Tuesday, August 31, 2010

Merayau di PANDAN CITY JB

PANDAN CITY...
Ya Allah rindunya dengan laptop ni......... dan rindunya dgn teman2 blogger semuaa.......
Hahaha.... macam la dah berbulan tak jenguk blog... baru sehari semalam.
Seharian semalam I busy dgn aktiviti mencipta kenangan ramadhan..... antaranya ialah.....
membuat kuih raya........ ala buat 2 jenis je puan2.... kuih cheese tart dengan biskut semperit ni... pagi ni I ingat I nak buat lagi sejenis sebab anak dara I ada kat rumah.... boleh la tolong2 mana yg patut. Lagipun semalam baru beli pencetak kuih yg comel.


Malam plak merayau gi JJ..... berbuka puasa kat sana........ lepas beli barang dapur we all balik ke rumah susun barang dapur tu then merayau lagi ke sini ni..... PANDAN CITY.....


Meriah giler tempat ni...... terimbau kenangan di Madinah..... sampai pukul 1 pagi pun orang masih berpusu2 mengunjungi bazaar yg panjang ni membawa bersama isteri dan anak2 kecil mereka.


beli songkok untuk Shashal di sini....





Bila nampak orang berniaga di pinggir jalan mcm ni..... terimbau kenangan peniaga2 arab memperniagakan barangan mereka tak kira siang malam malah ke pagi. Bazaar2 yang tersusun dengan iringan lagu2 arab dari corong2 radio penjual barangan dari Timur Tgh di Pandan City itu  benar2 membuat I terkenang nostalgia di Madinah. Mungkin idea di Pandan City ini ilham dari kota suci itu kot... tapi dengarnya sekadar untuk ramadhan saja...... kalaulah diteruskan untuk selama2nya kan ke best.


Penat sudah berjalan dan menghabiskan duit IRP (dapat sehelai baju raya lagi ~ IRP hadiahkan wifenya ini....) dan jubah si Ain serta sehelai kurung untuk Cik Q, kami pun ngeteh makan roti nan di sini.

Secara keseluruhan....... tempat ni  best walaupun crowded...... barangan2 lain yg terjual ialah kuih2 raya, barangan mainan kanak2 dan mcm2 lagi..
Eh...... masa nk pegi tu niat di hati nak singgah di Butik Mawi yg dengarnya kat area2 sini ni (entah betul ke tak) Tapi bila dah melilau di kawasan ni........... langsung terlupa.

6 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaa dah buat kue..
    saya suka semperit.. isk isk

    ReplyDelete
  2. emmmm....mmg beraya ko taun ni ye sam.... aku dah cuba dpt kan feel raya tu tp masih blm dpt lagi.... pg tadi idupkan cd lagu raya yg lama2... kejap dtg kejap pergi feel tu... entahlah.... tak pelah janji anak2 dah tak sabar2 nak menyambut raya dan pakai baju2 raya mereka...

    mudah2an my MIL sihat dan boleh keluar dr ICU.... dpt duduk ward biasa pun aku dah lega...dah tak risau nak beraya...ni dah 21 hari kat ICU mana tak risau Sam....

    isteri aku lg lah takde mood....mcm mana aku nak beraya...

    ReplyDelete
  3. KENGKAWAN ~ My hubby je yg suka semperit ni.. I plak suka tart.

    BB ~ Hai BB!!! Sihat? Napa? Kenapa? Apa dah berlaku pd your MIL sampai masuk ICU????!!! Siannn bini kau.... aku pun klu emak aku sakit, sedih...nk beraya pun takde mood. Takpe la, mudah2an yr MIL cepat sembuh dan uoll beriang ria raya thn ni.

    Ala aku pun persiapan raya tak le sakan sgt la BB... tahun ni aku ckp dgn Comei, aku paling takde mood nk raya...tetiba je bila dah 10 ari terakhir baru timbul "feel" tu...itu pun 80% je.. 10% kurang dr tahun lepas. Alhamdulilah anak2 gembira nk raya...itu yg paling utama.

    p/s : aku ckp dgn MEI.. si BB dgn Tok ni agaknya dah jumpa BBKB38/TKB38... tu yg senyappp je..

    ReplyDelete
  4. ye la.. mood raya aku pun x de lagi.. lebih2 lagi smlm & pagi ni dpt call yg menambahkan mood raya aku makin x de...

    harap2 x terjadi mcm kes thn lepas..tapi bunga2 tu dah timbul ni...

    ReplyDelete
  5. salam..
    macam mane harge kat pandan nih..
    mahal tak?atau standard uptown?

    ReplyDelete
  6. Sarah - sgt berpatutan... tp tu time raya2 dulu... skrg I pun tak pasti, ada lg ke tak bazaar ni.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.