Thursday, September 2, 2010

BISKUT CINCAI BADAM CINCANG

Malam tadi buat biskut ni..... sebenarnya buat untuk makan sendiri sebab anak2 suka makan biskut2 yg I buat tempohari, so untuk memenuhkan semula balang biskut raya yg makin menyusut, I buat la biskut ni pulak...tak tahu la laku ke tidak...kita tunggu esok apa jadi...boleh challenge tak biskut semperit I itu ari..

250 gm (sebuku) mentega
1 cawan gula perang ( I pakai gula icing je)
4 cawan tepung (agak2 je...)
1 biji telur
1 container kecil badam cincang
2 - 3 sudu makan kelapa kering
2 sudu makan oat (I guna nestum plus oat yg dlm paket tu).
2 sudu coklat serbuk

Cara-caranya :

Jgn lupa panaskan oven 150 Celcius
1) Pukul butter dan gula hingga kembang
2) Masukkan telur.... pukul lagi
3) Masukkan tepung
4) Masukkan serbuk koko
5) Masukkan kelapa kering, almond cincang dan oat tadi.
6) Uli hingga menjadi doh
7) Terap adunan ikut acuan yg anda suka
8) Bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit atau hingga ianya masak.

p/s : boleh juga tambahkan coklat cip jika anda suka...tapi sebab I tak suka jadi I buat je spt resepi di atas.









rupa tak berapa cun sebab kalau ikutkan
resepi ni kita tak perlu terap dgn acuan, just
penyet2 bulat guna tangan gitu je...macam ala2
biskut Famous Amos tu..
sebab ada almond cincang tu kan... tu yg payah
sikit nak bg dia smooth untuk diterap jd
bentuk love yg sempurna.

2 comments:

  1. janji bleh makan n rasa tak cincai dah oklah tu kak sam

    ReplyDelete
  2. insyaAllah rasa tak cincai Zai..yg penting bahan2 mmg dah sedia ada kat rumah.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...