Thursday, June 3, 2010

BOLEH KE KEMBALI REMAJA??

Sambungan Entry Macam Bagus - Part II

Oleh kerana ada yg tidak sabar untuk menunggu sambungan episod Entry Macam Bagus -part 1.... maka ianya I sambung di pagi yang mulia ini....

"Entry Macam Bagus" ini sebenarnya I lebih tujukan kpd adik2 muda kita.... sebab saja la kan.. sesuai dengan tajuk ni ..... nama tajuk pun MACAM BAGUS..... kira I ni PERASAN BAGUS la (ahaks) sebab tu la nak menasihat orang.........

Bukan apa adik-adik..... I cuma mahu you all ambik ikhtibar dari kesilapan2 manusia supaya tidak berlaku pada you all... sebagai seorang kakak/makcik........ I rasa amatlah simpatinya kalau apa yg berlaku pada org2 kat sekeliling I ni diwarisi pula kpd anda...

Bilakah kali pertama anda jatuh cinta? Umur berapa?

I berterus terang kat sini adik-adik.... (bukan I nak mengaibkan diri sendiri mahupun pasangan monyet I) sekadar untuk jujur kepada anda semua...... form 3.... waaa itulah cinta monyet I..... tak tahu la bagaimana boleh terjebak.... jujur I katakan sebelum form 3 tu I la anti lelaki.... selalu bergaduh dgn budak lelaki dan akan rasa pelik bila tengok kawan2 main2 surat cinta..... macam geli geleman gitu.

Sebagai menjaga nama baik pasangan monyet I, sebab ramai di kalangan kaum kerabat mengetahui siapa dianya termasuklah emak ayah I sendiri ...so tak payah la I sebut kronologi percintaan monyet tersebut..

Cuma topiknya yg I nak utarakan di sini ialah....... BAGAIMANAKAH KITA TELAH BERJAYA MENGOSONGKAN HATI ~ contoh kalau macam I ni selama 14 tahun hatiku keras ~ batu ada dalam (dari tahun kelahiran hingga ke FORM 3 tu)... bagaimana I boleh dengan jayanya jadi anti lelaki... tiba2 boleh jatuh cinta plak.

Sebab tu la.... once you telah MEMBENARKAN hati you dicurik oleh lelaki (padahal sebelum tu kemain jual mahal)... you akan terus-terusan dengan mudah membenarkan mereka mencurik hati you.... mungkin lepas first love tu you frust..... nak balas dendam punya pasal... cinta kedua you terima... ketiga dan seterusnya.... Itu la yg I nak cakap..... kalau you tak nak perkara ni berlaku...... sejak dari awal lagi you kena dengan penuh semangat menidakkan perkara itu... say NO to cinta. Membina benteng yang teguh untuk menidakkan perkara itu.

Itulah......... once you jatuh cinta..... susah nak stop..... Kat sini ni I bukan bermaksud meminta you all JANGAN JATUH CINTA......... siapa I untuk mengekang jiwa remaja you all........ Cuma kalau tak mengganggu pelajaran tak pe la.... tapi tipu la kalau tak mengganggu pelajaran? Ada ke orang bercinta makin bersemangat nak belajar? Kalau ada baguslah.

Itu la.... precaution is better than cure.....It is better to try to keep a bad thing from happening than it is to fix the bad thing once it has happened. Mencegah lebih baik dari mengubati.... tapi tak kan la nak mencegah diri kita dari berkahwin BERCINTA bila dah sampai masanya yg sesuai kan? Cuma tu la masalahnya.... bila dah jatuh cinta........cinta setengah mati, dia buat apa pun kita cinta jugak sampai gila-gila. Masa tu la baru menyesal sebab membenarkan hati kita menerima cinta.......... mula la syaitan dalam hati berkata-kata ......"jangan2 dia dah bagi aku ubat guna2"....... padahal you sendiri yg memang dah diselubungi perasaan cinta.

Entry ini I tulis sebenarnya kesinambungan dari consultation I ke atas seorang wanita yang susah nak lupakan suaminya........ walaupun suaminya sering menyakitkan hatinya, menduakan dan mentigakan dirinya...... nak berpisah asyik tak jadi-jadi sebab hati sudah jatuh cinta......

Wanita itu bertanya.... bagaimana ingin membunuh kenangan?? I cakap dengan dia....... tak boleh ke dia menganggap seolah-olah kembali jadi remaja semula (maksud I remaja yg belum pernah jatuh cinta)... ketika itu hati kosong, benci lelaki, takde perasaan langsung...

Untuk membunuh kenangan??? Mana boleh dibunuh bila telah tercipta.... tetapi rasa-rasanya untuk MENGOSONGKAN HATI seperti seorang remaja semula (walau muka dan badan dah remaja purba) dari mengingati si diamu yang telah pergi memang boleh...... memang la memakan masa......... tapi bersabar je la.....tapi jangan la sampai berdoa meminta menutupkan pintu hatimu untuk mana2 lelaki....... itu dah macam melawan hukum alam pulak.

Itulah namanya cinta........ cinta itu buta.... Anda ada cara untuk membunuh kenangan? Sila bagi tip pada kawan I yang nak membunuh suaminya kenangan ni... cop cop cop...sebelum tu jawab dulu...... bila kali pertama jatuh cinta?



















6 comments:

  1. emmm, tetiba jek jadi DR CINTA...macam bagus, hahahhahaha....

    well,no komen...hahahahh

    ReplyDelete
  2. eh Zul.. kalau nk komen kena jwb dulu...bila first time jatuh cinta?

    ReplyDelete
  3. MM zaman remaja la zaman paling best! Masa enjoy tak ingat dunia. Rugi kalu budak remaja nak cepat2 jadi dewasa.

    ReplyDelete
  4. Hai Cikidong..... I nak pegi blog u tp blog u tak bleh nk ditrace. Ke I yg buta IT kejap? Thanks rajin singgah.

    JS ~ betul tu..time remaja segalanya disponsor...goyang kaki je..semua mak n kakak yg buat.... bestnya kan...tak pikir apa2 pun time tu..

    ReplyDelete
  5. sejujurnya, tak pernah bercinta, jatuh hati tu ada la sekali dua

    ReplyDelete
  6. oh hebat tu.... apakah rahsianya? hehe..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.