Wednesday, September 8, 2010

CARA MENGUBAHSUAI BAJU YG TERSALAH JAHIT


3 kanak2 riang sedang mencuba kasut raya memasing...
(Shashal dan 2 sepupunya)...


Ada "peminat forever" I bertanya (: P) ..... macam mana nak mengubahusai baju yg tersilap jahit..... tailor tu jahit TERbesar dari ukuran badannya dan dia tak selesa memakainya sbb macam dia pinjam baju tu dari emak dia pulak........ saiz badannya S tapi tailor tu jahit L. Oh ! Kebetulan I pun baru je mengubahsuai baju kurung Pahang I malam tadi sebab masalah yg sama.... so, tutriol percuma adalah spt di bawah ya Puan S...... sila baca dengan teliti....


Lihat pada garisan merah itu.... itu adalah apa yg tailor tu dah tersalah jahit (bahu terjatuh.... maybe si tailor tu ambik ukuran badan I di badan orang lain agaknya... hingga jadi xxl dan kurang selesa sikit untuk dipakai oleh I yg bersaiz M/S ni...

Oleh itu :

1) Mula2 terbalikkan baju tersebut.... bukak dulu padding pada bahu...

2) Then tanpa perlu membuka jahitan merah itu.... kita terus je lakarkan garisan hijau (yg putus2 itu) menggunakan kapur mengikut saiz yg anda kehendaki..... then jahit terus mengikut garisan hijau itu di atas mesin jahit.... (kalau rajin nak jahit jelujur dulu pun boleh biar kemas sikit).

3) Bila dah selesai menjahit keseluruhan... suka ati la nak tetas atau tak jahitan merah yg sedia ada (yg tersilap jahit oleh tailor itu). Utk kemas baiklah ditetas.

4) then gosok di bahagian dalam baju kurung (menggosok dgn menterbalikkan baju) tersebut utk memperkemaskan lagi mutu jahitan..... barulah vouge macam di butik!!

5) Tugas terakhir ialah menjahit semula silang pangkah di bahagian lutut kiri dan kanan (sebab masa jahit tadi kita tetas sikit kan).

Alahaiii sebenarnya segan plak I dgn entry ni sbb rasa-rasanya ramai yg dah tahu.... tapi utk tak mengecewakan Puan S.... maka I buat la jugak entry ni... hopefully dpt la membantu saat2 kecemasan.

Utk extra tip lagi...... I bagi plak cara menjahit kun...

Gambar no. 1 - Mula2 jahit tepi kain (warna hitam jalur2 tu)
Gambar no. 2 - kain lain utk dijahit keatas kain no. 1 (juga perlu dijahit tepi spt no. 1)
Warna merah - kun yg telah dijahit ke atas kain no. 1 ...jahitkan kecik je ikut garisan hijau
Then barulah tindankan kain no. 2 ke atas kain no. 1 dan jahit cermat-cermat di atas kain no. 2 sekira-kira ikut garisan hijau di bawahnya... buat dengan yakin.... insyaAllah boleh....make sure kemas..



Ok la.. itu je utk kali ni.. moga bertemu lagi..


p/s :  Maybe tailor2 professional ada tip2 yg lebih hebat..... dipersilakan utk share..






2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.