Tuesday, May 25, 2010

JANJI MANISMU....

"USAH BERJANJI JIKA RASA-RASA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN"


Tidak seperti yang telah I "janjikan" malam tadi (membuat pizza kukus) sebab topping cheese yg didapati telah expired, akhirnya I telah "memotong reben' tanda merasmikan pengukus baru tersebut dengan juadah ini..... yg boleh dikatakan agak laku (sebab separuh telah pun dibawa oleh Ain & Qistina untuk dimakan bersama rakan2 di sekolah..... tak tau la apa rasanya ya kanak2 semua... auntie buat dengan penuh keikhlasan).

Janji manismu.... kuih ni memang betul2
manis sebagaimana dijanjikan
2 gelas icing sugar....mana tak manisnya...

Tidak seperti nama resepi kek ini yang selalu dikaitkan sbg penuh kesenian dan kehalusan, I rasa I kurang menjiwai pembuatan kek ini... lapisan demi lapisan itu sepatutnya lebih halus tetapi disebabkan ini adalah my first trial, I rasa bolehlah.... tidak terlalu mengecewakan dari segi rasa dan warna kulit. Cuma I rasa, gula perlu dikurangkan 1 cawan sebab I kurang berminat dgn makanan yg terlampau manis......(resepi penuh tidak dapat disiarkan sebab resepi ni I perolehi dari rakan blogger yg tidak dapat I kesan nama blognya lagi ~ ramai sgt yg I follow sampai terlupa yg mana satu...... since tak dapat membuat 'surat permohonan izin publish' I harap you all google je la resepi kek lapis kukus ni kat mana2.... yg pasti bahan2nya adalah milo plus horlicks).

Aktiviti selepas ni ialah check FB kejap, merendam ayam, menyapu rumah, membasuh, melipat kain, menggeledah baju2 dan seterusnya memasak untuk lunch.......... opps...kejap... kejap....semuanya harus didahului dengan ucapan INSYAAllah..... tanpa izin Allah kesemua yg telah I fixkan di atas tidak mungkin dapat I laksanakan...

Tetapi jika kita telah berjanji dengan seseorang usahlah mungkir..........(even perkara2 kecil)....contohnya apa ya? Contoh kalau berjanji untuk LINK EXCHANGE... tunaikan ikut perjanjian... begitu juga jika anda menganjurkan CONTEST.... u dah janji untuk menghadiahkan kereta ferrari tetapi u hantar kereta sorong.............. tak patut la kan..... kecuali kalau u tetiba dihambat kemelut kewangan....explain la sikit kat pemenang tu macam ni :

"Masa I buat contest tu I ingatkan ada la orang tu nak bayar hutang ......then sampai masa orang yang nak bayar hutang tu meninggal plak... tu yg I cuma hadiahkan you kereta sorong tu"

(eh I tak bercakap tentang siapa2.....kalau ada yg terkena...hanyalah sekadar kebetulan.....cuma sekadar mengingatkan... FYI... I tak pernah menang apa2 contest yang I sertai selama ni dan tidak ada experience plak tentang MENUNGGU POSMEN untuk menuntut hadiah).

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

JANJI ALLAH ADALAH BENAR...

Senang cerita... berfikir sebelum bertindak.













8 comments:

  1. hehehe pandai tuko last minit..^.^

    ReplyDelete
  2. wah,kek lapis milo+horlicks...yummy nyer...

    thanks miss mirror untuk tazkirah pagi ni, bak kata one of my blogger friend dr faryn; 3 things in this world shouldn't be broken: they are friendship, heart and promises...

    ReplyDelete
  3. Manusia suka mungkir janji....uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. fie mmg x jamah kuih. sbb manis. mkn donut pon, sapu habis gula kat ats. donet bogel!!! haha. air pon x mnum yg manis. sbb tu fie minum air nescafe yg kaw, pahit2. milo o kosong, xde gula, xde susu. cake langsung x sentuh. ais krim, 4 thn skali kottt

    ReplyDelete
  5. @suclose ~ janji dlm fridge ada bhn...

    @Sirna ~ tu la..tp ada org anggap enteng je benda tu...at least klu tak dpt tunaikan tu explain la kenapa n mengapa.

    @JS ~ lumrah alam....:)

    ReplyDelete
  6. Fie ~ tp klu sampai takde gula langsung karang tak de tenaga plak...akak cuma tak suka benda2 yg bersira melainkan klu ditambah kepedasan mcm kerepek ubi ke, donut bersira pedas ke...tp klu keria...alamak..klu bersira tu mmg susah nk telan.

    ReplyDelete
  7. Oooo MMirror buat perasmian dan potong reben tak jemput Mummy pun ye... whuuuaaa....sedih ni... sapalah aku...sob...sob...sob...

    Mummy dah reply comment pasal JM5 tu.... bolehlah war2kan pada kawan2 MMirrow yang bertanya...

    Mummy Gee & JusMate5

    ReplyDelete
  8. thanks Mummy ttg JM5 tu.. nt MM gitaw diorg suruh drop blog mummy n baca sendiri.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.