Monday, April 12, 2010

KISAH SERAM ~AKU PERNAH HAMPIR DICEKIK

Kisah belasan tahun yang lalu ~Jam di atas meja studyku menunjukkan pukul 12.00 malam, assignment masih belum dapat disiapkan lagi..mata pula dah mengantuk...macam mana ni?? Esok dah nak kena hantar... aku pandang katil teman sebilikku yang kosong tidak berpenghuni, Kak Zie balik kg, kalau dia ada boleh la aku berjaga sampai pagi, sambil buat assignment sambil bercerita2 tentang mamat-mamat "nakal" yg ditemui di kampus.

Akhirnya aku memutuskan untuk tidur dan set jamku pukul 4 pagi, bermakna sebelum subuh aku akan menyambung semula kerja-kerjaku yg terbengkalai..tiba-tiba aku terdengar pintu diketuk orang..

"eh... takkanlah Kak Zie balik ke asrama pulak dah malam2 buta ni?"

Belum sempat aku buka, dlm remang-remang cahaya bulan (aku dah matikan lampu) aku nampak kelibat seseorang...tapi Kak Zie ke? Bisikku... aku terkejut... mukanya sangat menakutkan... aku cuba bangun tetapi tak berdaya...mungkin sebab aku terlampau terkejut...




Aku usaha juga untuk bangun... usaha lagi untuk melarikan diri dari ketakutan tersebut... tiba-tiba!!

?
?
?
?


Oh... aku bermimpi rupanya... alhamdulilah... Ya Allah seramnya aku!!! Sorry.....jgn la marah... tak kuasalah aku nak buat cerita seram plak kat sini... skrg ni pun kat tv dah penuh dgn cerita-cerita seram... tak kan aku nak menambah lagi perasaan seram korang tu... sebenarnya aku nak suruh korang baca artikel kat bawah ni yg berkaitan dengan situasi di atas...thinking positif kay! Dah jgn seram2 lagi..

Sleeping Paralysis

Di dalam bidang perubatan, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur berasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan tidak dapat berteriak disebut sleep paralysis atau dialihbahasakan tidur lumpuh. Hampir setiap orang pernah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidupnya.

Sleep paralysis boleh terjadi pada sesiapa saja, lelaki atau perempuan. Dan usia rata-rata orang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun. Apa yang menariknya, ketika tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat lembaga hitam di persekitaran tempat tidur.

Di negara Barat, fenomena tindihan seringkali disebut sebagai old hag berdasarkan bentuk bayangan yang muncul.

Kurang Tidur

Saat keadaan tubuh kita terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahap tidur yang seharusnya. Jadi, dari keadaan sedar (waktu hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, lalu terus melompat ke mimpi (REM).

Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita berasa sudah sedar, tapi tubuh tak dapat bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul (lembaga2 hitam) lain (yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi).

Selain itu, sleep paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal. Akibatnya, muncul stres dan terbawa ke dalam mimpi.

Jangan Anggap Remeh

Jika Anda sering mengalami gangguan tidur ini, sebaiknya buat catatan mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini akan membantu anda mengetahui penyebabnya. Bila tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih banyak berehat.

Gambar atas tu...tiada kena mengena dengan entry...


SHOUTBOX ALA2 CHOC FUDGE
(now you see now you don't)













3 comments:

  1. yes..sy selalu kena tindih msa zaman berlajar
    sakit n sesak nafas
    kdg2 nmpk lembaga itam...

    ReplyDelete
  2. Rose ..selalu berlaku time zmn belajar kan...agknya time tu kita tensen study kot.

    ReplyDelete
  3. nape slalu d gangu time stady eyh.. eii.. teringat kenangan dolu2 time jd studrnt. wee~

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...