Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum and morning!!.


Setuju tak anda kalau aku katakan bahawasanya "Adakala garang itu membuat seseorang lelaki kelihatan lebih comel dan macho"?.

Tak setuju tak pe, mungkin aku sorang kot yg berfikiran pelik dan lain dari yg lain kat donia ni.    Mueh heh heh... Eh tapi mmg macho la Izzue Islam tu.... Tapi sayangnya dah kawin...  (Kalau dia blom kawin pun, apa masalahnya dgn kau ni Kak Mirror... dia tu pangkat2 anak je tau dgn kau).... ya lah.. ya lah... insaf aku, terpaksa la aku buat2 tak minat, terpaksa la daku kembali meminati Bang Harun Mustapha je...        Hahahahahaha..

*IRP darling, Bang Harun Mustapha tu Aaron Aziz ye!.







Apa pulak gmbr yg aku upload ni, takde kena mengena pun dgn entry?.     (Kalau  gmbr si Izzue yg aku upkan kang ramai plak makcik2  lupa akan  somi2 mereka).


Menurut pendapat seorang lelaki tersohor..   eh tapi aku pun tak berapa ingat la ayat2 yg digunapakai, lebih kurang camni kot...

"Kebanyakkan mereka yg bersuamikan lelaki garang kurang berlakunya penceraian.... malah kebanyakan perempuan yg bersuamikan lelaki garang lebih setia walau suami mereka dah meninggal dunia".

Untuk anda2 yg bersuamikan lelaki garang boleh la baca benda tu berulang2 sbg bentuk inspirasi... hehehe.. (eh tapi......IRP garang ke tak?. Gulp...).

Sebab tu la  kot gaknya  si Syaf tu tak bercerai2 dgn Firash.... (aku ni kan, padahal baru tengok drama tu sampai episod 9 je tau, itu pun kat tenet... tapi ada hati nak buat review ni).


Tapi!!.   Jgn pulak pasni ada lelaki yg sibuk menggarang2kan diri, contohilah Rasulllullah S.A.W dlm melayani isteri, itu adalah sebaik2 contoh kat dunia ni.


Perkataan yg sesuai  untuk mendefinisikan "garang yg ala2 macho" ni ialah TEGAS.... bukan garang yg asyik baran je manjang, camtu bleh gila bini kau Nak...


Ce imbas balik skrip Firsh dlm drama ni..

"Aku tak suka kau pakai baju tu, tukar lain"
 
"Kat sana, kau jgn ada membuat hubungan dgn lelaki2 lain, kalau aku dpt tau... nahas kau"

"Cuba awak turunkan kain tu, biarlah basah asal org tak nampak (kaki)".

Suka bentuk penegasan si Firash dlm skrip ni, membuat kita berfikir yg Firas betul2 sayangkan isteri dia walaupun kawin secara paksarela.  Itulah yg aku maksudkan bentuk penegasan suami yg membuat mereka kelihatan macho dan seksi.   Sekian... tak setuju takpe.



p/s :   Lawo kan baju merah tu.... aku tgh tunggu poslaju ni.







Saturday, December 8, 2012

Drama Adam Dan Hawa

I sebenarnya tak selalu pun menonton siri Adam dan Hawa ni, almaklum... ke"busy"an katakan.   Itu pun Shashal yg rajin mengingatkan mamanya.   Episod paling last I tengok... spt yg dalam gambar2 kat bawah ni.




Suka tengok baju Anzalna yg warna hijau ni,  cantik!!.  Berpunca dari baju yg dipakai ni la I sibuk mencecet cari camera dan snap skrin tv (mcm dah takde keja je kan I?)... Alang2 dah pegang camera.. snap2 pulak adegan2 yg lain... (gambar2 bwh).

Tudungnya pun cantik...  tak tau plak jenama apa, tapi kalau you all nak Half Moon Shawl yg manik2.. boleh jenguk sini.



Melihat adegan ini adakah mengembalikan ingatan anda pada saat2 memilih busana pengantin anda?.   Indah kan saat itu?.   Me?.   Teringat kesabaran IRP melayan kecerewetan tunangnya berpindah dari satu butik ke satu butik...   Alahai...now dah genap 15 tahun berlalu.  Happy anniversary to us abang...   




Satu yg I suka cerita Adam dan Hawa ni ialah kesungguhan si pelakon (sapa nama dia ni.. lupa pulak).   Kerealistikkan tu ada dlm pembawakkan watak... contohnya mimik muka, body language dan kerelaan bertudung lepas ingsap... baru la nampak macam sebuah kisah benar dlm masyarakat Melayu.



Gambar bawah  ni I tak nak komen.... tersnap tanpa sengaja, so upload je la.







