Tuesday, September 7, 2010

RESEPI KUIH BANGKIT


Kuih ini menggamit memory bersama bonda tercinta..... kami memanggilnya sbg kuih bakar dan abg I, Mr. B.... adalah penggemarnya no. 1.

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan tepung gandum
1 kg tepung ubi
1/2 tin tepung jagung
2 1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
3 cawan santan pekat (dpd 2 biji kelapa)
2 sudu serbuk penaik

Cara :

1) Ketiga-tiga tepung di atas disangan di atas api yg sederhana (jgn sampai hangus plak)... perap tepung semalaman.
2) Campurkan gula bersama santan...... masak atas api yg kecil, kacau selalu.... sejukkan.
3) Campurkan santan bersama tepung-tepung tadi sedikit demi sedikit...make sure adunan tidak terlalu lembut hingga tidak boleh dicetak.
4) Canai dan terap dgn acuan disukai. Sepitkan jika suka.
5) Bakar hingga kekuningan - suhu 150 hingga 170 celcius....


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI MISS MIRROR AND FAMILY - buat semua followers, silent readers dan sesiapa saja yg mengunjungi blog ini.

4 comments:

  1. Replies
    1. oh sorry, tertinggal plak..gaul tepung bersama kuning telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh.

      Delete
  2. Salam..kak bangkit ni pecah atas kan?saya mmg nak cari bangkit yg pecah atas dan ringan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam....In shaa Allah pecah atas dan ringan sbb tepung disangan.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...