Monday, June 14, 2010

KEGELISAHAN SEORANG WANITA DI USIA EMAS


Sebelum meninggalkan dunia blogging... (meninggalkan buat seketika je sebab nak turun bawah memasak yg sedap2)..... I nak meninggalkan satu N3 di sini.

Gusarnya I bila mendengar cerita2 tentang kegusaran sekeping hati seorang wanita bila di ambang usia yang kian meningkat. Begini ceritanya...... seorang wanita yg kunamakan Bedah (sorry Bedah.. pinjam nama sekejap untuk membuat penceritaan kisah benar ini ~ tapi bukan nama sebenar). Bedah ni pada perkiraan I dahulunya seorang yang hidup rukun dan damai bersama suami... Suaminya pula seorang yang baik-baik menurut firasat I. I pun kalau ada problem2 kecik selalu jugak la merujuk pada makcik ni.

Tapi dengar-dengarnya sekarang ni Bedah selalu kegelisahan dan mengalami kemurungan di waktu malam. Asyik menangis je bila malam menjelang.... Tu yg lemah semangat sikit I mendengarnya tu... hehehe...... ya la...mana la tak seramnya sebab I pun wanita.... adakah bila usia dah merangkak senja "penyakit" macam tu boleh menyerang semua wanita? Adakah itu simptom2 wanita nak menopous ke?

Oh ya..... utk pengetahuan puan2...... Bedah berusia dalam lingkuangan 48 - 50 la agaknya... I pun tak pernah tanya. Simpati pula I kepadanya. Dahulu begitu ceria tiba-tiba sekarang bermuram durja pula........

wanita ceria...
Ok....... sekarang kita kaji pula kisah wanita ceria menjelang usia.... I namakan Rania (bukan nama sebenar). Rania ni single lagi walaupun dah 45 tahun ketika itu. First time jumpa dia macam selekeh ala makcik2.... hari demi hari I tengok Rania ni makin berseri2 je.... Kebetulan memang beliau pandai menjahit, jadi selalulah bertukar-tukar fesyen.

Dari takut2 drive dan tak de lesen, akhirnya membeli sebuah kereta. Sebelumnya tu selalu mengirim melalui kami kalau nak beli barang2 keperluan rumah. Memang agak kesian la dia ni... sebab tinggal seorang diri di rumahnya tu. Melewati rumahnya yang kedengaran hanyalah suaranya menjawab telefon, mungkin dari teman2 sepejabatnya mahupun sedara-mara yg adakala bertandang ke rumahnya.

Kalau nak diikutkan... tentu nasib Bedah jauh lebih baik dari Rania sebab Bedah ada suami dan anak-anak di sekeliling.. Tapi mengapakah kemurungan itu boleh melanda diri Bedah. Itulah yg sedang I fikirkan sekarang? Adakah stress berpunca dari pasangan?

Wahai kaum bapa sekalian.... jika isteri anda dilanda kemurungan, berikan pelukkan.....itulah ubat paling mujarab....lebih mujarab dari ubat2 penenang yg dijual kat hospital2 tu.... bagi semangat sikit. Jika you meringankan beban seseorang, insyaAllah suatu hari pasti akan ada orang lain yg meringankan beban you jika you ditimpa musibah. Apatah lagi beliau adalah isteri you dan anugerah dari Allah. Dia perlukan you di saat2 kemurungan itu.

Kalau ada duit lebih....... bawak le jalan2 biar dia hilang stress. Pegi la semula ke tempat2 yg dulu pernah you all bawa.... tak perlu yg mahal2...... cukuplah kalau dulu you pernah date kat tepi sungai.... bawak mereka ke tepi sungai tu.....katakan yg you sayang dia.... cintakan dia selamanya.. Kesian dia........ dulu you jugak yg ngorat dia.... dia dah terima.. you busykan diri dgn kawan2....... dia you pinggirkan. Tu yg agaknya dia kemurungan tu.

Ok la teman-teman blogger, elok la puan2 teruskan berblog........sekurang2nya dapatlah mengurangkan stress... Selain dari itu teruskan mendekatkan diri kepada-Nya di usia-usia sebegini....... lupakan je segala kenangan manis masa lalu jika itu yg paling you rindukan tetapi tidak dapat lagi kau nikmati akibat keegoan seorang lelaki. Ciptalah keriangan lain bersama anak-anak. I berkata begini sebab baru-baru ini I berbual dgn beberapa orang kawan I yg kembali ceria setelah bertahun berendam air mata :

" Aku sejak buat2 happy ni..... suami aku pulak yang naik risau...... Dia sangka aku ada endot (endot bermaksud boypren) lain........ hahaha" kata Puan X

"Betul jugak tu...... sebenarnya diorg ni suka kalau tengok kita menangis, terseksa....sebab tu la bila kita buat2 happy dia panic.... dia mesti ingat kita dah tak sayang dia lagi" celah Puan Y pula.

So, puan2......... bagaimana? setuju tak tip Puan X dan Puan Y ni? Tapi kalau nak gunapakai tip tu jgn pulak sampai suami rasa terseksa plak.... tak pepasal buat dosa je. Pandai2 la adjust ya untuk mengembalikan kebahagiaan rumahtangga di usia emas.

8 comments:

  1. heee
    endot = bf
    perkataan baru ni
    dialek daerah ke kak?

    ReplyDelete
  2. saya tak tau nak komen, almaklum, usia baru setahun jagung, kawin pon belum annivesary yg pertama... tapi sy paling panik klu wife saya menangis... rasa mcm bersalah sgt (walau kadang2 dier menangis atas sebab yg entah apa2)... moral: jgn seksa suami anda dengan air mata. senyumlah kepada suami setiap hari, besar pahalanya....

    ReplyDelete
  3. Zul ~ suami mmg kena peka sikit hal2 mcm ni.. sbb kalau dibiar berlarutan boleh dtgnya penyakit2 yg tak diundang.

    ReplyDelete
  4. wah, header br..
    mayb MM dh tukar last week.

    ReplyDelete
  5. Bubblesphoto ~ dah 2,3 hari tukar. Mamarazzie busy sokmo tu yg baru perasan. :)

    ReplyDelete
  6. kan..
    bkn la bz MM..i pegi kelantan,
    br blik ni, x larat nk update blog lg..hahaha, long journey!

    ReplyDelete
  7. wah bestnya gi Kelantan.. seronoknyaa diaa..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...