Friday, June 18, 2010

SAYA TIDAK AKAN TIDUR BERSAMA KEMARAHAN SAYA

Tip awet muda seorang artis 80an yg hingga kini kelihatan kacak ialah :

"Saya tidak akan tidur bersama kemarahan saya".

Begitulah yg sepatutnya..... dan kini I sdg ingin melakukannya sebelum melelapkan mata dengan kadar segera. "Kaunselor tak bertauliah" I yg baru saja ringg off telefonnya sebentar tadi, berkali-kali mengingatkan I, agar apa yg dinasihatkan ke atas I sebentar tadi tidak dituliskan di ruang blog ini. Ok... no problem...

Bagaimanapun.....sebagai memotivasikan diri sendiri, I "menggali" beberapa info dari Wak Google yang seakan sipi-sipi dari cebisan nasihat beliau....

#Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan penyakit, kedukaan,
kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri
yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya.
(HR.Bukhari)

#Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

#Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

#Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tingkat imannya. Jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpannya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujian demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni.

#Orang-orang yang sabar dalam menimpa musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yang besar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

" Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan bergembiralah orang-orang yang
sabar, yakni orang-orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata,
sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah
orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhannya dan diberi petunjuk."
(Al-Baqarah:155-157)

Berpeleseran di blog

Semalam, waktu "berpeleseran" membaca forum2 gossip.. terpandanglah I pada sebuah jet peribadi milik tokoh terkenal..... MasyaAllah... indahnya.... terpegun kami yang melihatnya....one of the forumer tu cakap... "bestnya ya dah merasa dia syurga dunia..."

Ya la....bestnya. Terfikir juga kat fikiran I, sedangkan "syurga dunia" pun dah begitu hebat dan indahnya..... apatah lagi la syurga di akhirat yg tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.

Justeru mengapa mesti kita nak marah jika ada orang nak menyakiti hati kita ya puan2....... bukankah jika kita redha dan bersabar, Allah telah menjanjikan balasan syurga yang tidak terperi hebatnya.


syurga dunia pun dah demikian hebatnya puan2....

ballroom di sebuah villa seorang billionaire...
bayangkan jika anda memilikki kediaman sehebat ini...

Ok la puan2....... mulai hari ini, pastikan hati gembira sebelum tidur... dan riangkan hati jika ada insan2 yang ingin "mensedekahkan" pahala percuma buat anda....... Ok la.... nak tido..... byee.... Assalamualaikum.

p/s: entry emo yg tak jadi emo... :D




2 comments:

  1. tula, memang kita digalakkan sebelum tidur maafkan semua org kan, mnla tau mati dlm tidur, tapi tula selalu tak amal, huhu, bila dah mengantuk terus tido

    ReplyDelete
  2. ya kena amalkan "memaafkan dan meminta maaf" Dr. Sirna..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...