Setelah 8 tahun berendam duka dan airmata, hidup la mereka dalam aman dan bahagia... alhamdulillah..

dan mereka pun dikurniakan cahayamata.... ????.   Ya ke?


?

?

?





 Inikah cahayamata mereka?.

Hehehe... sorry,  takde la.... ini model tudung kanak-kanak ya puan2, sapa2 berminat dgn tudung sekolah sila singgah di  S.Q.A Toi Galery (fb).  Sorry DAH SOLD OUT!

Kata tadi story pasal  drama!!.   Drama selalunya tak sah  kalau takde iklan kan?.  LOL....... Ok nak iklankan lagi ni...  Kalau anda inginkan kulit yg gebu dan anjal... cuba la Rumpai Laut Kolagen...  Memang best dan menjimatkan!


Klik sini untuk info lanjut tentangnya.


Saturday, September 25, 2010

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH


Baru habis menangis menonton drama KEMAAFAN YANG TERTANGGUH di TV3... Syahdu betul cerita tu.. tapi sayangnya ending kurang menarik.....sebabnya at the end ibu mertua zalim tu mati macam tu je.... patutnya hidup terus dlm keadaan crazzy ke.... baru la nampak pembalasan yg setimpal dgn kezaliman yg dia buat terhadap si menantu dan besannya tu.

gambar curi..... dari FB Amsuda... sorry mencurik!!!!.... cik
terliur betul tengok ayam2 BBQ yg cik
kempunan sgt ni....



Tapi secara keseluruhan ok la tu.... ada unsur2 penjiwaan watak yg dibawa.... cuma make up pelakon2 tu terlalu tebal la even kat rumah dan ketika solat. Lagi satu, patutnya watak si Eira Syazira tu.... time balik kg tu pakai la tudung....bukan apa.... biar nampak real sikit.... biar nampak ala2 isteri paling solehah. Produser kena lebih peka benda2 mcm ni utk menjadikan sesuatu drama itu lebih berjaya.

Sesiapa yang miss tak dpt menonton drama ni, sinopsis boleh la jenguk kat blog kakak ni. Panjang lebar dia tulis.

p/s : Teringat kata-kata seorang menantu yg marahkan mertuanya :" Kalau dah kongkong sangat anak lelaki dia tu... ha dia je la yang kawin dengan anak dia! Tak payah sibuk2 suruh anak lelaki dia kawin pastu siksa menantu". Hua hua huaaaaa............. NO COMMENT!


Oh apa yg I baca arini???

TENTANG TIDUR DAN KISAH SUAMI ISTERI

Kalau ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tengok la mukanya bila dia tidur..... kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah dan sebagainya...

Ooooo........ok...ok.... thanks for sharing... nanti I sampaikan pada kengkawan.....

Apa yang I nak tulis hari ni???

TENTANG RAYA....

Oleh kerana raya pun dah ke penghujung (iyer ke?? tak tengok kalendar pun), I nak buat conclusion......:-

1) Minuman bergas dlm botol tu lain kali beli sikit je..... kalau kat kampung boleh la beli byk berkepuk sebab kat kg ramai orang marhaban..... lagi2 kat kg I tu... masuk hari kedua je, berpusu2 orang datang.....marhaban lelaki... pelbagai jenama motor singgah ke rumah.. ucap "Assalamualaikum"..... then tuan rumah jawab "Waalaikumsalam"..... naik atas rumah, baca2 selawat marhaban ya nurulaini.... pastu minum sikit, pastu turun.... lari plak rumah jiran sebelah..... buat lg perkara yg sama..... hinggalah rumah yang paling hujung... Begitulah yg berlaku hinggalah raya yg ke-4 baru reda.

Kat sini ni (JB) pulak lain ceritanya.... air gas ni diorg tak suka sgt.... lebih rela minum air kosong... jadi tu yg air tu sampai sekarang tak berusik.

2) Baju raya lain kali beli biar sikit je...tapi berbaloi2, .... Jgn beli banyak tapi kain jenis panassssss mcm yg I tersalah beli tu..... dah la warna suram...... tak cun lansung!

3) Cheese tart lain kali bubuh dlm peti ais..... baru tahan lama....

4) Tahun ni nampaknya orang dah mengurangkan aktiviti "munjung"..... bukan mengunjung ya.... kalau tak faham maksud "munjung", sila jenguk kamus Jerman. Maybe orang dah mula sedar kot bahawa munjung2 terlampau pun nanti sudahnya tak de org makan..... membazir!


Ok la...... dah kul 2.22 pagi dah...... kita sambung esok ya... jumpa lagi!