Tuesday, June 22, 2010

SINGKONG DAN KEJU ~ Part II

Hari ni I nak masak sesuatu yg julung-julung kalinya I masak.. tak tau la, bakal menjadi ke tak ketiwolku nanti......... aritu BB dah upload kat blog Tok/BB (blog terpaksa dirahsiakan kerana mengandungi unsur2 18sx.. hehehe.. :P).


macam tak confident je I nak masak benda ni...
tapi takpe... I tetap akan mencubanya..
proses2 pemeraman sdg berjalan...
ubi-ubi kena rendam dulu..

BB punya resepi tu tak detail... ianya memang kena rendam dulu la BB... rendam dalam air bersih untuk 2/3 hari..air tu boleh ditukar2 jika suka. Sebab apa nak kena rendam? Untuk dapatkan baunya yg agak "pelik" sikit... Alamak!! Lamanya nak kena rendam...

Maaf ya Ubi... kau terpaksa bermandi-manda di
dalam mangkuk vision ini selama 3 hari 3 malam.... selamat beradu.. zzzz..


Kemudian setelah 3 hari ianya direndam, dicuci, sagatkan dan jemurlah untuk beberapa hari sampai kering, wah!!!! lama lagi nak menunggu......... I jemur kat balkoni je la... kalau kat laman rumah, pelbagai kemungkinan bisa terjadi... kerja2 renovation rumah sebelah sdg dijalankan.

Bila ubi2 dah benar2 kering, boleh terus digunakan atau disimpan... lepas tu barulah proses membuat tiwol boleh dilakukan dgn mengisar ubi jemuran tadi... kisar pun jgn la halus sgt...... tumbuk2 manja mcm tu la.. then, ubi kisar tersebut perlu dibasahkan dengan air plus garam hingga lembab2 dan kukus la ianya. Jgn lupa kukuskan kelapa parut. Bila ubi dah jadi tiwol...gaulkan kelapa kukus tadi plus gula pasir.. siap!!!!

p/s : Kalau tak biasa makan tak payah la buat, I pun cuak2 ni takut tiwolku senasib dgn tempe goreng yg direject oleh anak-anak kecilku peminat keju itu. Tapi takpe..... kalau tiwol, seperiuk pun I boleh habiskan...

* singkong bermaksud ubi kayu ya puan2........

4 comments:

  1. rajin betul sis buat semua ni hehe.. anyway... terimalah award yang tak seberapa dari anas buat akak... hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe...ala Nana.. tak tahu la jadi ke tak.. Sis mmg suka sgt mkn benda ni tp tak dijual kat mana2, tu yg terpaksa merajinkan diri.

    Award? thank ya, wow! nt sis ambik.

    ReplyDelete
  3. MMirror nanti kalu ubi tu dah jemur kering, jangan lupa pos barang setengah kilo kat Mummy tau... hehhe....emmm lamanya tak makan bendalah ni...gaul ngan kelapa yang muda2 sikit....nyum nyum ... carrot walnut cake pun tolak tepi...hehehhe

    ReplyDelete
  4. betul tu Mummy...napa la kat JB ni takde org jual ready made, at least jual tepungnya pun jadi la kan, kita tinggal kukus je. Lagi 5 -6 ari nk kena tunggu ni Mummy, lambat betul la.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.