Friday, September 3, 2010

Buruk Di Mata Kita Adakala Cantik Pula Di Mata Orang


Mula macam dah nak campak store je beg ni sebab dah bosan memakainya... tapi bila dah 2,3 orang yg tak dikenali menegur dan berkenan "cantiknya beg akak.... saya berkenan la kak..." Oh cantik ya?? Tak jadi la nak buang... ala beg murah je tu dik.... p/s : Raya ni pakai beg cikai ni malu tak? Sayang la duit nak beli beg baru......:P

 
Tak pastilah cantik ke tak "barang rahsia" yg I beli untuk my MIL sempena raya ni? Murah je... Bonda, yg pasti ianya ikhlas dari menantu bonda yang cantik rupawan ni....hehe, terimalah ianya dengan hati yang gembira...walaupun tak mahal mana pun. Teringat dulu I belikan "sesuatu" di pagi raya yg tak vouge mana... tapi beliau suka pula memakainya sampai lusuh..... tu la kan puan2..... "buruk di mata kita tak semestinya buruk di mata orang..."

 
Ini bukan beg tangan... tapi tudung Ain ~ oooo kakakko.... ini la tudung yg aku cakap tu... aku beli kat Giant Plentong......Mulanya aku ingat Ain tak suka.... tapi kesukaan pulak dia.... maybe memenuhi kreteria tudung yang dia impikan. Anak I Ain memang tak suka bergaya sejak umurnya meningkat remaja ni... jadi I ikut je rentak dia mana yg dia selesa memakainya... so I belikan ikut kemahuannya...jgn diminta dia mengenakan tudung berawning mcm tudung Ekin tu....mmg dia tak akan pakai. Tudung ni murah je RM18.00.... itu je koleksi tudung lembik yg ada terjual kat situ. Terlupa plak singgah Nagoya semalam.... kalau tak boleh la cari kain tudung lembik dan jahit je sendiri... lagi puas hati.



p/s moralnya ialah : Buruk Di Mata Kita Jangan Disangka Buruk di mata orang.... oleh itu....jangan sekali-kali menganggap pasangan anda yg dah makin berusia takde org lain yg berkenan.... teringat kawan I baya2 I (pompuan) digoda peminat lamanya, sampai malas nak onkan HP.... oleh itu wahai suami2 di luar sana.... silalah ambil ikhtibar dan sayangilah pasangan anda.... wahahahaaa................. jaga-jaga tau!!! Jgn menyesal nanti!!! :D


7 comments:

  1. Sesiapa yang ada emak dan ayah lagi, bagilah hadiah kat dia org mesti dia org suka walau harganye tak seberapa dan mereka mampu beli sendiri, yang penting tanda ingatan tu. Emak & ayah mentua jangan lupa kena bagi gak ...

    ReplyDelete
  2. Mummy Gee ~ kdg kalau dah buntu sgt bg duit je sbb pening sgt nak pilih.

    Mummy Shane ~ oo thank you..tp tak la setanding beg LV kan..

    ReplyDelete
  3. Beauty lies in the eyes of the beholder....cantik ni subjektif kan

    ReplyDelete
  4. ya betul tu NoorGie.. yg penting skrg...aura raya kian terasa kan? ;)

    ReplyDelete
  5. MM... Panda yg melekat kat beg tu cun tuh...

    ReplyDelete
  6. SP ~ hehe...panda tu cun ya.. itu agaknya yg buat awek2 tu minat beg usang tu kot...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.