Thursday, April 1, 2010

RATATOUILLE DAN DIN BERAMBOI


Mula MM macam antara percaya dengan tidak je bila terbaca Din Beramboi koma akibat darah diracuni kencing "ratatouille"...demamnya melarat sehingga mengakibatkan buah pinggangnya tidak lagi berfungsi, itu la yang MM baca di beberapa buah blog... dah ramai teman blogger membicarakannya baru la MM percaya....( eh tak jadi percaya la pulak sebab tetiba selepas buat posting ni terterjah blog teratakarmo. com kata kena denggi.... ah entah la... yg mana satu betul pun tak tau la) atau.. BACA PULA blog ini..

Ratatouille? Ala itu panggilan manja kami pada si tikus yang comel tapi membawa petaka tu la.
Even tak pasti mana satu betul kisah di sebalik Din Beramboi... MM nak sentuh juga pasal bahaya air kencing tikus ni pada manusia.... wah! mcm I doktor plak ya...

Itu la MM ni...kdg bila kita ni ala-ala cerewet orang kata kita over... MM tiap kali beli minuman dlm tin tu mesti memang selalu pastikan org yg tukang beli tu tak lupa ambikkan straw... sebab terpikir benda-benda gini la... at least kalau dengan straw, senang sikit kan.. kalau direct tonggak terus ke mulut mcm tu je you bayangkan la permukaan tin yg mungkin dihinggapi oleh binatang2 merayap di kedai yg menjual tu... alamak! ngeri jugak kalau kena spt yg diforward di dalam email2 sebelum ni...masa dpt email tu macam percaya dengan tak percaya je tapi kemungkinan boleh terjadi tu pasti ada... tak semestinya minuman dlm tin je.... senang cerita kalau nak memasak tu...masa nak buka tin dan seumpamanya tu sebaiknya basuh ler dulu permukaan benda tu untuk menghilangkan sebarang bendasing di atasnya. Pinggan mangkuk yang terdedah di rak-rak terbuka tu pun... kdgkala menjadi minat cik puan ratatouille ni menggedik-gedik di situ... (mana la kita nampak kan kalau2 la di malam-malam buta tetiba menjelma si comel tersesat ke... mana tau).

Najis-najis binatang ni memang kebanyakkannya membahayakan manusia... dulu MM pun pelik bila mata bengkak di waktu pagi, orang tua kata kena kencing lipas... heran ya... kenapa lipas ni seluas-luas tempat dia memilih mata kita pulak.

Begitu juga dengan najis kucing yang dikatakan boleh menyebabkan keguguran... Dipetik dari Harian Metro ~Kucing boleh menjadi pembawa kuman toxoplasma yang berpotensi menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit toxoplasmosis. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan pada janin yang dikandung dan mengakibatkan keguguran.

Kuman ini ada dalam najis kucing dan berpindah kepada manusia melalui sentuhan sebelum masuk ke dalam sistem penghadaman manusia serta menjangkitinya. Sama ada ia kucing anda atau kucing rakan anda, pemindahan kuman boleh berlaku terutama jika kebersihan tidak dijaga.

p/s : Senang cerita, lepas belai-belai kucing.... jgn lupa basuh tangan... kesian si kucing tak bersalah... dia pun nak dimanja... lagi-lagi si Oneng, kucing kesayangan my MIL yg suka mengingatkan mama longnya ni... pernah suatu malam dia kejutkan MM bangun dari tidur dan diteraburkan hand bag MM atas lantai...nak ngamuk jugak la MM ni dlm mengantuk2 mengutip barang2 berterabur atas lantai... lipstik, dompet, syiling2....zzzzzzzzz grrrrr!!!!!.... my MIL ckp....itu bermakna Oneng sengaja suruh MM pindahkan handbag tu ke tempat yg lebih selamat.... owh... mungkin ada betulnya....sbb kecurian mmg berleluasa di mana-mana... lagi2 di mlm hari...ada ke MM gantung handbag kat tepi tingkap.... kan Oneng kan? Apa la Mama long ni kan?

2 comments:

  1. Tahniah, anda semakin rajin menulis entri-entri yang terkini.

    ReplyDelete
  2. paginya En. Karisma dah sampai ke blog saya... ni kalau terkurang jugak karisma tak tahulah saya.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.