
Novel PERMATA HATIKU hasil penulisan Norzailina Nordin ini adalah kisah suka duka pelakon teater Izzaidah Khairan di dalam melayari kehidupannya bergelar anak seni, sekaligus mengisahkan bagaimana ranjau seorang ibu yang terpaksa berdepan dengan masalah anak-anak yang mengalami masalah penyakit myopathy (sejenis penyakit otot), cerita ini sungguh menyayat hati, dari kulit luar novel ini yang berwarna kelam pun kita dah boleh agak kekelaman jiwa beliau mengharungi hidup berliku...

Novel THE GIFT ini juga mengisahkan kisah sedih seorang ibu kehilangan anak yang dikasihi seusia 5 tahun yang baru mengenal dunia.... sedih sungguh membaca novel ini sebagaimana sedihnya penulisan seorang blogger yang diperkenalkan oleh Mama Miraki tempohari.... Mama nak tahu.... Shashal sampai hairan Mamanya berlinangan air mata di depan PC.
Kepada sesiapa yang mungkin senasib dengan cerita di dalam novel tersebut....MM cadangkan anda membaca buku motivasi di bawah....

Hanya doa yang dapat MM panjatkan untuk anda semua agar sentiasa tabah menghadapi apa jua dugaan hidup.... ingatlah bahawa janji Allah adalah benar..... "dia" pasti sedang bergembira di syurga (insyaAllah)...
Membaca duka mereka yang kehilangan anak, memang tak faham kan kenapa ada insan-insan yang ZALIM seperti gambar di bawah ini???? Insaflah wahai umat....

ya betul tu miss mirror..sekali sekala kita perlu menyelami pnderitaan insan lain.Sebak tengok pic terakhir tu..ibu mana yang tergamak sungguh itu
ReplyDeletesedih tgk gamba last tuh...huk3
ReplyDeleteya MummyShane & Miss Havoc...sungguh menyayat hati.. semoga kejahilan ini cepat2lah dihentikan..
ReplyDeleteemm btol3 kena jgk menyelamai penderitaan org lain baru kta insaf yg kehidupan kta ni lebih baik dr org yg lebih menderita..takde le kta asyk merungut je..
ReplyDeletebegitulah Miss Tora, yg sebaik2nya...
ReplyDelete