku ini....jangan jadi seperti aku".... hari-hari berdoa.. Tiba-tiba bila dewasa.. "seseorang" telah meragut si boboy yang dulu selalu dimandi, ditimang2... ala cayang.... busyuk.. nak apa pun ibu bagi..... nak bear dibelikan..nak jajan.. ok nanti Ibu mintak ayah duit belikan jajan ya... nak masuk dlm blog...ibu dah buatkan blog khas... siang malam bersengkang mata upload gambar... "ini la muka boboy kesayangan ku... baru 1 tahun... (contoh je la )" ibu muda itu dengan bangga memperkenalkan si boboynya di blog peribadi. So..... setelah menganalisa KESAKITAN DAN PENDERITAAN seorang bergelar ibu seperti cerita di atas.... Soalan saya ialah : adakah kewajaran si ibu itu merajuk kerana RM50 ?( spt DJ radio katakan itu) .. Apa pendapat anda pula?

4 comments:

  1. tau aku nak komen mcm mana ye MM..pada aku setiap org ada masalahnya tersendiri...dan mungkin ada alasan tersendiri kenapa ank tu bagi emak dia cuma RM50 je..
    kita x leh nak salahkan mana2 pihak pun...

    aku pulak terblk mak aku yg rajin bagi aku duit.....muahahahaha...

    ReplyDelete
  2. hahhaha... aku pun terbalik Mei... mak mertua aku pulak yg belikan aku gelang emas tu... cam mana tu ya?

    ReplyDelete
  3. ok..ni komen mamarazi yea...hehehhe

    terbalikan cerita MM tu yea...si ibu mengandung, beranak, jaga anak dll..so katalah anak itu perempuan. disunting sang jejaka..dan si dara tadi wajib taat pada suaminya. itu dah hukum tak boleh diubah2. cuma atas rasa kemanusiaan,,apakah perasaan si ibu wanita tadi...anak yang sedari kecik di tatangnya, diberi pelajaran secukupnya...bila dah kahwin, kadang2 anak2 ni jarang balik menjengoknya, sebab dah berkahwin dan si suami nak balik ke rumah ibunya....kalau raya pulak ..emm dah nak 3-4 hari raya baru balik...tentu mak tu pun sedih kan..kan...tapi terpaksa redha.....so kesimpulannya..masing2 kena bertoleransi......kita pun satu hari akan jadi ibu mertua...anak2 akan kahwin....so itu putaran dunia. Insyaalah Kalau anak tu dididik dgn sempurna..dan saling menghormati ibu sendiri dan ibu mertua..tak akan timbul masalah ni kan. kalau dah itu kemampuan anak nak bagi pada ibu..terima ajelah. Kadang2 kan anak2 ni nampak aje mewah kan..kereta 2-3 biji...rumah besar...tapi semua tu kan H.U.T.A.N.G.......so agaknya lepas tolak semua hutang..itu aje baki yang tinggal untuk ibunya...waullahualam....( ehhhhh sory yea..bagi komen macam buat n3 kat blog sendiri..hehehehehe)

    ReplyDelete
  4. takpe2...Mama...kalau nak tulis mcm buat n3 pun MM tak kisah...lg suka..meriah blog MM nanti. T.kasih bg pandangan.

    Betul tu Mama... kalau difikir tentang apa yg Mama ckp tu...memang kesian si ibu tadi "kehilangan" anak yg selama ini ditatang bagai minyak yg penuh... tetapi MM pernah terdengar ustazah bercerita... jika seorang isteri itu tidak dpt menziarahi ibu kandungnya ketika ibunya sakit disebabkan dihalang oleh suaminya..maka ibu itu tadi akan diampunkan dosa2nya kerana telah melahirkan anak yg taat pada perintah suami..(sekiranya ibu itu mati tak sempat dijenguk). Waallahualam.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.