Wednesday, September 1, 2010

Elakkan tersalah beli baju raya bagi mengelak pembaziran...


Pagi ni dpt hamper raya dari jiran sebelah rumah..... thanks Mrs. C... Tgh fikir nak suruh IRP belikan something sbg balasan... apa tah?

Dah pukul 12 lebih.... tapi I masih lagi menebeng depan lappy ni... sambil di balkoni I merendam dan membasuh baju2 raya (baju raya I tinggal 3 pasang je sebab semalam dah terpakai sepasang masa gi makan kt Tg Puteri tu), baguslah dah terpakai dpd beli tapi tak tahu masa bila nak pakai... I rasa bersalah kalau berlaku situasi tu.... Ramai jugak kengkawan I kat FB yg mengeluh.... dah tersalah beli baju raya.... terbesar la...terkecik la. Itu la problemnya bila membeli baju ready made ni.... sedikit sebanyak memang nak kena alter..... baju2 ready made I semua memang akan I alter sebelum memakainya..... skill mengalter tu memang kena ada bagi setiap kaum wanita... at least dlm membuat dart (betul ke ejaan ni?) atau membuang dart. Lagi satu.... kalau pilih baju, make sure bahu tu terletak.... bukan terjatuh... nanti macam baju pinjam plak.

Actually kalau ikut petua org tua, baju2 tu kalau nak kelihatan berseri di pagi raya, tak payah basuh, jahit2 terus pakai gitu je.... tapi rasa tak tergamak plak... lagi2 zmn sekarang ni macam2 penyakit boleh menular hanya melalui sentuhan. Tambah pulak time I beli tudung ala CT tu awek yg jual tu hidung tengah sok sek sok sek..... tak pepasal virus selesemanya berjangkit kat I plak di pagi raya... hehe tak mau!!

Pada I, kecantikan sehelai baju tu bukan terletak pada fesyennya.... kalau fesyen terkini ala artis pun tapi beli tersalah saiz kita pakai pun terkurang cun. Kalau dah tak de saiz untuk kita, kita redhakan je...... cari kedai lain atau tak payah beli langsung. Sebab itu la, kaum lelaki suka bebel kan kenapa pompuan kalau shopping suka membelek2 berjam2 berkeliling kedai lagi.... bukanlah nak kata kita ni nak cari kesempurnaan tapi at least duit tu tak terbazir mcm tu je.


sekadar gambar hiasan..

Biar beli sikit tapi kita selesa memakainya dan kita gembira untuk memakainya berkali-kali sebab selesa, oleh itu, jgn la malu untuk mengatakan TIDAK jika memang anda tak berkenan dengan baju tersebut.

Jika anda rasa baju tu baju jenis bermusim, beli dalam jumlah yg sedikit (sekadar utk ada2)... sebab bila habis musim..... baju tu akan kelihatan ketinggalan zaman pula. Dah membazir plak kalau tak pakai kan.... Tahu tak apa itu baju bermusim? Contohnya macam fesyen ikut tahun.... dulu zmn kakak2 I kain paling famous kain uji rashid.... pastu beberapa tahun lepas kain angkasawan.... ha tu semua kain jenis bermusim. Kain tak bermusim pulak mcm kain berbunga2 dan kain2 plain di mana ianya sesuai sepanjang zaman. Sementara fesyen yang evergreen pula ialah baju kurung teluk belangga.


Sekadar pendapat.....














6 comments:

  1. xbleh nak shooping lagi...
    asyik keje jer...

    ReplyDelete
  2. NURAYUNNI~ oh siannya...takpe mlm raya pun still boleh shopping lg

    ReplyDelete
  3. bnyak jugak baju raya MM...hehhee saya ni boleh dikatakan almost everymonth buat baju...nak pakai g kerja, ada antara baju tu baru je dipakai sekali...raya ni boleh la pakai, buat jalan2 rumah sedara mara...ala Gie, beraya kat Terengganu...diaorang lom tgk baju I kan...kan...kan...

    ReplyDelete
  4. NoorGie ~ mula2 sehelai..then gi Angsana itu ari terbeli sehelai, pastu cik abg I belikan lagi sehelai masa gi Pandan City tu ari..pastu baru teringat dlm longgokkan beg lama ada lagi sehelai baju yg belum siap jahit..then I siapkan (ala jahit cincai je)..itu yang jadi 4 helai tu.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...