Monday, May 24, 2010

RESEPI PIZZA KUKUS



Waaa dah macam orang beranak dah I ni......semua main kukus2 je... ni semua gara2 oven canggihku yg masih dlm proses rawatan di ICU....... tapi takpe.... disebabkan I pun ingin merasmikan pengukus yang baru dibeli semalam dan briliant idea dari SYALINDA tentang pizza kukus di komen entry sebelum ni, so.... ni ler resepi yg I nak cuba hari ni.... kalau uoll nak cuba, tak menjadik jgn salahkan I... tak dpt I bayangkan pizza berkukus ni... jgn jadi apam dah la ya... agak2 pelik je maybe I panaskan plak atas kuali biar garing sikit..

BAHAN2NYA IALAH :

250 gm tepung berprotein tinggi
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
11 gm mauripan
2 sudu makan shortening

Cara

1) Campurkan kesemua bahan2 di atas, tuang air sedikit demi sedikit.
2) Bentukkan menjadi doh bulat, tutup dgn kain lembab) ~ 30 minit hingga mengembang.
3) Cetakkan (kalau ada mesin pelenyek mee tu lagi memudahkan) dan masukkan ke dalam loyang pengukus yg telah dilengser dgn shortening.
4) Bubuhkan sos speghetti prego
5) Bubuh topping ikut selera anda..... kalau dah malas sangat.... bubuh je sardin plus bawang, plus hot dog.... jgn lupa keju.... (mozarella dan cheddar....kedua2nya sekaligus utk menambah lg kelikatan)...
6) Kukus selama 25 minit.
7) Jangan terkejut jika anda mengeluarkannya ia kelihatan lembab... nanti ia akan mengering sendiri. Jika kurang ranggup.. masukkan atas kuali dan keringkan sekejap dengan api kecik.

Untuk melihat hasil yang saya telah buat sila KLIK SINI.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.