Friday, April 23, 2010

SANGKAKAN PEREMPUAN JE YANG KAKI SHOPPING...


3 gerobok pun belum tentu cukup....

Pagi semalam, MM menjadi pendengar setia pada rintihan nasib seorang kawan, MM tak kisah kalau menjadi tempat mengadu nasib....(asal bukan mengadu domba) hehe....mcm bagus je aku ni??!!!... MM sendiri pun kadangkala perlukan nasihat orang lain untuk sesuatu perkara.

MM pun tak tahu macam mana nak membantu kawan MM ni, actually masalah dia mcm ni..... hubby dia ni tak betah duduk rumah.......kerja asyik shopping.... shopping dan shopping..........kalau shopping bawak dia sekali takpe la...tapi pegi dgn kwn2 (lelaki).... Jauh plak tu.... sampai ke SOGO., dah balik baru cakap..itu pun setelah disiasat..(kwn MM tu duduk JB).

Kawan MM tu bosan giler la duduk rumah...dah la bukannya dia minat nak berblog macam KITA-KITA ni kan? Ehem.....ada pekdah jugak kan kita berblog ni??

So, ada beberapa pendapat yg dikemukakan oleh beberapa individu di sini, yang mungkin boleh diguna pakai setelah MM mengorek rahsia dari individu yang bernama LELAKI, moga dijadikan panduan pada kita semua, tak tahu la MM ni....diorg ni bagi pendapat PALSU ke KISAH BENAR ni? MM ni pakai PERCAYA je eh???

LELAKI2 ITU BERKATA, JIKA ANDA MAHUKAN SUAMI ANDA SELALU DUDUK RUMAH:-

1) Kat rumah kena pasang ASTRO (bukan dia nak kempen katanya)....supaya laki dia suka duduk rumah adap TV 24 jam dan keluar bila perlu~ kalau jenis tak minat tengok tv mcm aku ni mcm mana plak?

2) Suruh laki dia pegi Gym ke main bola ke, jogging ke.... tak payah nk shopping...lagi menyihatkan.

3) Masak yang sedap2 ~ tapi klu jenis memang suka keluar, masak sedap mengalah restoran pun suami dia tetap suka keluar gak kan?

4) Kalau laki dia banyak sgt duit terlebih ~ bawak pegi umrah biar insaf perlahan-lahan ~ yg ni MM setuju. Doa banyak2 sikit.

5) Suami kena beli aset ~ duit banyak2 tak kan la perabih buat shopping tak tentu hala kan.......... pujuk suami you yg kaya tu beli aset, perbelanjaan masa depan anak2...

Pada pendapat MM pulak.... agaknya hubby dia terpengaruh dgn kawan-kawan yg memang kaki shopping la kot.... jenis pakai baju pun branded2...that's why dia jadi macam tu.
Ataupun suami dia fikir dah penat2 kerja kena la hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.... tu yg dia asyik shopping sakan tu.

You see .... tak semua wanita yg bersuamikan orang kaya hatinya berbunga-bunga..... tiap saat hatinya keresahan, bantal dibanjiri air mata walau bermandikan intan berlian, bertilamkan wang berdollar2. Oh simpatinya MM pada dia.... takpe la...mana tau esok lusa ada sinar terang menerangi hidupmu yang dirundung duka. Dengar lagu ni.....

"suatu hari nanti....
pastikan bercahaya...
pintu akan terbuka...
kita akan bersama...
di situ kita lihat
bersinarlah hakikat.".....lalalla.....menjiwang lagi di mlm nan sepi....












2 comments:

  1. rankap lagu terakhir tuh...
    membawa maksud yang mendalam..
    perli dilihat dgn mata hati yang suci..

    ReplyDelete
  2. wah! awak pun berkata mcm berpuisi ya LP.. thanks ziarah.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...