Thursday, June 17, 2010

MALAM TIDAK AKAN SELALU DITERANGI REMBULAN


OOOOOOO......You all ingat, I terlupa menulis entry lagi macam semalam la ya??? Oh NOOO!!!!! Pisang tidak akan berbuah 2 kali....sama sekali tidak. Malam ni tak akan lagi membaca forum-forum gossip hingga berpage2 sampai terlupa nak menulis entry. Malam tidak akan selalu diterangi rembulan.... kadangkala diterangi dengan suluhan neon2.

Kami selalu membahaskan bagaimana boleh timbulnya kata bidalan "Pisang Berbuah Dua Kali"...Kalau pisang berbuah dua kali.... oh pasti arwah ayahku semakin kaya... pasti la lebih baik jika ianya begitu. Mungkin bidalan ini untuk membayangkan "betapa ajaib/mustahilnya jika sesuatu kejadian itu boleh berlaku untuk kali kedua"..... dan bukan dimaksudkan bahawa" alangkah satu perbuatan sia2 jika kejadian itu berulang"...( ya la kalau pisang berbuah dua kali tentulah tidak sia2 bukan?).......... agaknya begitulah kejituan maksud bidalan di atas...... betul ke guru2 BM sekalian??? I pun tak tahu..... you all kalau nak tanya pasal cermin dgn I boleh la....

Ok Puan2...... biarkan anak2 murid bertanya sendiri dengan gurunya tentang soalan di atas... kita tak payah la fikirkannya lagi....... mari kita menggedix sebentar dengan gambar2 di bawah yg dah lama I simpan dalam hp I ni...... sebelum membuat kerja2 mendelete, I nak tumpang simpan kat sini.....




ABC Special di Odean Batu Pahat


hidangan di rumah bondaku di Kashmirku... keropok lekor yg
dibawa oleh adikku Mar.


kek lapis ~ di Jusco Melaka


picnic di kediaman uncle kpd anak2ku.... di Melaka


otak-otak Kashmirku...

Cendol di Batu Pahat yg menjadi gilaan ramai....


asam pedas Muar..... makcik yg jual tu diorg kata sebijik macam
wajah ibundaku.... tapi makcik tu peranakan... ibundaku jawa..
terubat rindu kejap pada bondaku ketika itu...
nak snap gambar makcik tu......malu plak I...

"kembar" bondaku itu la yg memasak lokan ni...
memang sedap..



Ain punya ni tau! Mcm tak percaya je anak dara pun nak bermain anak patung...ish ish.... Dia sengaja beli sebab menurutnya muka anak patung ni sebijik macam dia semasa kecil..

Emmm..... mungkin la kot... rambutnya yg kerinting2 dan mukanya yg tembam memang ada iras2 dia semasa kecil.. Bagaimanapun... maaf, gambar puteriku semasa kecil tiada izin publish
dari yg empunya diri dan juga dari yang empunya anak (bapanya).

mee bandung Odean..



Sebanyak-banyak "keychain nama" ni......... takde satu pun nama I....... dah agak dah... oh gambar ni diambil siang tadi........I merayau lagi hari ini atas arahan dari yg empunya isteri (my IRP)....... beli barang dapur. Kali ni setelah dirayu2 oleh Shashal dan setelah bergaduh2 si Shashal dan Qistina yang beriya-iya untuk ke Tesco sementara Shashal pula beriya2 untuk ke Giant, akhirnya I memihak kepada Shashal untuk bershopping saja di Giant.

Qistina telah berjaya kupujuk dgn membelikannya sehelai tudung lip lap dan sebuah buku Doremon kegemarannya... itu sudah memadai untuk membuang muncungnya yg boleh dibuat hanger baju... alhamdulilah.

Alhamdulilah........ akhirnya pisang tidak berbuah dua kali ~ dengan N3 ini.... berjaya juga I menepis gossip2 (cewah) yg mengatakan I memanjang terlupa menulis entry..

p/s: KALAU YOU ALL TERROR CIPTALAH KATA BIDALAN SENDIRI... Nak lawan tak? I dah cipta dah ni......."malam tidak selalu diterangi rembulan.."

4 comments:

  1. "Kek tidak selalu mengemukkan" -

    sesutu yang nampak negatif pada pandangan kasar sebenarnya ada kebaikan yang tersembunyi jika kita pandai mengubahnya

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... pandainya Mummyy!!! 100 markah.. tu la MM kekadang pelik tau.. dr mana org zmn dahulu kala mendpt idea membuat bidalan2 ni.

    So, sepatutnya org2 skrg kena kreatif membuat bidalan mengikut gaya hidup masa kini.

    ReplyDelete
  3. tidur tak semestinya lelap

    ok saya tak paham kata bidalahn sendiri..hehe

    ReplyDelete
  4. Cik Helena.."tidur tak semestinya lelap" bermaksud...apa yg kita usahakan tak semestinya menemui kejayaan, semuanya bergantung pada tahap mana kita menjiwai sesuatu usaha itu... ceh ceh..betul ke ni? :D

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.