Showing posts with label Raya 2010. Show all posts
Showing posts with label Raya 2010. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Esok Hari Terakhir Syawal



Esok genap sebulan kita beraya.... hmm.... macam tak percaya je...

Oleh itu, kpd saudara mara dan sahabat handai yang tidak sempat kami kunjungi sempena aidil fitri ini, pohon maaf dipinta dari kejauhan. Bukan disengajakan..... tahun ni kami agak sibuk sikit.

Itu je la yang I nak cakap hari ni..... mataku sangat mengantuk. Lepas maghrib terus nak zzzzzz...... dan bangun lagi pada pukul 10 malam. Jumpa lagi ya!


Saturday, September 25, 2010

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH


Baru habis menangis menonton drama KEMAAFAN YANG TERTANGGUH di TV3... Syahdu betul cerita tu.. tapi sayangnya ending kurang menarik.....sebabnya at the end ibu mertua zalim tu mati macam tu je.... patutnya hidup terus dlm keadaan crazzy ke.... baru la nampak pembalasan yg setimpal dgn kezaliman yg dia buat terhadap si menantu dan besannya tu.

gambar curi..... dari FB Amsuda... sorry mencurik!!!!.... cik
terliur betul tengok ayam2 BBQ yg cik
kempunan sgt ni....



Tapi secara keseluruhan ok la tu.... ada unsur2 penjiwaan watak yg dibawa.... cuma make up pelakon2 tu terlalu tebal la even kat rumah dan ketika solat. Lagi satu, patutnya watak si Eira Syazira tu.... time balik kg tu pakai la tudung....bukan apa.... biar nampak real sikit.... biar nampak ala2 isteri paling solehah. Produser kena lebih peka benda2 mcm ni utk menjadikan sesuatu drama itu lebih berjaya.

Sesiapa yang miss tak dpt menonton drama ni, sinopsis boleh la jenguk kat blog kakak ni. Panjang lebar dia tulis.

p/s : Teringat kata-kata seorang menantu yg marahkan mertuanya :" Kalau dah kongkong sangat anak lelaki dia tu... ha dia je la yang kawin dengan anak dia! Tak payah sibuk2 suruh anak lelaki dia kawin pastu siksa menantu". Hua hua huaaaaa............. NO COMMENT!


Oh apa yg I baca arini???

TENTANG TIDUR DAN KISAH SUAMI ISTERI

Kalau ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tengok la mukanya bila dia tidur..... kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah dan sebagainya...

Ooooo........ok...ok.... thanks for sharing... nanti I sampaikan pada kengkawan.....

Apa yang I nak tulis hari ni???

TENTANG RAYA....

Oleh kerana raya pun dah ke penghujung (iyer ke?? tak tengok kalendar pun), I nak buat conclusion......:-

1) Minuman bergas dlm botol tu lain kali beli sikit je..... kalau kat kampung boleh la beli byk berkepuk sebab kat kg ramai orang marhaban..... lagi2 kat kg I tu... masuk hari kedua je, berpusu2 orang datang.....marhaban lelaki... pelbagai jenama motor singgah ke rumah.. ucap "Assalamualaikum"..... then tuan rumah jawab "Waalaikumsalam"..... naik atas rumah, baca2 selawat marhaban ya nurulaini.... pastu minum sikit, pastu turun.... lari plak rumah jiran sebelah..... buat lg perkara yg sama..... hinggalah rumah yang paling hujung... Begitulah yg berlaku hinggalah raya yg ke-4 baru reda.

Kat sini ni (JB) pulak lain ceritanya.... air gas ni diorg tak suka sgt.... lebih rela minum air kosong... jadi tu yg air tu sampai sekarang tak berusik.

2) Baju raya lain kali beli biar sikit je...tapi berbaloi2, .... Jgn beli banyak tapi kain jenis panassssss mcm yg I tersalah beli tu..... dah la warna suram...... tak cun lansung!

3) Cheese tart lain kali bubuh dlm peti ais..... baru tahan lama....

4) Tahun ni nampaknya orang dah mengurangkan aktiviti "munjung"..... bukan mengunjung ya.... kalau tak faham maksud "munjung", sila jenguk kamus Jerman. Maybe orang dah mula sedar kot bahawa munjung2 terlampau pun nanti sudahnya tak de org makan..... membazir!


Ok la...... dah kul 2.22 pagi dah...... kita sambung esok ya... jumpa lagi!

Tuesday, September 21, 2010

Makin Nak Abis Raya Makin Meriah.....

Ingat tak dulu kalau kita pegi mana-mana tempat yang jarang-jarang kita lawati kita akan menulis di batu, di pokok dan sebagainya... "Sam was here 1989"... contohnya..

Kalau pegi expo-expo ke.... kita kena tulis kat buku pelawat untuk membuktikan kehadiran kita kan. Ingat tak???.   Now kalau sapa-sapa pergi rumah I.... senang je...tak payah tulis kat guest book.. blog ni dah ibarat GUEST BOOK untuk anda semua. Lagipun diorg ni sporting... bila I halakan je muncung camera canggih I ni (canggih??) ... guest2 I semua dah ready2... siap touch up2 lagi... Terima kasih la atas kesportingan tetamu2 I selama ini...




