Saturday, May 22, 2010

Petua Untuk Menginsafkan Isteri Yang Tak Bersyukur

Renungan Untuk Kawan I Yang Bernama Mem Besar

Sila baca entry I yg macam bagus nih.... :P

Dah siap mandi dah semua anak2 I ni.... tu la diorg ni, bila cakap nak jalan je senang sikit nak suruh diorg mandi..... padahal baru pukul 5 lebih.... (tapi entry ni dipublish dah pukul 6 lebih la..sbb I nk preview dulu, curik2 pix dr pak google lagi... tu yg lambat sikit publish tu).

Seharian ni diorg melepak je kat rumah, tolong2 mamanya main masak2.... ayak2 tepung... best rupanya kan ada anak pompuan. Patut la orang kata, bila seseorang tu kawin awal ( I kawin tak awal sgt, sedang2 la... cuma bersyukur Allah tunaikan hajat I kawin before 25... itu pun hampir2 nak dilangkah bendul oleh si adik I.... apa????

"Cis berani kau Jebat....langkah mayatku dulu!" jerkahku di hari pertunangan adikku itu... (macam betul je..... saja berdrama kat sini).

Eh apa I nk cerita tadi... tu la orang kata kalau pompuan kawin muda..... maybe around 20an.... mereka akan kembali muda bila dah berumur.... sebabnya anak2 mereka dah membesar, so keja2 rumah dah diambik alih oleh si anak........lagi2 kalau anak ada 18 org.... tak ke mamanya cuma goyang kaki.. duduk atas kerusi berkipas2.... Hee betapa mudanya mamanya itu.

Tapi kalau ada 18 orang anak dara tapi kesemuanya pemalas nauzubillahiminzalik..... jadi sebaliknya pula.... alamat jadi jerangkong ler mamanya tu tak terurus. Kesian kan....

Hari ni ingatkan nak tido siang tapi busy tak tentu pasal..... entah apa yg I busykan pun I tak tau lah. Semalam, hari Jumaat tu kan.... tengah2 hari buta entah kenapa I mengantuk sangat.. pastu tak pernah2 I tido siang I tido siang panjang sangat....terbangun pun sebab dikejutkan si Shashal yang nak susu..... bila I bangun I terinsaf kejap........ you nak tahu apa yg I insafkan?


"Eh sedapnya aku tido siang.....hujan renyai2 pulak tu........ siannya laki aku keja penat2...... takde peluang dia nak tido nyenyak2 macam aku ni di siang hari"

Tu la yg I insafkan........... I kan dah lama tak tido siang, bila tido boleh membawa keinsafan plak... I cakap dgn my IRP........ "Ling...(ceh... percaya je I panggil dia Ling), tadi I insaf..." I cakap dgn IRP mcm tu.

Itulah I nak pesan dgn gang2 I yg sekapal dengan I jadi MEM besar yg selalu mengeluh2 bosan, takde kebebasan, tak dapat nak pegang duit sendiri (eh siapa kata... insyaAllah ada.. Irp kan ada bagi sikit then kan I ada elaun bulanan lain....cukup la tu dpd takde langsung).... tu la I nak pesan.... cuba-cuba la you all TIDO2 SIANG sekejap dan mungkin bila dah rehat panjang sangat karang you bangun you akan insaf.

Tak insaf tak tau la makcik... you bayangkan jelah your hubby yang berpanas, memerah keringat membanting tulang demi sesuap nasi........ pastu you sedap2 tido di tilam yang empuk.
Pastu kadang kena marah lagi.... (mana la tau.... kena marah dgn client ke hapa ke..... kalau hubby you tu dlm kategori kumpulan sokongan plak dah tentu2 tak lari dari kena marah dgn boss).

Eh.... apa yg I merapu ni..... entry syok sendiri... motivasi utk teman2 seperjuangan yg sedang berhijrah menjadi isteri paling mithali. So, conclusionnya ialah untuk MEM2 BESAR semua......dengar sini....... selain you all berpenat-lelah memasak, membasuh, mengemop pastu mengadap PC tanpa diminta sampai penat tak tentu pasal cuba sekali-sekala bawak2 berehat tido or menonton tv supaya you all akan insaf. Pasal kita penat la kita tak insaf2 tu..... percayalah cakap kawan ko ni...

Kalau tip I ni kurang menjadik..... nanti I usahakan cari tip lain on macam mana caranya nak jadi isteri paling mithali........ jap ya... nanti I call lagi ustazah tu, insyaAllah......... byeee.... nak ready2 gi makan kat luar..... hari ni cuma masak speghetti dgn kek je.... tak mengenyangkan langsung...









kalau rasa nak share tip ni pada kawan2 di FB... just klik butang share di bawah :
http://sam-puansyurga.blogspot.com

4 comments:

  1. Langkah Bendul. Masa mama kahwin pun dulu kan...hem..hemm...mama langkah 3 bendul tau...hahahahha besar2 plak tu bendul dia...nak wat camana...jodoh sampai dulu kan....

    Tidur siang..memang best sesekali dpt tidur...tapi mama jarang2 dapat tido siang....weekend selelau sibuk...tapi sesekali dapat tido siang ,....mesti mimpi merapu..

    ReplyDelete
  2. MAMA.. Tahniah sebab telah berjaya melangkah TIGA bendul sekaligus!! Wah! Mesti byk hadiah nak bagi pada yg kena langkah tu kan?

    p/s: tak berjaya jugak adik I nk langkah bendul.. kalau tidak....

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    best bace n3 akak nie.. :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.