"Ya.... I'm sorry........ I tak berjanji untuk dapat bersama2 you all reunion nanti..... namun I akan usahakan... I cuma mampu berkata "insyaAllah".... Kalau takdir menentukan I tak dapat pergi, don't worry......... percayalah kita pasti akan reunion juga nanti...ya... suatu hari nanti.....pasti....." bisik hatiku sendirian apabila mereka seolah2 berharap untuk I pergi..... (memang I sendiri berharap untuk pegi pun... bergantung pada keizinan dari suamiku).
Selain dari reunion kelas kita itu....ada satu lagi "reunion" sahabat2ku......percayalah....."Reunion" itu nanti pasti sangat berbeza....... tidak perlu kau gusarkan Luncai (bukan nama sebenar) kiranya kau rasa dirimu kurang dari teman-teman yang lain...... Siapa yang berasa rendah diri itu? Kawan I la.... puas kami jemput, kad kami layang pengganti diri........ namun alasannya......... malu sebab diri tak sesempurna kawan2 yang lain...... Sempurna itu bagaimana ya? Ada kayu pengukur? Tak mengapalah... mungkin kau malu dengan si Labu (bukan nama sebenar) bekas kekasihmu yang berkereta mewah itu? Atau kerana pangkat dan darjat yg kau ukur hingga kau rasa jurang itu terlalu besar untuk kau bercampur dengan mereka...
Tak mengapa....... reunion kali ini tak perlu membawa kereta mewah..... I pun tak tahu bagaimana penampilan I nanti....
Jangan la reunion kita di padang masyar nanti dalam keadaan seperti ini........ Nauzubillahiminzalik... di petik dari BERITA HARIAN ON LINE (keadaan manusia di padang masyar)
1.Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka
membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang
mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan
sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang
bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang
diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada
ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada
bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat
(mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan
terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari
belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka
bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka
menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan
sembahyang lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.
Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar
dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat
busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana
takutkan manusia,tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang
ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk
dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas
langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka
itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api
neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak.
Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir
hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka.
Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
Ya Allah ya Tuhanku........ selamatkanlah kami dari berkeadaan begini di padang masyar nanti... amin.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.