Selepas kehadiran Kak Long I pagi tadi, ini pula tetamu seterusnya... Si Tembelek kecik 2 org
yg cute2 ni...Si Tembelek mmg kena masuk kat "GUEST BOOK" Mama Long ni... sebab tadi
masa Tembelek dtg... Ayah Long takde kan.... nanti Ayah Long tak tau pulak Tembelek sebenarnya dah dtg JB..



Tembelek seterusnya yg paling susah nak posing ni...
suruh snap mesti lari2.....Apakah itu T.E.M.B.E.L.E.K??? Tembelek adalah
nama timangan utk si montel.... tak tahu la bahasa apa...bahasa ciptaan keluarga kot?? I pun baru first time dgr bila kecik2nya si Ain dulu org suka panggil Ain tembelek...



Thanks ya cakap kat Mama bagi lemang Ayer Hitam ni.. Mama Long memang suka makan lemang... walaupun adakala alah sikit dgn pulut... Mama Long sgt confuse mulanya sebab walaupun dah biasa makan... tapi tak pernah pulak dpt lemang yang masih dlm buluh ni...
Nak kena belah dgn parang ke ni Nak oiii??? Tadi Mama Long ketuk2 je belakang dia.... dpt la keluar seketul dari muncungnya tu..kaut dgn garfu...

I think memang kena belah 2 jugak la buluh tu kan?? Segannya dgn uoll (readers)... nampak sgt la I ni tak pernah buat lemang... al-maklum ler... org Johor katakan... selalu kan mkn ketupat or nasi impit je...


Wednesday, September 15, 2010

HARI NI TAK BERAYA...


Apa yg dah buat I gemuk sempena raya ni????



marhaban di rumah MIL (raya ke empat) .... mee hoon hailam (jenis kering) dan
beberapa menu lain spt di bawah...


otak-otak cute yg sedap..

kek lapis cempedak...

DAN....


Inilah yg paling kuidamkan.......



ketiwol!!! sedapnya dapat makan ketiwol...
1 acuan penuh I buat.... (resepi ada di dlm entry sebelum ini).

tak sangka boleh habis...


p/s: actually tak tahu nk bubuh tajuk apa....










Wednesday, September 1, 2010

Elakkan tersalah beli baju raya bagi mengelak pembaziran...

Pagi ni dpt hamper raya dari jiran sebelah rumah..... thanks Mrs. C... Tgh fikir nak suruh IRP belikan something sbg balasan... apa tah?







Dah pukul 12 lebih.... tapi I masih lagi menebeng depan lappy ni... sambil di balkoni I merendam dan membasuh baju2 raya (baju raya I tinggal 3 pasang je sebab semalam dah terpakai selai masa gi makan kt Tg Puteri tu), baguslah dah terpakai dpd beli tapi tak tahu masa bila nak pakai... I rasa bersalah kalau berlaku situasi tu.... Ramai jugak kengkawan I kat FB yg mengeluh.... dah tersalah beli baju raya.... terbesar la...terkecik la. Itu la problemnya bila membeli baju ready made ni.... sedikit sebanyak memang nak kena alter.

Baju2 ready made I semua memang akan I alter sebelum memakainya..... skill mengalter tu memang kena ada bagi setiap kaum wanita... at least dlm membuat dart (betul ke ejaan ni?) atau membuang dart. Lagi satu.... kalau pilih baju, make sure bahu tu terletak.... bukan terjatuh... nanti macam baju pinjam plak.

Actually kalau ikut petua org tua, baju2 tu kalau nak kelihatan berseri di pagi raya, tak payah basuh, jahit2 terus pakai gitu je.... tapi rasa tak tergamak plak... lagi2 zmn sekarang ni macam2 penyakit boleh menular hanya melalui sentuhan. Tambah pulak time I beli tudung ala CT tu awek yg jual tu hidung tengah sok sek sok sek..... tak pepasal virus selesemanya berjangkit kat I plak di pagi raya... hehe tak mau!!

Pada I, kecantikan sehelai baju tu bukan terletak pada fesyennya.... kalau fesyen terkini ala artis pun tapi beli tersalah saiz kita pakai pun terkurang cun. Kalau dah tak de saiz untuk kita, kita redhakan je...... cari kedai lain atau tak payah beli langsung. Sebab itu la, kaum lelaki suka bebel kan kenapa pompuan kalau shopping suka membelek2 berjam2 berkeliling kedai lagi.... bukanlah nak kata kita ni nak cari kesempurnaan tapi at least duit tu tak terbazir mcm tu je.


sekadar gambar hiasan..

Biar beli sikit tapi kita selesa memakainya dan kita gembira untuk memakainya berkali-kali sebab selesa, oleh itu, jgn la malu untuk mengatakan TIDAK jika memang anda tak berkenan dengan baju tersebut.

Jika anda rasa baju tu baju jenis bermusim, beli dalam jumlah yg sedikit (sekadar utk ada2)... sebab bila habis musim..... baju tu akan kelihatan ketinggalan zaman pula. Dah membazir plak kalau tak pakai kan.... Tahu tak apa itu baju bermusim? Contohnya macam fesyen ikut tahun.... dulu zmn kakak2 I kain paling famous kain uji rashid.... pastu beberapa tahun lepas kain angkasawan.... ha tu semua kain jenis bermusim. Kain tak bermusim pulak mcm kain berbunga2 dan kain2 plain di mana ianya sesuai sepanjang zaman. Sementara fesyen yang evergreen pula ialah baju kurung teluk belangga.


Sekadar pendapat.....