Sunday, May 16, 2010

RINDUKAN SAAT BERMAIN DI BAWAH POHON SAGA ITU

Ucapan Hari Guru ini saya tujukan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di SKTS ~ Cikgu Jamadi, Cikgu Kandir, Cikgu Melan, Cikgu Rupiah, Cikgu Asiah, Cikgu Nora, Cikgu Ting Jam Bok, Cikgu Harnek Singh, Cikgu Manjet Kour, Cikgu Md Zain, Cikgu Junaidi, Cikgu Tawahid, Ustaz Fadhil Sayuti, Cikgu Ahmad Dini, Ustaz Jamian, Ustaz Sarbini, Ustaz Buang dan Ustaz Abd Rahman).





Sweet memory bersama cikgu2 masih terbayang-bayang di mata saya hingga kini.... t.kasih di atas jasa-jasa Cikgu kepada saya selama saya di bumi SKTS yg penuh kenangan indah... mengalir air mata saya membuat ucapan ini sebab teringat kenakalan saya semasa kanak-kanak tetapi Cikgu2 semua tetap melayan saya dengan baik hingga saya akhirnya mendapat result yg baik... hahaha... 


Apa yg saya nakal ya?. 

Saya memang talkative masa kanak-kanak.... kadang2 terfikir.. kalau la saya dpt kembali ke zmn itu. Saya rindukan indahnya kehijauan sekolah kita itu jauh dari hiruk pikuk kesesakan lalu lintas... saya ingin bermain-main di bawah pokok saga itu semula, saya tidak akan nakal2 dan membuat bising lagi hehehe...

Namun saya gembira menjadi diri saya saat itu.  Kalau ada magic dan diminta saya jadi kecik semula, saya tetap akan memilih menjadi diri saya semula.  Hamboii.  Ah ini hanyalah analogi untuk membayangkan bagaimana dunia kanak2 saya terlalu indah.

Saya rindukan kenangan itu.. 

Saat itu ayah saya masih ada lagi, arwah sangat memanjakan saya.. selalu berjumpa cikgu2 semata2 untuk membincangkan hal-hal pembelajaran saya.... dia bukan PAPADOM tetapi PAPADON.. Uncle Don... teringat saya saat menyorok di kebun bila Cikgu datang ke rumah untuk membeli pisang yg Uncle Don tanam tu..


Saya ingin mengutip semula biji saga itu...


Buat guru-guru saya di SMKSM ~ Cikgu Fahmi ~ yg selalu memberikan motivasi... Cikgu Yaacob yg selalu memberikan perangsang, Cikgu Mostaman, Cikgu Manas Lehan, Cikgu Tan Boon Hai guru kelas saya, Cikgu Noraini, Cikgu Janis, Cikgu Habibah, Cikgu Ramli, Cikgu Samad, Cikgu Sumeri dan yg telah kembali kepada kekasih-Nya ~ Arwah Cikgu Abd Rahman, Cikgu Abu Bakar, Cikgu Uyob dan lain-lain. Ada ke yg lupa nak sebut....akan disebut kemudian.

Buat guru-guru di TIJB ~ Cikgu Kassim, Cikgu Raja, Cikgu Norran Abu Samah, Cikgu Zabedah Warjan dan semua warden-warden yang telah banyak berjasa.

Buat guru-guru di SMP ~ Cikgu Misliah Yakin, Cikgu Dewi dan lain-lain... buat pengetua kami Walid dan Ibu.... moga IBU sekeluarga sihat selalu..

Ok... untuk anda semua cuba hayati lirik ini dan kenang semula saat guru-guru kita menyanyikannya di pentas... saya sangat teruja mendengarnya waktu itu....

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Tidak lupa UCAPAN SELAMAT HARI GURU ini saya tujukan kepada adik beradik saya yang bergelar guru iaitu Cikgu MS, Ustazah Minolad, Cikgu Rosli,Ustaz Baharuddin dan Ustazah Fatimah. Juga kepada anak-anak buah saya, Cikgu Nuruladea dan Cikgu Que (Que Haidar hehe), Cikgu Ina bini Moslim dan bakal guru kita Cikgu Mira. Buat teman seKASHMIR saya Mekar..dan guru-guru yg mengajar anak-anak saya walau di mana jua berada...
Ada yg tertinggal nama ke? Ok la.. akan bersambung...

8 comments:

  1. Mama suka main "jentik biji saga" masa kecik2 dulu...tak ada biji saga..biji asam jawa pun jadi....hahahaha

    ReplyDelete
  2. Mama ~ MM pernah makan biji saga tu..tp jgn buat tau!!! karang kalau tak biasa mabuk plak.. ada member tu la ajar..mak dia sanggan biji saga tu atas kuali... sebijik rasa dia mcm kacang putih..tp bila mkn mcm pening2 sikit.

    ReplyDelete
  3. teringat waktu kacil dulu saya ikut wan (nenek) pergi ambil duit hasil pokok getah di pejabat felda. ada sepohon pokok saga. saya akan leka mengutip biji saga untuk dibawa pulang.. i miss those moments too..where life was so beautiful and carefree..

    ReplyDelete
  4. Lip ~ kedengaran sungguh indah kenangan awk bersama wan awk tu...skrg susah nak jumpa pokok saga tu di mana2..

    ReplyDelete
  5. Cikgu TAWAHID dan Cikgu Ahmad Dini sedah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  6. Innalilahiwainailaihirojiuun...
    sedih aku mendengarnya... mereka berdua begitu banyak berjasa kepada aku ketika aku dlm proses mengenal ABC.. takziah buat keluarga beliau.

    ReplyDelete
  7. thanks ye..huhu..terharu sebab ada org nk wish slmt hri guru..^_^

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.