Tuesday, June 1, 2010

WAKE UP..... WAKE UP SAYANGGG.....

SALAM puan2....

Lambat pulak Shashal bangun pagi ni..... Mama nak ceritakan satu motivasi supaya anak2 Mama rajin bangun untuk menunaikan sholat Subuh....

Jiran2 I ni puan2 majoriti adalah non muslim tetapi awal pagi lagi dah bertebaran di muka bumi..... ada yang berjogging, ada yg sibuk merumput (walau dah ada bibik), ada yg dah ke restoran yg berdekatan untuk membeli sarapan keluarga... memang meriah la di waktu pagi...segala binatang2 peliharaan pun turut menyerikan suasana pagi di perbukitan kami ini.

"Bangun pagi rezeki pun senang masuk"... begitulah ungkapan yg biasa kita dengar.

"Tidur selepas asar mewarisi gila, tidur selepas subuh mewarisi papa" itulah yg biasa I dgr di pendengaran telinga....

I pun bukanlah sempurna untuk membincangkan topik ini....apatah lagi bila time "dlm pantang" a.k.a "cuti2 seorang wanita" tu kan.......... hopefully sikap jiran2 I yg suka bangun pagi itu memotivasikan I untuk terus dgn rutin harian sebegini... tp skrg ni yg menjadi problem ialah TIDO SELEPAS ASAR...... bila asar menjelang je kdg mengantuk...... seram la......tak mo la kan mewarisi gila... sapa yg nak gang dgn org gila... nauzubilahminzalik...


MISTERI SHOLAT SUBUH......

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada sholat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang ada pada waktu subuh.

“Ya Allah, BERKATILAH umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Begitulah doa Rassululah SAW terhadap umatnya yg bergegas dlm melaksanakan sholat Subuh. Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Hijab bermaksud = penghalang.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tarmizi dan Ibn Majah)


p/s : tazkirah untuk menyedarkan diri I dari terus MENGGEDIX... Syurga adalah tempat paling indah yg tidak dpt digambarkan dgn kata-kata melebihi tilam empuk kita......

4 comments:

  1. yeahh...mmg syok bangun solat subuh..lepas tu lepak minum nescafe sambil usha2 tenet....hapi je rase hati
    tapi kalau termiss subuh mmg bawak batal satu hari...sungguh!

    ReplyDelete
  2. ya betul HB..mmg tenang masa tu sbb belum ada gangguan sgt dan tak terkejar2 masa... itulah fadhilat subuh...

    ReplyDelete
  3. suasana paling besh lepas solat subuh la... aman jer!

    ReplyDelete
  4. ha'a JS...aman & tenteram mcm kt kg je....teringat zmn2 persekolahan meredah embun pagi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.