Salam semua..... haii...... mari menggedix sebentar!
Semalam puan2........ I buat tajuk TIP UNTUK SUAMI tu I sangkakan..... tak laku la blog I ni...... takde la orang nak menyinggah.....I gamble je.... I saja je mematrikan artikel Pak Sheikh tu untuk suka-suka, (heh heh heh...sambil berharap IRP akan membacanya)....padahal..... kalau nak gila ranking tentulah hari-hari I buat tajuk SHAHIR AF8 je kan sampai berpage2.... sib baik I cepat insaf... bukan apa, kesian budak tak bersalah tu tersedak2 kita ni asik sebut-sebut nama dia je kat blog.
Tentang tajuk TIP UNTUK SUAMI tu....... tak sangka pulak you all pay attention..... tajuk yg I rasa macam takde orang nak Google je, rupanya makin ramai pulak menyinggah.. THANKS YA.....ya la mana la tau kan...... selalu yang ambik pot benda2 macam ni kan cuma para isteri je....... isteri je yg kemain rajin mengGOOGLE cari tip-tip untuk menambat hati suami takut suami dikebas
Bagus le kalau di zaman yg dikatakan penuh godaan (entah betul entah tak statement ni.... baik kita jgn percaya sgt selagi tiada statistik yg dikeluarkan oleh pejabat agama berhubung kes penceraian akibat digoda)....... ok sambung cerita lagi..... di zmn yg dikatakan lelaki mudah kena tipu ni masih ada lelaki2 yg berinisiatif untuk menjaga hati isteri dan bersedia mencari kaedah2 utk menambat hati bini... kagumnya sayaaaa...
Ok la......... untuk menenangkan hati isteri yg gundah gulana pula (akibat suka bermonolog dgn diri sendiri....kenapa dan mengapa., why? why?)........ mari hayati apakah kesilapan isteri selama ini yg menjadikan rumahtangga yg sepatutnya umpama syurga dah jadi bagai sebuah Nar pula kepada anda....... mari kita saksikan....... (utk renunganku juga)
Do not make comparisons between the engagement period and the marriage.
"Silalah ling........ pilihlah lagi.. 5 jam pun takpe.. I tunggu........"
Do not surrender to life's problems and burdens. Marital life can get complicated, especially when children enter the picture.
Biasa la tu... dulu kan lenggang kangkung tak dengar budak-budak bercakaran... ada anak kena la fikir banyak perkara, nak fikir makan pakai mereka, sakit pening mereka..... jadi jangan mengalah dengan semua permasalahan itu. Lakukan semuanya dengan keriangan....
• Do not use other couples as the standard for yourselves.
Jangan jadikan pasangan lain itu sebagai satu standard hidup anda dan ingin menyamakan diri anda seharusnya seperti mereka... anda mungkin nampak mereka hidup riang ria tanpa bebanan masalah, ada rumah besar, ada suami besar. Anda tak tahu mungkin masalah mereka pun sebesar rumah mereka yg besar. Anda adalah diri anda dan bukan mereka........ biar mereka yg berharap untuk jadi diri anda, tetapi anda kena jadi diri sendiri, cipta kehebatan berumahtangga dengan cara sendiri. Teringat I pada seorang kawan I...
"Kalau aku tahu....... aku kawin dengan Luncai (Luncai tu nama samaran seorang pekerja bawahan yg kami kenal)." kawanku berbicara di dalam tangisan.
"Kau menyesal ke kawin dgn orang kaya spt suami kau?" tanyaku lagi yg sudah pasti I pun dah tahu jawapannya.
"Ya lahh...... daripada aku ada suami kaya tapi selalu tak ada masa untuk aku macam ni"
Puan2...... sila fahami dailog sahabatku ini utk dijadikan pengajaran.
• Be forgiving of each other's shortcomings.
.... susah I nak cakap...I rasa you all lagi pemaaf orangnya kan..... I kagum pada mereka yg telah mampu menjalani kehidupan yang membahagiakan walau setelah pasangan mereka pernah menduakan mereka... teringat pada seorang teman...
"Lebih baik memaafkan mereka yg pernah berbuat kesilapan....... jadi mereka belajar dari kesilapan itu....adakalanya org yg telah insaf akan berkelakuan jauh lebih baik kerana berasa menyesal atas kesilapan itu".....
Memang isteri mithali kau ni.... HEBAT... hebat.....fikirku di dalam hati......tapi mungkin nasib kau tak sama dengan si B (sekadar nama samaran) yg mana suaminya melakukan kesilapan itu berulang-ulang, bersilih ganti pasangan... sampai tak de masa rehat....tak penat2 dia nak "meluluhkan" hati isteri....macam dah hobi pulak tengok isteri menangis kerana kekecewaan... entah ler... patut ler si B ni sampai menganggap bahawa keindahan berumahtangga itu hanyalah sebuah cerita dongeng....
Bukan dongeng sebenarnya B..... ramai lagi orang yang berbahagia hidup berumahtangga kat Malaysia ni.... suami kau je yg lain dari yang lain..... apa nak buat...dah berjodoh dengan orang yang UNIK.. banyak2 la bersabar ya..... akan ada masanya untuk kau menuai kebahagiaan atas kesabaran kau tu.
Pening tak puan2 baca kisah si B ni???....... agak2 kalau puan2 pening kita baca je la entry I yg lain.... I yg menulis pun pening sebab hari2 I pun pening dgn kisah dia ni.... sama2 la kita doakan kebahagiaannya....... kesian dia.
p/s: kok ya pun napa la dia pilih nak berdating dgn bini orang.... sampai sekarang aku tak faham........ apa istimewanya bini orang???
memang betul ramai lagi lelaki yang baik... kalau tak percaya cuba tanya saya
ReplyDeleteThanks AAM
Sharinginfo & Cikidog ~hehehe... percakapan adalah satu doa...ini adalah doa saya untuk lelaki2 kat Malaysia ni di tgh kemelut manusia membicarakan lelaki skrg sukar utk dipercayai..
ReplyDeleteCikidong ~ patutnya awak la yg kena masakkn magee utk saya.
betulla sam, lelaki baik memang masih ada, cuma mencari yg betul2 sempurna tu belum tentu ada, yg penting kita bersyukur dgn apa yg kita ada kan...
ReplyDeletebetul tu Sirna...jd tak boleh la sewenang2 ckp yg skrg ni semua lelaki dah tak baik dan mudah lupa anak bini...Tak kan kerana nila setitik rosak susu sebelangga.
ReplyDelete