Thursday, July 1, 2010

GARLIC BREAD DAN RESEPI ROTI ~atas permintaan

gambar ikhsan Google.. breadstick..


Sebagai memenuhi permintaan si Miss Bubblesphoto a.k.a Mamarazzie, malam ni I curikkan resepi asal ROTI KISMIS GEBU dari pemilik blog seorang Chef Ternama yg bernama CIK MAT GEBU.... tak tahu la beliau izin ke tak utk copy paste ni.....tadi dah mintak izin kat chatbox beliau dah... boleh je la kan...cik mat kan...kalau tak boleh nt I delete....... kekeke... selain dari itu, mlm ni juga I kongsikan resepi garlic bread kegemaranku....yg ni kawan I yg bagi....tak tau la dia dpt dr sumber mana..

Bukannya apa, resepi yg I buat itu ari, semuanya main campak2 je, tak sukat secara jitu.. then, bread improver pulak tak terjual kt supermarket yg I jd duta tu, so I skip je part tu.. tu yg I tak sampai ati nk bg resepi I kat si Bubblesphoto ni.... sebab byk benda gak la yg I kurangkan dan tambahkan... takut nanti si Bubble buat jadi lain kesian la pulak kan, berlaku pulak pembaziran karang....Nak bagi bondanya merasa, Si Cik Tong Sam tong sampah pulak yg makan..... cuba la resepi ori dr Cik Mat ni... mmg akan benar2 gebu.. ramai dah mencubanya dan ternyata tak mengecewakan...


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.

2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.

3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan.....


RESEPI GARLIC BREAD

Bahan A

50 gm tepung berprotein tinggi
30 gm yis mauripan
30 gm gula pasir
470 gm air suam

(Masukkan kesemua bhn2 ke dlm mangkuk dan kacau sebati.. biarkan 5 minit hingga yis naik.)

Bahan B

900 gm tepung berprotein tinggi
100 gm gula pasir
2 sudu makan garam
2 sudu makan bread improver
4 sudu besar susu tepung

(masukkan ke semua bhn B ke dlm mangkuk pengadun putar - 2 - 3 minit)

Shortening

Bila Bahan A dah kembang, masukkan ke dlm Bahan B. Putar lg perlahan selama 3 minit.
Then masukkan shorterning ke dlm adunan roti tadi. Putar lg selama 25 minit hingga adunan menjadi lembut.

Bulat2kan adunan dan timbang 100gm tiap satu. Biar 5 minit.
Canaikan adunan dan bentukkan memanjang.. biar 1 jam.

Setelah siap..potong serong.
Sapu ke atasnya dgn campuran bahan berikut ----> (3 ulas bwng putih yg telah dicincang, mentega lembut, secubit garam dan hirisan daun parsli..atau kalau malas beli je garlic butter yg dah siap terjual dlm botol tu) then bakar pada suhu 170 darjah selama 10 minit.

4 comments:

  1. garlic bread fie lg senang. haha. sampai malu nk gtau. xpe, gtau jugak. beli roti perancis kat kedai roti. potong2, sapu mentega, potong dadu bwg putih, tabur kat ats roti, masuk dlm oven. hahaha. senang, kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  2. mmg sgt senang tu Fie..nt Akak buat la utk anak2 akak nk gi sekolah.....thank for sharing!!selalunya akak beli garlic butter yg dah siap tu je utk sapu atas roti bakar.

    ReplyDelete
  3. tq MM.. i tgh lapar nih, even td dh breakfast lontong!

    hehehe, i kena try at home nty..
    tp kena tggu i balik kuantan la..
    tq a lot!!

    ReplyDelete
  4. sama2... tak susah pun membuatnya...janji bahan2nya lengkap.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...